JOm JOin Butik INspirasihana
HANNAKIDS COLLECTIONS
ULANGTAHUN PERKAHWINAN
JANGAN TINGGAL SOLAT
JOM TUTUP AURAT
Islamic Clock
Islamic Calendar
Facebook Badge
About Me
- INSPIRASIHANA
- Ipoh, Perak, Malaysia
- KAMI MENJUAL TUDUNG DAN KERONGSANG SECARA ONLLINE..DAPATKAN HANYA YANG TERBAIK DI BUTIK INSPIRASIHANA
Inspirasi Wanita
Bujang lagi......(",)

ALamak..baru habis saya kursus 3 bulan....baru masuk kerja bulan Mei...dah cik abg pulak kena pi kursus 1 bulan setengah...bulan Julai baru habis...ish.ish..sejak kahwin ni...asyik berkursus je ...
bila dah campur semua jenis kurus..sama dengan hampir 5 bulan kursus dalam tempoh 6 bulan setengah usia perkahwinan... nak jalan2 cari makan pun belum..
Cubaan...cubaan....
pas habis semua jenis kursus..baru dapat bina keluarga sendiri ..insya Allah.... (",)
ANAK KURNIAAN ALLAH...PERMATA HATI KAMI (",)
OOOhhh...begini rupanya perasaan seorang ibu kan...patutlah mak kita semua kuat 'instinctnya' kan..almaklumlah...selama 9 bulan kita dalam kandungannya....dah tentu ibu kita merasai dan menempuh pelbagai dugaan dan ujian semasa kita dalam kandungan dan melahirkan kita....
Masya Allah...sungguh agung ciptaan Ilahi....SUBHANALLAH....betapa kagum dengan kurniaanMu..ALHAMDULILLAH..rezeki darimu....kadang2 bila bersendirian...betapa daku berfikir kejadian seorang manusia di dalam manusia yang lain...dalam waktu ini...sungguh semua ibu akan merasai perasaan yang sama....penuh hati2...dan sentiasa terasa diri dalam peliharaan Allah.....Insya Allah...
Tak sabar rasanya nak tunggu bulan Disember...hehe..mentang2lah...bapanya seorang pendidik...dia pun nak lahir cuti sekolah...semoga allah merahmati kami sekeluarga dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah....(",)
MASIH ADA YANG LUPA RASULULLAH KEKASIH ALLAH
PERGOLAKAN POLITIK SEMASA
Janganlah pergolakan politik yang melanda hampir setiap negeri pada hari ini bakal mengorbankan masa depan rakyat...
Letaklah kepentingan umum lebih besar daripada kepentingan dan keuntungan diri sendiri...belajarlah daripada kesilapan yang lalu dan perjuangkanlah harapan rakyat dengan rasa penuh amanah dan bertanggungjawab....
Jangan samapai marah pada pemimpin lain atau pun rasa marah pada parti lain sampai sanggup menggadaikan kepentingan bangsa dan agama...khususnya anak jati negara ini iaitu melayu dan Islam...jangan sampai tergadai hak-hak istimewa orang Melayu..
Ayuh....bangunlah bersatu pemimpin-pemimpinku...buanglah yang keruh..ambil lah yang jernih.....
Agar nasib rakyat dan ummat terbela....semua terus bersatu padu...dan hidup aman dan harmoni...usaklah bergolak lagi...teruslah memimpin dengan amanah dan bijaksana.. (",)
Pilihanraya oh Pilihanraya
Untuk mengundi...satu kewajipan...untuk tidak mengundi kerana bimbang pilihanraya kali ini tidak berlangsung secara telus dan adil...ooohhh tidak patut memikirkan perkara yang belum tentu terjadi....
Harapanku dan doaku hanya satu....biarlah semua rakyat Malaysia dapat membuat keputusan yang bijak....duit boleh membeli segalanya...tetapi pemilihan pemimpin yang mengutamakan rakyat perlulah diambil kira...biar negaraku terus makmur, aman dan harmoni...biar semua kaum bersatu padu ...biar Islam agamaku terus terpelihara...Biar hak-hak orang Melayu terus terjamin sempurna.....Biar rakyat miskin hidup selesa dan yang kaya berjiwa mulia.....Biarlah rasuah dibanteras segera agar institusi kehakiman terus terjamin sejahtera...dan Biarlah anak-anak muda Melayu kembali hidup di landasan Islam sebenarnya...agar gejala maksiat terhapus...dan institusi keluarga dapat diselamatkan...
Semua ini akan berhasil sekiranya kita memilih pemimpin yang benar,,,tiada yang benar melainkan yang benar-benar belaka....
Doaku semoga Allah terus melindungi kita semua daripada sebarang malapetaka yang tidak diingini dan semua rakyat hidup bersatu padu menegakkan kebenaran dan menjauhkan kemungkaran..Insya Allah....
SELAMAT MENGUNDI (",)