JOm JOin Butik INspirasihana

PENYUSUAN UMMI

Lilypie Breastfeeding tickers

ULANGTAHUN PERKAHWINAN

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

INSYIRAHKU SAYANG

Lilypie First Birthday tickers

NAJWANKU SAYANG

Lilypie Third Birthday tickers

JANGAN TINGGAL SOLAT

JANGAN TINGGAL SOLAT

JOM TUTUP AURAT

JOM TUTUP AURAT

Islamic Clock

Islamic Calendar

About Me

My Photo
INSPIRASIHANA
Ipoh, Perak, Malaysia
KAMI MENJUAL TUDUNG DAN KERONGSANG SECARA ONLLINE..DAPATKAN HANYA YANG TERBAIK DI BUTIK INSPIRASIHANA
View my complete profile

Inspirasi Wanita

Thursday, June 5, 2008

PostHeaderIcon Balik Kampung...Penang...(",)


ERm...bestnye..petang ni nak balik kampung...sejak husband kursus 1 bulan setengah kat Penang ni...saya asyik balik penang je...memang rumah kat Penang pun....

Macam minggu ni husband takde pun kat penang...sebab kena pegi Kursus BTN kat Kuala Muda Kedah...so balik rumah je..tolong mak kat umah..memang penat sikit sebab pas abis kerja kul 5ptg kat Ipoh...terus balik Penang..erm...tapi semenjak harga minyak melambung naik ni...fikir juga 2-3 kali nak berulang alik ke penang setiap minggu.....May be next week tak balik kot...hehe...husband lak balik Ipoh....

Dalam suasana sekarang terpaksalah kita berjimat cermatkan...sebab tu saya cadangkan kepada sahabat2..rajin-rajinlah memasak....memasak lagi sedap dan jimat ka
n...berbanding beli makan kat luar...harga makin naik....

OK...jumpa lagi dalam artikel akan datang....selamat belajar..bertugas...dan balik kampung....(",)
Wednesday, June 4, 2008

PostHeaderIcon MINYAK NAIK LAGI.....



Sahabat-sahabat sekalian...pasti pada hari ini semua orang merasa sangat terkilan...kenapa minyak naik lagi...tambahan pula kita sebagai pengguna tetap kenderaan...pastinya merasa bahang yang sangat hebat ni...

Baru-baru ni harga beras melambung tinggi...dua minggu lepas kalau tak silap saya atau pun lebih lama dari itu...semasa harga beras diumumkan naik...hampir 2 kali ganda mahalnya...terus terlintas di fikiran saya akan nasib golongan miskin yang sangat memerlukan...jika kita yang hidup sederhana ni pun rasa sangat payah..malah nasib mereka macam mana pula....terkilan sangat...saya berdoa agar kita terus sabar dan dapat menempuhi hidup yang penuh duit ringgit ini dengan tabah...

eemmmhh...minyak naik sampai RM2.70???terkejut sangat saya..patutlah dari petang tadi sampai malam ni mungkin sampai tengah malam ni ramai orang berpusu2 ke stesyen minyak...rupanya minyak naik esok....entahlah...banyak sangat kita kena guna duitkan..kalau macam tu gaji juga patut naikkan...terutamanya bagi membantu golongan yang berpendapatan rendah dan punyai anak yang ramai...

Bila..saya fikir balik...sekarang baru hidup berdua dengan suami pun dah banyak guna duit...tak lama lagi...hadir pula ahli keluarga ketiga (anak kami (",)) mmm...sudah tentulah lebih banyak lagi duit yang perlu digunakan.....

Banyaknya duit kita gunakan seharian...kan???ape lagi yang akan naik pulak lepas ni kan...terus saya fikirkan nasib keluarga kita dan anak-anak pada masa akan datang...perjalanan masih jauh...hidup perlu diteruskan...semoga Allah murahkan rezeki kita semua...(",)
Tuesday, June 3, 2008

PostHeaderIcon Semalam dan Hari ini yang sibuk...


Menteri nak datang esok...5 Jun 2008...
wah....memang sibuklah kalau ader orang2 besar nak datang ke negeri Perak...khususnya di pejabat saya..macam2 persediaan kena buat...pulak tu menteri ni kalau nak datang...on the spot je...kenalah kita buat persediaan...bak kata persatuan yang pe
rnah saya anggotai dulu "bersedia untuk tidak bersedia"..macam ni lah kerja kerajaan...erm...sape cakap kerja kerajaan tak sibuk???haaaaa.....sibuk tau...mungkin sebab saya kerja kat bahagian negeri kot...hehe

Sebab tu tak sempat tulis blog semalam...siap bawak balik kerja kat rumah lagi...penantnye...tapi ape nak buat...kita kan mencari rezeki yang halal...(",)

Berbalik pada bawak balik kerja kat rumah ni....untuk sahabat-sahabat saya nasihatkan..tak elok bawak balik kerja ke rumah selalu...almaklumlah...bila kita dah berkeluarga...jadi isteri atau suami orang...biarlah waktu di rumah kita gunakan masa yang ade utk membincangkan hal rumahtangga je...kalau ade masalah kat pejabat pun..jangan bawak balik rumah tau...cuba settlekan kat pejabat..hehe...macam kes saya...suami kan berkursus sebulan setengah...bolehla..bawak balik ke rumah...tapi kena make sure kerja2 rumah didahulukan...

Nasihat untuk saya juga..biarlah....kita sebagai isteri khususnya dapat bahagikan masa yang baik sebagai isteri, pekerja atau pegawai di pejabat...dan juga sebagai seorang ibu kalau yang dah ade anak tu yer...hehe...yang belum tu..bersedialah untuk belajar bahagi masa sebagai bakal ibu pulak yer...Semoga Allah mudahkan segala urusan kita dan anggaplah ape yang kita lakukan ...niatlah sebagai ibadat..Insya Allah...besar ganjarannya...(",)

Buat sahabat2 yang boleh berkongsi pengalaman cara membahagikan masa yang berkesan..silalah hantar komen anda ye..untuk kita share ...terima kasih...(",)
Friday, May 30, 2008

PostHeaderIcon Wanita Solehah Permata Jiwa


Allah S.W.T berfirman: "Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menumpang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

Kepada para wanita... hargailah diri ciptaan Indah, WANITA! kerana, Setiap Wanita itu Cantik...~ Dan para lelaki...hargailah wanita dan didiklah wanita dengan ilmu dan iman...(",)



PostHeaderIcon KEGAGAHAN WANITA














Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW :

"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat " Surah Al-Ahzab : Ayat 71

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

Jom Beli Tudung Online (",)

BICARA INSPIRASIHANA

ARTIKEL-ARTIKEL INSPIRASIHANA

Kaunter Pengunjung

PENGUNJUNG INSPIRASIHANA