JOm JOin Butik INspirasihana

PENYUSUAN UMMI

Lilypie Breastfeeding tickers

ULANGTAHUN PERKAHWINAN

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

INSYIRAHKU SAYANG

Lilypie First Birthday tickers

NAJWANKU SAYANG

Lilypie Third Birthday tickers

JANGAN TINGGAL SOLAT

JANGAN TINGGAL SOLAT

JOM TUTUP AURAT

JOM TUTUP AURAT

Islamic Clock

Islamic Calendar

About Me

My Photo
INSPIRASIHANA
Ipoh, Perak, Malaysia
KAMI MENJUAL TUDUNG DAN KERONGSANG SECARA ONLLINE..DAPATKAN HANYA YANG TERBAIK DI BUTIK INSPIRASIHANA
View my complete profile

Inspirasi Wanita

Tuesday, November 1, 2011

PostHeaderIcon PERANAN KITA SEBAGAI IBU BAPA...

Peranan utama IBUBAPA, PENGASUH,atau ORANG DEWASA dlm mendidik SI KECIL..

# Sebagai qudwah hasanah.
# Mengasuh dan mendidik dengan adat kebiasaan.
# Mendidik melalui nasihat.
# Memberi perhatian dan sebagai pemudah cara.
# Mendidik dengan disiplin dan ketegasan.

# Sebagai Qudwah Hasanah

Segala pertuturan, tingkah laku dan amalan kita akan menjadi contoh dan ikutan anak. Fitrah anak memang suka meniru. Jadi pastikan kita sentiasa sedar kesan yang diberikan kepada anak.

Kita mesti sentiasa berusaha memperbaiki diri untuk berakhlak mulia dengan akhlak Rasulullah SAW. Ia seperti firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah dan balasan baik pada hari akhirat, serta ia sentiasa menyebut dan mengingati Allah.” (Surah al-Ahzaab, ayat 21)

# Mengasuh dan mendidik dengan adat kebiasaan.

Islam menyarankan anak dididik melalui dua cara iaitu pengajaran dan pembiasaan. Pengajaran adalah teori yang diajar kepada anak, sementara pembiasaan adalah usaha secara praktikal untuk membina kebiasaan dalam diri anak.

Imam al-Ghazali menyebut: “Anak amanah bagi kedua-dua orang tuanya, dan hatinya yang suci adalah permata yang mahal harganya. Jka dibiasakan pada kebaikan dan diajarkan kebaikan kepadanya, maka ia akan tumbuh pada kebaikan itu dan akan bahagialah di dunia dan akhirat...”

Contohnya, anak diajar untuk menyebut kalimah Lailahaillallah, tetapi pada masa sama mereka mesti dibiasakan untuk beriman dengan sepenuh jiwa dan hatinya bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah. Caranya dengan mengajak anak untuk menggunakan pancaindera mereka untuk meneroka alam ciptaan Allah dan merasa kebesaran-Nya melalui ciptaan-Nya.

Begitu juga apabila anak diajar rukun solat dan kebiasaan solat diterapkan dalam diri mereka melalui solat secara berjemaah.

Cara pengajaran dan pembiasaan sangat berkesan bagi membentuk iman dan meluruskan akhlak anak. Pepatah Melayu juga ada menyebut melentur buluh biarlah daripada rebungnya.

# Mendidik melalui nasihat.

Islam sangat menekankan nasihat. Allah berfirman bermaksud: “Demi masa, sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya bersabar.” (Surah al-Asr 1-3)

Contoh lain yang biasa kita dengar adalah nasihat Lukman kepada anaknya untuk mentauhidkan Allah, berbuat baik kepada ibu bapa, mendirikan solat dan berakhlak mulia seperti dalam surah Luqman, ayat 13-17.

Nasihat sangat berkesan sekiranya diberikan secara kiasan melalui cerita. Sesungguhnya al-Quran sarat dengan cerita nabi dan kaumnya yang berunsur nasihat serta peringatan.

Tegur dan nasihat anak dengan menerangkan akibat perbuatan mereka apabila melakukan perkara yang membahayakan diri atau orang lain, merosakkan barang atau alam semula jadi dan tidak mengikut akhlak serta syariat Islam.

# Memberi perhatian dan sebagai pemudah cara.

Memberi perhatian membawa maksud sentiasa peka kepada keperluan, kecenderungan, pertumbuhan dan perkembangan anak. Perkembangan mereka hendaklah disuburkan secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang dengan enam komponen penting iaitu rohani, fizikal, kognitif, bahasa, sosioemosi serta kreativiti dan estetika.

Kita juga harus berperanan sebagai pemudah cara dengan menyediakan rangsangan, persekitaran, peralatan dan bimbingan mengikut tahap serta kebolehan anak.

Contohnya, anak berusia dua tahun mula suka menolong orang lain dan melakukan sendiri semua perkara. Bekas berisi air dan cawan hendaklah diletakkan pada tempat selamat dan mudah dicapai anak supaya mereka boleh menuang sendiri air untuk diminum.

Kita sebagai pemudah cara hanya perlu membimbing anak untuk melakukan sendiri, belajar daripada kesilapan dan pengulangan. Cara ini baik untuk meningkatkan koordinasi mata dan tangan serta membina konsep. Ia membantu anak untuk belajar menyelesaikan banyak masalah dan menjadikan mereka lebih bijak.

Tidak membenarkan anak melakukan sendiri dan banyak perkara untuk mereka adalah tidak bagus. Ini akan mengganggu emosi kerana kita melakukan sesuatu yang berlawanan dengan fitrah mereka. Malah, ia juga akan melambatkan proses perkembangan mereka.

# Mendidik dengan disiplin dan ketegasan.

Anak mesti didisiplinkan dengan ketegasan. Contohnya, Islam menyarankan ibu bapa melatih anak mengerjakan solat sejak berumur tujuh tahun seperti sabda Rasulullah bermaksud: “Suruhlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun. Dan pukullah mereka jika tidak mahu menunaikan solat ketika berumur 10 tahun. Dan pisahkanlah tempat tidur mereka (putera dan puteri).” (Hadis riwayat Abu Daud)

Hukuman dikenakan ke atas anak hanya sekiranya mereka masih ingkar setelah dilatih selama tiga tahun.

Had dan peraturan mesti ditetapkan supaya disiplin dapat disemai. Kita juga perlu bijak dan tegas dalam menangani masalah tingkah laku anak. Sekiranya kurang tegas anak akan tahu kelemahan kita. Ini menyukarkan usaha menerapkan sesuatu kebiasaan dalam diri mereka.

Fitrah anak adalah mempelajari sesuatu dengan cara tersusun. Setiap daripada kita perlu sentiasa menimba ilmu dan mempunyai sumber rujukan di rumah. Sikap selalu membaca, bertanya dan berkongsi pengalaman membesarkan anak juga akan banyak membantu.

Kita juga mestilah mempunyai sifat asas iaitu ikhlas, takwa dan amanah. Anak harus dihormati dan dididik dengan hikmah dan penuh kasih sayang. Menghargai perasaan mereka melalui pujian dan ganjaran juga dapat membantu membina sahsiah diri dan mengubah tingkah laku.

retrieved from: http://jendelahikmah05.blogspot.com/2005/12/lima-peranan-mengasuh-didik-anak_22.html
Thursday, October 6, 2011

PostHeaderIcon HARI-HARI YANG KIAN SIBUK...

Assalamualaikum semua...alhamdulillah saya masih berpeluang menulis di blog saya ini..lama sangat rasanya tidak menulis,,sibuk dengan tugasan sebagai isteri, sebagai ibu kepada dua cahaya mata , sibuk dengan kerja di ofis dan sibuk dengan bisnes online di http://inspirasihana.com

Hari ini saya rasa rindu sangat untuk berkunjung ke sini...ooo rupanya telah tiada pengunjung..maklumlah dah lama tidak menulis,,jadi mungkin tak ramai yang akan datang ke sini lagi..huhu..saya perlu aktif semula menulis..supaya dapat menambahkan ilmu dan pengalaman bersama teman-teman..Insya Allah.

Saya cuma ingin berkongsi pengalaman saja dengan sahabat2 di luar sana..bukan mudah rupanya untuk mendidik anak-anak dan menjadi isteri yang solehah..perlukan ketabahan, kesabaran dan kecekalan yang tinggi..dan sentiasa kena redho dengan setiap ujian yang kita hadapi...

Contohnya untuk menjadi isteri yang solehah dan seperti Allah janjikan betapa mudahnya masuk ke mana-mana pintu syurga Allah sekiranya solat 5 waktu, puasa sebulan, ikut perintah Allah, Rasul dan taat pada suami. Tetapi untuk merealisasikannya perlulah punya kesabaran dan keredhoaan yang tinggi..

Untuk menjaga dan mendidik anak2 pula...ermmm saya sungguh kagum dengan ibu2 yang hebat yang dapat mendidik anak2 yang ramai sehingga berjaya di dunia dan akhirat...bukan mudah untuk mendidik anak2 rupanya...hehe..perlu komitmen bersama ..si ibu dan si bapa..kedua2nya mempunyai peranan penting dalam didikan anak2..dan yang lebih penting sudah pastilah si ibu kerana ibu adalah madrasah terbaik dlm membentuk peribadi anak2 dan mendidik mereka hingga dewasa..insya allah...




Thursday, November 25, 2010

PostHeaderIcon ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG KETIGA TAHUN









Assalamualaikum Warahmatullah

Lamanya tidak terusik Laman Inspirasihana ini. Maklumlah baru lepas bersalin, hehe, taklah baru sangat dah 4 bulan, tapi sibuk sangat rasanya kali ni bila dah ada dua cahaya mata. Nak mencari idea menulis pun kena cari masa. Hehe.


Alhamdulillah, bulan November 2010 ini benar-benar mencatat pelbagai peristiwa penting dalam hidupku. 1 November 2010 - sah jawatan untuk tiga tahun. 24 November 2010- Hari Lahir Najwan yang ke dua tahun dan 30 November 2010 adalah Ulangtahun perkahwinanku yang ketiga tahun. Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan pelbagai nikmat darinya.


Semoga bertambahlah kesyukuran kami kepadamu Ya Allah, bertambahlah kebahagiaan, rezeki dan keberkatan dari Ilahi. Insya Allah. Perjalanan selama 3 tahun usia perkahwinan ini benar-benar mengajarku erti kehidupan yang sebenar. Banyak perkara yang aku belajar. Erti kesabaran, pengorbanan, persefahaman dan yang paling penting tanggungjawab dan komitmen bersama dalam melayari bahtera rumahtangga dan mendidik anak-anak.


Masa terlalu singkat untuk terus bercerita di sini insya Allah esok sambung lagi...(",)

Thursday, June 10, 2010

PostHeaderIcon WANITA BERGELAR ISTERI

























Assalamualaikum


Kali ini saya ingin berkongsi artikel yang saya ambil dari Notes seorang kawan Ismi Shams di FB nya untuk dikongsi bersama pasangan suami isteri yang lain. Semoga beroleh manfaat (",)


* Jika seorang isteri menangis dihadapanmu, itu berarti dia tidak dapat menahannya lagi...

* Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..

* Jika kau membiarkannya pergi,dia tidak akan kembali menjadi dirinya yg dulu, selamanya!

* Seorang istri tidak akan menangis dgn mudah, kecuali di depan org yg sangat dia sayangi, dia akan
menjadi lemah!

* Seorang istri tidak akan menangis dng mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu, dia akan
menurunkan rasa EGOnya.

* Wahai suami2,jika seorang istri pernah menangis krnmu,tolong pegang tangannya dng penuh
pengertian. Karena dia adalah org yg akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau
terpuruk terlalu dalam ...

* Wahai suami2, jika seorang istri menangis karenamu, tolong jng menyia nyiakannya.

* Mgkn, krn keputusanmu, kau merusak kehidupannya.

* Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis krnmu. Lihatlah jauh kedlm matanya. Dptkah kau
lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya karenamu ?

Pada hari penciptaan PEREMPUAN. MALAIKAT bertanya kepada TUHAN
" Apakah keistimewaan dari ciptaanMU ini ? "

Lalu TUHAN menjawab
"Ada banyak KEISTIMEWAAN yang dimiliki oleh ciptaanKU ini".. Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

* TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

* SENYUMAN'nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .

* PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..

* Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..

* Dia TERHARU,Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya...

* Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN'nya. .

* Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN.., Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

* TETESAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal..."...Apa itu Yaa TUHAN ??
Bahwa "Betapa, BERHARGAnya dia"...

Sebarkan ini ke SELURUH ISTRI2 yg soleha dan SUAMI2 yang sahabat semua kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTRI mrk begitu berHARGA...

Semoga bermanfaat..(",)

Sumber : Jom Sayang



Wednesday, June 2, 2010

PostHeaderIcon MARI BERSAMA MEMBACA QUNUT NAZILAH UNTUK KESELAMATAN SAUDARA2 KITA DI PALESTIN





Maksud doa

Cukuplah Allah bagi kami dan dialah sebaik-baik tempat untuk berserah,
Cukuplah Allah bagi kami dan dialah sebaik-baik tempat untuk berserah, 



Wahai Tuhan yang memiliki Kemuliaan dan Kehebatan,
Wahai Tuhan yang memiliki Kemuliaan dan Kehebatan,
Wahai Allah, Selamatkan Muslimin di Gaza,
Wahai Allah, Selamatkan Muslimin di Gaza,
Wahai Allah, jadikanlah bagi mereka pembantu dan penolong,
Ya Allah, Ya tuhan kami, hebatnya perlindungan- Mu dan agungnya pujian terhadap-Mu, sucinya nama-nama-Mu, 





Ya Allah, tidak ada yang boleh menolak perintah-Mu, tidak ada yang boleh menghancurkan tentera-Mu,
Maha suci engkau dan segala pujian bagi-Mu,
Wahai Tuhan, hancurkanlah Yahudi yang zalim,
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab, yang menggerakkan awan, yang memporak perandakan persekutuan musuh,
Hancurkan mereka dan huru harakan mereka, 




Ya Allah, tunjukkanlah kepada mereka keajaiban kekuasaan Engkau,
Mereka adalah pembunuh para rasul dan nabi-Mu,
Mereka telah menzalimi orang-orang yang tidak berdosa,
Ya Allah bebaskanlah kaum muslimin di Ghaza,
Wahai Tuhan yang memiliki Kemuliaan dan Kehebatan,
Ya Allah bebaskan tawanan mereka, sembuhkanlah orang yang sakit dari kalangan mereka, angkatlah kesusahan mereka,




Ya Allah, tukarkanlah ketakutan mereka dengan keamanan,
Wahai Tuhan yang memiliki Kemuliaan dan Kehebatan,
Ya Allah, muliakanlah Islam dan kaum muslimin,
dan hinakanlah syirik dan orang-orang musyrikin,
dan hancurkanlah musuh-musuh agama,
Dengan lindungilah benteng-benteng Islam dan satukan suara orang Islam di atas kebenaran,
wahai Tuhan sekalian alam. 



Wahai Tuhan bantulah orang-orang Islam yang lemah di setiap tempat,
Ya Allah, perbaikilah keadaan orang-orang Islam di Palestin, di Iraq dan di setiap tempat,
Ya Allah, satukan hati-hati orang Islam di antara mereka,
dan berikanlah hidayah kepada mereka ke jalan yang selamat,
dan keluarkanlah mereka daripada kegelapan kepada cahaya,
Wahai Tuhan yang memiliki Kemuliaan, Kehebatan dan keagungan.





AMEEN

Jom Beli Tudung Online (",)

BICARA INSPIRASIHANA

ARTIKEL-ARTIKEL INSPIRASIHANA

Kaunter Pengunjung

PENGUNJUNG INSPIRASIHANA