JOm JOin Butik INspirasihana
HANNAKIDS COLLECTIONS
ULANGTAHUN PERKAHWINAN
JANGAN TINGGAL SOLAT
JOM TUTUP AURAT
Islamic Clock
Islamic Calendar
Facebook Badge
About Me
- INSPIRASIHANA
- Ipoh, Perak, Malaysia
- KAMI MENJUAL TUDUNG DAN KERONGSANG SECARA ONLLINE..DAPATKAN HANYA YANG TERBAIK DI BUTIK INSPIRASIHANA
Inspirasi Wanita
ANAK KURNIAAN ALLAH...PERMATA HATI KAMI (",)
OOOhhh...begini rupanya perasaan seorang ibu kan...patutlah mak kita semua kuat 'instinctnya' kan..almaklumlah...selama 9 bulan kita dalam kandungannya....dah tentu ibu kita merasai dan menempuh pelbagai dugaan dan ujian semasa kita dalam kandungan dan melahirkan kita....
Masya Allah...sungguh agung ciptaan Ilahi....SUBHANALLAH....betapa kagum dengan kurniaanMu..ALHAMDULILLAH..rezeki darimu....kadang2 bila bersendirian...betapa daku berfikir kejadian seorang manusia di dalam manusia yang lain...dalam waktu ini...sungguh semua ibu akan merasai perasaan yang sama....penuh hati2...dan sentiasa terasa diri dalam peliharaan Allah.....Insya Allah...
Tak sabar rasanya nak tunggu bulan Disember...hehe..mentang2lah...bapanya seorang pendidik...dia pun nak lahir cuti sekolah...semoga allah merahmati kami sekeluarga dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah....(",)
MASIH ADA YANG LUPA RASULULLAH KEKASIH ALLAH
PERGOLAKAN POLITIK SEMASA
Janganlah pergolakan politik yang melanda hampir setiap negeri pada hari ini bakal mengorbankan masa depan rakyat...
Letaklah kepentingan umum lebih besar daripada kepentingan dan keuntungan diri sendiri...belajarlah daripada kesilapan yang lalu dan perjuangkanlah harapan rakyat dengan rasa penuh amanah dan bertanggungjawab....
Jangan samapai marah pada pemimpin lain atau pun rasa marah pada parti lain sampai sanggup menggadaikan kepentingan bangsa dan agama...khususnya anak jati negara ini iaitu melayu dan Islam...jangan sampai tergadai hak-hak istimewa orang Melayu..
Ayuh....bangunlah bersatu pemimpin-pemimpinku...buanglah yang keruh..ambil lah yang jernih.....
Agar nasib rakyat dan ummat terbela....semua terus bersatu padu...dan hidup aman dan harmoni...usaklah bergolak lagi...teruslah memimpin dengan amanah dan bijaksana.. (",)
Pilihanraya oh Pilihanraya
Untuk mengundi...satu kewajipan...untuk tidak mengundi kerana bimbang pilihanraya kali ini tidak berlangsung secara telus dan adil...ooohhh tidak patut memikirkan perkara yang belum tentu terjadi....
Harapanku dan doaku hanya satu....biarlah semua rakyat Malaysia dapat membuat keputusan yang bijak....duit boleh membeli segalanya...tetapi pemilihan pemimpin yang mengutamakan rakyat perlulah diambil kira...biar negaraku terus makmur, aman dan harmoni...biar semua kaum bersatu padu ...biar Islam agamaku terus terpelihara...Biar hak-hak orang Melayu terus terjamin sempurna.....Biar rakyat miskin hidup selesa dan yang kaya berjiwa mulia.....Biarlah rasuah dibanteras segera agar institusi kehakiman terus terjamin sejahtera...dan Biarlah anak-anak muda Melayu kembali hidup di landasan Islam sebenarnya...agar gejala maksiat terhapus...dan institusi keluarga dapat diselamatkan...
Semua ini akan berhasil sekiranya kita memilih pemimpin yang benar,,,tiada yang benar melainkan yang benar-benar belaka....
Doaku semoga Allah terus melindungi kita semua daripada sebarang malapetaka yang tidak diingini dan semua rakyat hidup bersatu padu menegakkan kebenaran dan menjauhkan kemungkaran..Insya Allah....
SELAMAT MENGUNDI (",)
Menjadi Isteri Penyejuk Mata

Lama rasanya tidak menulis di dalam blog ni.......almaklumlah sibuk mengikuti kursus selama tiga bulan di Bangi...sekarang pun masih lagi dalam tempoh berkursus,....tetapi alhamdulillah...setiap hujung minggu saya berpeluang balik ke rumah....walau pun dalam masa yang singkat iaitu pada hari Jumaat sehingga Ahad..namun peluang dan ruang yang sedikit ini saya cuba memenuhi tanggungjawab sebagai seorang isteri...
Maklumlah...tidak sampai hati rasanya membiarkan suami menguruskan diri sendiri dalam masa saya berkursus selama tiga bulan...rasa tak lengkap menjadi seorang isteri sekiranya kita tidak menguruskan dan menyediakan kelengkapan untuk membantu suami...
Saya terpanggil untuk menulis di sini untuk berkongsi pengalaman dan ilmu dengan sahabat2...teringat seorang Ustaz iaitu Penolong pengarah Masjid Negara yang telah memberi ceramah pada hari Khamis yang lepas berkenaan dengan topik "Kepimpinan menurut Islam"..di antara intipati ceramah yang saya boleh petik di sini adalah berkenaan dengan peranan isteri di sebalik kepimpinan suami...di dalam sebuah hadith juga ada menyatakan bahawa " Wahai para wanita ,,,masuklah ke dalam mana-mana pintu syurga sekiranya kamu mentaati Allah dan suami"....
Nampak macam mudahnya wanita dapat masuk syurga...tetapi ingat....taat kepada Allah dengan menunaikan solat dan kewajipan yang lain perlulah dengan penuh ikhlas dan bersungguh-sungguh mengamalkan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang di larang....
Begitu juga dengan mentaati suami....haruslah ikhlas dengan mencuba sedaya mungkin memenuhi apa yang dihajatinya..asalkan menurut syariat.....erm..satu lagi berkenaan dengan bab memasak dan membuat kerja-kerja rumah..betapa semua kerja ini boleh dijadikan sebagai ibadah sekiranya kita melakukannya dengan menyebut nama Allah, berzikir dan sebagainya...insya Allah...murah rezeki....Itulah antara intipati ceramah ustaz tersebut yang boleh saya kongsikan bersama....
Alhamdulillah..selagi ada daya dan kudrat..semoga Allah memberikan kita semua kekuatan untuk menjadi hambanya yang soleh....Insya Allah