JOm JOin Butik INspirasihana

PENYUSUAN UMMI

Lilypie Breastfeeding tickers

ULANGTAHUN PERKAHWINAN

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

INSYIRAHKU SAYANG

Lilypie First Birthday tickers

NAJWANKU SAYANG

Lilypie Third Birthday tickers

JANGAN TINGGAL SOLAT

JANGAN TINGGAL SOLAT

JOM TUTUP AURAT

JOM TUTUP AURAT

Islamic Clock

Islamic Calendar

About Me

My Photo
INSPIRASIHANA
Ipoh, Perak, Malaysia
KAMI MENJUAL TUDUNG DAN KERONGSANG SECARA ONLLINE..DAPATKAN HANYA YANG TERBAIK DI BUTIK INSPIRASIHANA
View my complete profile

Inspirasi Wanita

Wednesday, July 2, 2008

PostHeaderIcon BERCUTI DI PULAU PANGKOR LEPAS EXAM..(",)

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh....

Erm...saya kembali lagi meneruskan coretan hidup. Alhamdulillah, pada hari Isnin dan selasa yang lalu iaitu pada 30 hb Jun sehingga
1 Julai 2008....saya baru lepas ambil Peperiksaan Jabatan kat Pulau Pinang begitu juga dengan suamiku. Kami menduduki peperiksaan pada hari yang sama, cuma tempat saje berlainan. Suami pula ambil peperiksaan Perkhidmatan. Ermm...semuanya kebetulan dan yang paling best sekali, saya yang sedang mengandung 5 bulan ni bawa anak exam sekali...hehe....jadi kami bertiga....menduduki exam pada hari yang sama .......(",)

Erm....selepas exam, saya dan suami telah mengambil cuti seminggu untuk beristirehat ke Pulau Pangkor. Almaklumlah, semenjak kami berkahwin pada 1 November 2007 yang lalu, kami belum lagi berpeluang berjalan2 makan angin "honeymoon" dek kerana kesibukan masing-masing dengan kursus dan exam yang tak putus-putus. Alhamdulillah...sekarang Allah bagi kami peluang dan ruang untuk bercuti.....

Alhamdulillah...percutian di Pulau Pangkor pada 3hb sehingga 5hb Julai 2008 yang lalu, sungguh menenangkan hati, di samping dapat merehatkan minda dan hati yang gundah gulana akibat kerja2 pejabat yang bertimbun, tambahan pula selepas penat studi untuk exam yang lepas, seterusnya dengan memikirkan masalah negara yang penuh dengan penipuan, kekejaman dan kezaliman yang tak henti-henti melanda rakyat. Semoga Allah selamatkan hamba2nya yang soleh dan beri petunjuk kepada pihak yang benar...Insya Allah...


Masa hari pertama nak pergi ke Pulau Pangkor tu, hujan renyai2. Saya dan suami berdoa agar cuaca baik supaya dapatlah kami menghabiskan masa dengan sebaiknya di Pulau Pangkor dengan gembira dan selamat. Alhamdulillah, cuaca bertambah baik sebaik sahaja kami sampai di Pulau Pangkor. Memang banyak kenangan yang menarik di Pulau Pangkor sampai suamiku pening kepala melayan karenahku.


Almaklumlah....dah la mengandung 5 bulan, hehe tapi aktif sangat macam orang tak mengandung, saya selalu ajak suami pusing pulau dengan boat, snookling dengan melihat ikan-ikan di dasar lautan, sungguh menyeronokkan, naik skuter petang2 pusing pulau. Dalam pada itu, ada juga saya rasa macam sakit perut sikit sebab aktif sangat sampai suami geleng kepala sambil cakap...."erm...bakal ibu yang aktif" hehe...bukan ape seronok memanfaatkan percutian ni, sambil berdoa pada Allah semoga sentiasa dipelihara kandunganku
Alhamdulillah, tak de ape2 berlaku.

Semasa pusing2 Pulau naik bot tu, banyak juga bentuk2 batu yang menakjubkan, ade batu berbentuk kaki manusia, ikan paus, buaya dan ikan paus. Untuk tatapan pembaca, Insya Allah saya akan masukkan gambar-gambarnye dalam artikel akan datang ye....tunggu....(",)


Dan hari ni, saya dan suami kembali semula ke tempat kerja masing-masing sambil meneruskan kerja-kerja harian yang bertimbun dengan mencari rezeki yang halal*(",) Semoga dipermudahkan segala urusan dan semoga Malaysia kembali aman damai tanpa rakyatnya menzalimi sesama sendiri...Insya Allah.
Saturday, June 21, 2008

PostHeaderIcon Nothing interesting about me...but there is something I would like to share with you...(",)

Assalamualaikum dan selamat berjumpa lagi sahabat2....
Lame rasanya tak menulis blog...tiba-tiba dapat mesej dari Kak Intan..."Hana kena tag...buat tau" erm...nak buat la ni...pas ni nak tag orang lain pulak..hehe....
THE RULES
1. Each blogger must post these rules first.
2. Each blogger starts with 8 random facts/habits about themselves.
3. Bloggers that are tagged need to write on their own blog about their 8 things.
4. At the end of your blog, you need to choose 8 people to get tagged and list their names.
5. Don't forget to leave them a comment, telling them that they've been tagged, and to read your blognothing interesting about me..
Rule No 1..dah buat...(",)
Rules No 2 and 3
1) Nurul Hana binti Mohamed Khairi dilahirkan di Sungai Bakap pada 16 Julai 1981..(hehe...birthday dah dekat..jangan lupe tau wish...bagi hadiah ke...(",) )
2) Merupakan anak perempuan tunggal dan sulung daripada 4 orang adik beradik ..adik2 semua lelaki (",) erm...kena buli ni...
3)Pendidikan awal di Tadika Perpaduan Sungai Bakap, S.K. Sungai Bakap, dan kemudian meneruskan pengajian di SMKA (P) Al Mashoor (P) Pulau Pinang dan melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Undang-Undang Sivil dan Syariah. Berpengalaman dalam mengamalkan undang-undang syariah dan sivil selama 2 tahun setengah dan sekarang bertugas di salah sebuah Jabatan kerajaan sebagai Penolong Pengarah.
4) Alhamdulillah selamat menjadi isteri kepada Ustaz Mohd Nabil Majdi b Arip pada 30 November 2007 dan sedang mananti kehadiran cahaya mata pertama pada bulan Disember nanti..insya Allah..(",)
5)Makanan kegemaran ialah nasi putih, ikan terubuk bakar dan air asam (erm..sedapnye) dan minuman kegemaran ialah apple juice serta air suam (",) .
6) Yang paling saya sayang - Suami, Family, dan paling suka tengok budak-budak kecil yang comel-comel..hehe...kalau tengok mane2 budak kecik..mesti nak dukung...hehe..
7) Perkara paling tak suka...bila dapat kerja atau tugasan last minit dan terdesak untuk melakukan sesuatu..(tak bestnya...)
8) Tentang diri saya pula...saya seorang yang sederhana, happy go lucky, peramah dan komited dengan tugasan yang diberikan...ceeee waaahhh...
ok..the end..and Rule No 4..hehe.kena fikir ni...sape saya nak tag??jap yerk...erm...haaaa...calon2 yang terpilih untuk di tag ialah...
1. suamiku-Encik Nabil
2. Angah-Firdaus
3. Kak Yang
4. Nadmin dan Fad
5. Munirah
6. Najib-Uda
7. Mariati
8. Kak Rozi
Rules No 5..pas ni....nak buat nii..
ok..selamat mencuba kepada semua.....di samping dapat mengenali dengan lebih lanjut kawan2 dan sahabat2,,,kita boleh tolong promote blog kawan2....hehe..ok wassalam
Sunday, June 15, 2008

PostHeaderIcon KENA LANGGAR KERETA LAGI....








Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh.....

Hari ni baru mula kerja...hari Isnin....maklumkah jalan selalunya sangat sibuk setiap pagi....ye la..masa ni ramai yang pergi kerja...pergi sekolah dan macam-macam urusan lagi....erm...semalam...baru tukar tayar kereta 2 biji..(tayar depan je, tayar belakang elok lagi )...maklumlah dah 3 tahun tak tukar ape2 sejak beli kereta....tukar 'timing belt'...'brek pad' buat 'alightment' dan banyak jugalah habis...nasibla suami kesayangan banyak membantu.. maklumlah..
kalau bengkel kereta ni lebih percaya orang lelaki...tak tau kenapa...hehe....agaknya dia org ingat wanita tak mahir sangat kot pasal kereta....ish ish..ish...

Erm...nak dijadikan cerita...pagi ni...sedang daku tenang menunggu lampu isyarat merah menjadi hijau untuk bergerak meneruskan perjalanan,...tiba-tiba...bammmm!! dari belakang... sebuah pacuan 4 roda...MPV Mitsubishi berada di belakang keretaku...("alamak kena langgar lagi ke???" dalam hati dah risau)...Ape lagi...saya pun terus keluar dari kereta dan tengok ape yang jadi...sahih...memang kena langgar dari belakang...driver MPV tu wanita jugak (Cina)...dia terus mintak maaf...memang dia mengaku salah...saya bersyukur sangat...mujurlah tak kemek teruk macam dulu (pernah gak kena langgar dari belakang) masa tu husband bawak kereta... Mujurlah...ada kesan sikit je kat kereta tu...

Alhamdulillah...teringatlah masa kena laggar dari belakang juga...masa husband bawak..kejadian berlaku bulan Disember tahun lepas...masa tu cuti sekolah..husband pun bercuti maklumlah pendidik.....sebaik sahaja husband hantar saya pergi kerja...husband balik ke Bota jap (umah mertua) dengan 3 org lagi adik iparku...tiba-tiba saya dapat panggilan telefon...husband cakap kereta kena langgar dari belakang...teruk sangat sampai adik ipar ku tercedera bahagian mata... Masa tu...ramai saksi kejadian memberitahu....pemandu yang melanggar kereta dari belakang tu sedang berlumba kereta...anak2 muda lelaki...Wira berlumba kereta dengan Perdana...(Ape nak jadi dengan anak-anak zaman sekarang...buat kerja tak berfaedah di jalan sehingga membahayakan pemandu lain) Masa tu...saya ngan husband baru je pas melangsungkan perkahwinan..baru 3 minggu...ujian ...Allah duga...masa tu sedih sangat...yer la..baru nak mula hidup..kereta lak kena langgar....


Lagipun saya dan husband bekerja arah yang berlainan....terpaksa guna kereta yang berlainan...waktu kerja pun berlainan...sudah pastilah 2 kereta patut digunakan pada masa yang sama...Mujurlah Allah bantu dengan cara yang lain masa kereta sedang dibaiki di bengkel...Allah mudahkan urusan..Alhamdulillah...

Lepas buat laporan Polis, Permohonan insuran dan macam-macam prosedur lagi...akhirnya dapat balik kereta yang dibaiki dari bengkel pada bulan Februari 2008, yang lalu..erm tapi sampai sekarang tak dapat lagi insuran tu....kami sedang menunggu dengan sabar,,,...maklumlah...insuran memang selalu dapat lewat....

Doaku dan harapanku..selepas ni...semoga tidak lagi berlaku perlanggaran kereta dari belakang dan apa-apa kejadian sekalipun yang melibatkan kereta.....susah jugak rasa tak de transport.....Untuk semua pembaca...hati-hati memandu..ingatlah orang tersayang (",)








Thursday, June 12, 2008

PostHeaderIcon JOM KITA MUHASABAH DIRI..MAKIN BAIK KE???

Assalamualaikum semua...

Ape khabor??
ERm....tak tahu nak tulis ape..tapi nak tulis jugak...hehe...dalam kita hidup seharian ni...macam-macam dah jadi kan....ade orang susah makin susah...ade orang kaya makin kaya...ade orang baik berubah jadi sebaliknya...Na'uzubillah...moga iman di hati kita sentiasa tetap dan istiqamah...dunia ni penuh cabaran..yang penting kena sentiasa muhasabah diri dan check hati anda...termasuklah saya...ade ke kebaikan yang telah kita lakukan pada hari ini??Kita jadi bertambah baik ke???Ade tak kita lukakan hati sesiapa atau kita dah cuba meringan-ringankan solat???Hmmm..biarlah kita konsisten dengan ape yang kita amalkan setiap hari ye...Hidup mesti ceria dan sentiasa diberkati...salah silap orang lain...maafkan jer lah yer...jangan disimpan di dalam hati...iNSYA Allah..bahagia...

Senyum itu penawar bagi hati-hati yang terluka...biar hati kita sakit...tapi janganlah berdendam dengan sesiapa...Bukankah Allah yang memegang hati-hati kita....sekiranya nasib kita tak sebaik orang lain..mungkin juga kita boleh nilai kelebihan diri sendiri...Semoga berjaya nanti... (",)




Monday, June 9, 2008

PostHeaderIcon ANAK-ANAK MUDA DAN SOLAT.....

Assalamualaikum warahmatullah.....

Sahabat-sahabat pembaca sekalian...semoga semuanya sentiasa ceria dan sihat hendaknya. Hari ini saya terpanggil untuk menulis berkenaan masalah sosial anak-anak muda zaman sekarang dan ada kaitannya dengan solat....

Buat pembaca yang budiman..khususnya yang masih remaja, yang sudah berumah tangga, yang baru berumah tangga dan yang akan berumah tangga. Mari kita renungkan masalah pada hari ini. Kenapa ramai sangat anak-anak muda kita, lelaki dan perempuan bebas berpegangan tangan ke sana ke sini, tidak malu dan segan berpelukan dan berciuman di khalayak ramai....sedarkah ibu bapa mereka, adakah benar mereka telah dinasihati?

Saya sangat kesal apabila melihat ramai anak-anak muda yang terlibat dengan seks bebas, HIV, dadah dan sebagainya adalah anak-anak melayu kita,...sedangkan bangsa lain berlumba mengejar kejayaan...sedarlah anak bangsaku yang dikasihi....Dunia makin ke depan..jangan asyik kita terleka dibuai mimpi indah dengan hiburan semata-mata....

Cuba fikirkan ibu bapa yang memelihara kita sejak kecil lagi...ibu yang mengandungkan kita selama 9 bulan..betapa peritnya saat itu....tapi mungkin juga anak-anak muda kita pada hari ini yang terlibat dengan masalah sosial adalah mereka yang mempunyai masalah keluarga...nah..di sinilah kita sebagai masyarakat, perlu mendampingi mereka secara berhikmah dan bawa mereka ke jalan yang benar..jangan disishkan anak-anak muda ini, mungkin mereka sedang mencari arah tujuan hidup yang belum pasti, sayangi dan bimbinglah mereka..

Kita pula sebagai ibu bapa atau bakal ibu bapa, haruslah mengambil iktibar , anggaplah anak jiran macam anak-anak kita sendiri, nasihatilah dan bimbinglah dengan baik dan berhikmah, dan ibu bapa sekalian, solat memainkan peranan yang sangat penting dalam institusi keluarga...selain itu ibu bapa harus bertegas dengan siapa anak-anak kita berkawan, jangan sampai tergadai maruah diri... Ibu bapa yang menjaga solat dan mendidik anak-anaknya solat, insya Allah akan terhindar daripada porak peranda rumahtanngga, saya mengambil sepotong daripada ayat Al-Quran yang bermaksud "SESUNGGUHNYA SOLAT ITU DAPAT MENJAUHI DIRI KAMU DARIPADA PERBUATAN KEJI DAN MUNGKAR"....mari kita renungkan bersama.....selamat beramal...(",)

Jom Beli Tudung Online (",)

BICARA INSPIRASIHANA

ARTIKEL-ARTIKEL INSPIRASIHANA

Kaunter Pengunjung

PENGUNJUNG INSPIRASIHANA