JOm JOin Butik INspirasihana

PENYUSUAN UMMI

Lilypie Breastfeeding tickers

ULANGTAHUN PERKAHWINAN

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

INSYIRAHKU SAYANG

Lilypie First Birthday tickers

NAJWANKU SAYANG

Lilypie Third Birthday tickers

JANGAN TINGGAL SOLAT

JANGAN TINGGAL SOLAT

JOM TUTUP AURAT

JOM TUTUP AURAT

Islamic Clock

Islamic Calendar

About Me

My Photo
INSPIRASIHANA
Ipoh, Perak, Malaysia
KAMI MENJUAL TUDUNG DAN KERONGSANG SECARA ONLLINE..DAPATKAN HANYA YANG TERBAIK DI BUTIK INSPIRASIHANA
View my complete profile

Inspirasi Wanita

Wednesday, June 4, 2008

PostHeaderIcon MINYAK NAIK LAGI.....

Sahabat-sahabat sekalian...pasti pada hari ini semua orang merasa sangat terkilan...kenapa minyak naik lagi...tambahan pula kita sebagai pengguna tetap kenderaan...pastinya merasa bahang yang sangat hebat ni...

Baru-baru ni harga beras melambung tinggi...dua minggu lepas kalau tak silap saya atau pun lebih lama dari itu...semasa harga beras diumumkan naik...hampir 2 kali ganda mahalnya...terus terlintas di fikiran saya akan nasib golongan miskin yang sangat memerlukan...jika kita yang hidup sederhana ni pun rasa sangat payah..malah nasib mereka macam mana pula....terkilan sangat...saya berdoa agar kita terus sabar dan dapat menempuhi hidup yang penuh duit ringgit ini dengan tabah...

eemmmhh...minyak naik sampai RM2.70???terkejut sangat saya..patutlah dari petang tadi sampai malam ni mungkin sampai tengah malam ni ramai orang berpusu2 ke stesyen minyak...rupanya minyak naik esok....entahlah...banyak sangat kita kena guna duitkan..kalau macam tu gaji juga patut naikkan...terutamanya bagi membantu golongan yang berpendapatan rendah dan punyai anak yang ramai...

Bila..saya fikir balik...sekarang baru hidup berdua dengan suami pun dah banyak guna duit...tak lama lagi...hadir pula ahli keluarga ketiga (anak kami (",)) mmm...sudah tentulah lebih banyak lagi duit yang perlu digunakan.....

Banyaknya duit kita gunakan seharian...kan???ape lagi yang akan naik pulak lepas ni kan...terus saya fikirkan nasib keluarga kita dan anak-anak pada masa akan datang...perjalanan masih jauh...hidup perlu diteruskan...semoga Allah murahkan rezeki kita semua...(",)

5 comments:

azlishukri said...

blog paling menarik pernah saya lihat..

INSPIRASIHANA said...

Encik Muhammad azli...terima kasih atas kunjungan anda..saya memerlukan pendapat ramai untuk memajukan karya dalam penulisan....TQ

ronstudios a.k.a Abdul Hadi said...

Assalamualaikum...

Kenaikkan harga minyak dan barang keperluan boleh meningkatkan kadar jenayah jika ia tidak ditangani dengan sebaik mungkin. Pendapat peribadi saya mungkin sedikit bias atau lebih kepada -ve, tetapi jika ia diteliti dengan betul, jenayah boleh meningkat, kecurian akan berleluasa tatkala rakyat sudah tidak mampu menanggung kos hidup yang meningkat. Secara tidak langsung, jurang ekonomi yang sedia ada sebelum ini di antara golongan berpendatan A(rendah dan sederhana) serta B(tinggi) akan semakin jauh. Paling menarik, menteri ada mengatakan dia menjamin barang keperluan asas seperti makanan dan sebagainya tidak akan naik sedangkan sehari sebelum pengumumam harga minyak, barang basah sudah pun bertukar harga (harga baru yang semakin mahal).. Adakah ia mengambil kira kedudukan rakyat yang bekerja sebagai kerani, operator kilang dan yang sewaktu dengannya akan menghadapi kesukaran, lebih-lebih mereka berkeluarga dan ada anak. Sudah pasti selepas ini ibu bapa kurang membeli barang2 yang berkhasiat utk anak2 mereka tatkala harga seperti dipam-pam naik. Tidak dinafikan kita perlu berbelanja secara bijak, tetapi tidak lah bijak jika harga minyak naik sedemikian rupa..

i'm waiting that menteri will eat keledek after this, as what he said..maaf jika terkasar bahasa, sesungguhnya rakyat itu terseksa jiwa dan raga.

Wallahua'lam...

Encik Abdul Hadi...saya sangat bersetuju dengan anda...cuba kita lihat negara Iraq dan Afghanistan...apabila suasana politik dan ekonomi tak stabil...macam-macam boleh terjadi...bila barang-barang naik...saya terfikirkan orang2 susah...kita yang hidup sederhana ni pun terpaksa banyak berkorban...saya sangat pelik kenapa menteri2 tak sanggup pun utk berkorban utk rakyat...ape salahnya memotong sedikit elaun menteri utk kegunaan rakyat bersama...ini..rakyat pulak yang menanggung derita...macam mana lah nasib anak bangsa kita pada masa akan datang apabila sesama manusia tak dapat menolong antara satu sama lain...saya bayangkan sebuah keluarga yang miskin..anak ramai...cuma suami bekerja...macam mane agaknya nak teruskan hidup dengan kenaikan pelbagai harga barang pada hari ini...takkanlah kerajaan sanggup biar rakyat korbankan pendidikan anak2 utk tampung sara hidup...dan tak sepatutnya juga kerajaan menaikkan sehingga 45% biasiswa utk non malay...ia akan menambahkan lagi derita masyarakat melayu...semoga mereka yang berkuasa dapat membuka minda dan cubalah rasai hidup derita rakyat yang memerlukan...Encik Abdul Hadi...terima kasih di atas pandangan dan pendapat anada

Jom Beli Tudung Online (",)

BICARA INSPIRASIHANA

ARTIKEL-ARTIKEL INSPIRASIHANA

Kaunter Pengunjung

PENGUNJUNG INSPIRASIHANA