JOm JOin Butik INspirasihana
HANNAKIDS COLLECTIONS
ULANGTAHUN PERKAHWINAN
JANGAN TINGGAL SOLAT
JOM TUTUP AURAT
Islamic Clock
Islamic Calendar
Facebook Badge
About Me
- INSPIRASIHANA
- Ipoh, Perak, Malaysia
- KAMI MENJUAL TUDUNG DAN KERONGSANG SECARA ONLLINE..DAPATKAN HANYA YANG TERBAIK DI BUTIK INSPIRASIHANA
Inspirasi Wanita
Monday, April 26, 2010
MENGENALI CINTA ISLAMIK-SEBUAH RENUNGAN
9:38 PM | Posted by
INSPIRASIHANA |
Edit Post
Assalamualaikum warahmatullah
Untuk renungan remaja masa kini dan pasangan-pasangan yang masih belum berkahwin. Mari kita renungkan bersama. Semoga dapat menambahkan Cinta kita kepada Ilahi.Insya Allah.
Cerita ini saya terbaca dari blog rakan multiply {http://penawar85.multiply.com}. Saya rasa perlu saya letakkan di blog saya kerana ianya amat mendidik dan terlalu terkesan dijiwa saya. Cinta...cinta itu indah selagi kita tidak menodainya....
Cinta itu fitrah dan mmg indah dirasakan....
hayatilah dan fahamilah cerita ini.....
Siti Syazwani. Happy Birthday! Semoga kamu akan sentiasa dirahmati Nya… All the best in everything you do… Jaga diri & iman baik- baik yea -Amin, UK-"
Aku mencapai telefon mobilku dan membelek-belek SMS ucapan hari lahir yang diterima minggu lepas. Cukup ringkas. Namun, aku masih tertanya- tanya mengapa Amin hanya mengirimkan SMS sahaja kali ini? Jika tidak, tahun- tahun sebelum ini pasti sudah ada kad besar dan bermuzik akan tiba beberapa hari sebelum hari lahir ku. Dah la
pakai nombor orang lain, siap tulis nama penuh aku pula tu. Tak pernah pula dia tulis macam ni… Ish, hati mula ragu-ragu. Menyangka sesuatu yang tak baik sedang berlaku.
Adakah dia sudah?Argh, tak mungkinlah! Dia dah kata takkan...
Aku teringat ketika dia pulang bercuti pada musim summer tahun lepas. Namun, sebelum itu aku sudah rasa banyak perubahan berlaku pada dirinya. Dia telah mula banyak memberi nasihat- nasihat baik ketika kami berhubung samada melalui telefon, SMS, email, YM dan juga friendster. Dan ketika itu, aku mendapat cuti seminggu dan telah
bercadang untuk turun ke KL dengan kakak melawat saudara-mara, dan sambil- sambil itu bolehlah juga berjumpa dengan si Amin.
Setahun sekali tak salah rasanya. Melepas rindu la sedikit. 'Boring' juga kalau asyik berhubung melalui telefon saja. Lagipun Kuantan-KL sekarang boleh travel dalam 3 jam 1/2 dah. Ulang-alik setiap hari pun boleh. Di KL, aku telah menghubunginya dan cuba mengajak untuk berjumpa. Dia menolak ajakan aku untuk keluar berjalan-jalan daripada pagi sampai ke petang. Dia hanya boleh berjumpa dengan ku seketika sahaja pada petang hari. Walaupun dia beralasan sibuk, tapi aku tahu dia taklah sesibuk mana. Nak tak nak, aku terpaksalah menerima sahaja cadangannya. Asal boleh berjumpa, ia sudah cukup bagi aku. Dan petang itu kami taklah ke mana-mana sangat. Ronda-ronda sahaja dengan kereta Wira kesukaannya itu. Selepas ber-Asar di Masjid Wilayah, Amin membawa aku ke sebuah restoran dan kami akan 'early dinner' di situ.
Kemudian, satu detik yang agak 'mengingatkan' bagi aku adalah
sewaktu kami dalam perjalanan menghantar pulang aku ke rumah
saudaraku…Dia ada bertanya "Apa beza kita dengan diaorang kat situ tu ye?" Amin menunjuk-nunjuk ke arah beberapa pasang 'couple' yang sedang lepak berdua-duan di tempat-tempat duduk sepanjang sebuah taman. Aku tergamam sekejap. Huh. Agak menduga, tapi 'simple' saja. "Ala, kita ni baik sket. Tak ada pegang-pegang. Tutup aurat elok. Sampai waktu solat, kita solat. Erm… Islamik sket la pendek cerita!."
"Hmm.." Amin hanya mengangguk-angguk. "Dalam Islam ada ke macam ni?" Amin menduga lagi. Erk… Semakin terkesima aku dibuatnya. Kali ini aku terus diam terpaku. Aku tahu dia lebih banyak tahu selok-belok masalah benda-benda macam ini. Kalau aku jawab lagi, mesti dia 'counter' lagi. Huh. Diam sahaja lah! "Erh, abaikan je lah. Saja je saya tanya…" Amin cuba menyedapkan hati.
Tidak lama selepas Amin terbang pulang semula ke UK untuk Menyambung sesi pelajarannya yang baru, dia ada menghantar satu email kepada ku untuk menerangkan kedudukan dan tujuan dia
bertanya akan hal itu. Aku sudah mula faham sedikit-sebanyak yang aku perlu mengawal hubungan yang masih tidak 'rasmi' ini. Dan sejak daripada itu dia tidak pernah langsung menelefon aku. SMS pula hanya
bertanyakan tentang pelajaran sahaja. Itu pun boleh dibilang dengan jari. Namun, aku bersyukur dan gembira kerana dialah yang membuat aku berubah untuk jadi lebih baik dan lebih faham Islam.
Jika dulu pakaian aku agak ketat dan singkat, kini sudah banyak yang labuh dan longgar aku beli.Tudungku pun pernah ditegurnya agar melabuhkan ke bawah dada. Dialah yang memperkenalkan padaku apa itu usrah dan dakwah. Dia juga ada berpesan - 'Jaga hubungan dengan Allah tu lagi penting. Insya Allah, kemudian Dia akan jaga hubungan kita.'
Jadi, apakah yang akan berlaku selepas ini? Hatiku masih tak tenteram
memikirkan SMS ucapan hari lahir itu.Macam-macam sangkaan buruk bermain- main dalam hati yang mula busuk ini. Aku masih setia Menanti kepulangannya. Dan aku yakin dia juga setia pada aku. Aku tak pernah memikirkan lelaki- lelaki lain selain dia. Dan aku yakin dia juga tak pernah nak menggatal dengan perempuan-perempuan lain. Dia
taklah seperti kebanyakan lelaki yang 'playboy' pada masa kini. Ops! Mungkin agak kasar untuk berkata sedemikian.
'Tuuut. Tuuut...' Nada dering SMS berbunyi. Nombor Amin yang terpapar. "Esok free tak? Boleh kita chatting?" "Boleh... Saya free je." jawab aku ringkas. Erm, mesti dia saja nak buat 'surprise.' Aku dah agak dah, takkanlah dia hantar SMS saja untuk 'wish birthday' aku. Keyakinan aku mula bertambah. Dia masih sayang padaku. "Ok.Tq..." balasnya pula.
Keesokannya, aku menanti awal dia online. 'Tuk. Tuk. Tuk..' Amin has signed in. Oh, tepat sungguh waktunya...
Amin: assalamualaikum wbt.
Wani: wsalam…Amin: apa khabar? sihat? iman baik?
Wani: alhamdulillah... sihat2..=) awak?
Amin: alhamdulilah… baik2 juga… iman selalu turun naik sejak kebelakagn ni…tp takpe, ok je semua
Wani: awak tak balik ke tahun ni? btw, thanks for the bday wish last week...
Amin: welcome… tak balik. byk kerja sket tahun ni… lagi pun saya nak try bekerja… cari duit...
Wani: wah, rajinnya... baguslah!
Amin: hurm...
Amin: study macam mana?
Wani: ok je... new sem ni berat sket..Jadual pack.
Amin: oic...
Amin: takpe, study rajin2 ye..
Amin: hurm, dah lama nak tanya ni sebenarnya…
Amin: hurm…
Wani: apa dia? tanya la… sila2..
Amin: 1st of all sorry dulu ye… hurm, apa pendapat awak tentang kita
sekarang?
Wani: erh… macam awak kata dalam email tu dulu yang kita ni kan ‘kawan’… tak lebih daripada tu… tp, special sket… tiada couple-couple mcm org lain…declare pun tak kan?
Wani: so, statusnya kawan je la…
Amin: hurm…
Wani: erh, tak betul ke?
Amin: hurm.. ni opinion je la - antara lelaki dan perempuan yg bukan mahram, tiada perhubungan yang lebih akrab melainkan hubungan suami isteri shj…yg lain2.. atas alasan aper skali pun ia tak patut diterima..
Aku tergamam seketika. Tertampar keras juga rasanya…
Wani: jadi…
Amin: saya rasa kita harus stop… stop untuk berpisah…
Amin: sbb……
Amin: sbb saya sedar yg semua ini adalah salah dan juga keliru…
Amin: benda ni akan buatkan hati ternodai… zina hati akan banyak
berlaku…
Amin: walaupun kita jauh, tak call, tak jumpa dll, tapi hati tetap 'ber’zina’…
Amin: huh...
Amin: saya bercakap itu dan ini pada org ramai… tapi, dalam masa yang sama saya meyelindungi sesuatu yang tak sepatutnya saya buat…
Amin: kononya Islamik…
Amin:saya rasa cara ni tak betul,kita sbnrnya yang dah menyarungkan
benda yg tak baik ni dgn Islam… then, org nampak Islamik…
Amin: saya rasa takde beza pun kita dgn org lain yg duk ber’couple2’
nieh..
Amin: hurm…..
Amin: jadi, saya rasa kita harus berpisah…
Amin: demi menjaga diri…& sama-sama untuk kembali harungi hidup dalam redha Ilahi…
Amin: sorry… sorry byk2 untuk segala apa yang telah kita buat…
Amin: dan sorry juga sbb telah membawa awak ke jalan yang lupa pada-Nya…
Amin: andai ada jodoh, moga dipertemukan…
Astaghfirullahalazim… Aku beristighfar panjang. Ku kesat peluh di dahi… Air mata jahiliyah ku deras menitis membasahi meja. Sedikit terpercik pada keyboard laptop. Aku tak sangka perkara seperti ini akan terjadi sepantas ini. Ringkas, lembut, berhikmah serta points-nya yang jelas membuat aku tak dapat membantah dan berkata-kata. Sedih, pilu, kecewa, dan sesekali timbul rasa kesal pun ada. Tapi, semua itu tak bermakna lagi…
Aku tak mampu lagi untuk menyambung perbualan tersebut. Ku pasrah dan terima sahaja keputusan yang dibuat oleh Amin itu. Di saat ini, hanya Allah yang bisa mendengar bisikan hati rapuh ini. Dialah juga tempat ku pohon keampunan atas segala kekeliruan yang telah aku timbulkan. Rupanya selama ini aku telah tertipu dengan biskan musuh, mengikut jalan taghut, mencampurkan halal dan haram, serta mengandunkan yang Islam dan al-hawa…
Cinta hakiki hanyalah pada Allah…Tiba-tiba aku teringat hadis halawatul iman yang pernah dibincangkan oleh naqibah aku tak lama dahulu; pertama-tama sekali mestilah mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada makhlukNya, kemudian mencintai seseorang itu hanya kerana Allah dan akhir sekali, mesti benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana ia benci dicampakkan dirinya ke dalam
api neraka. Dengan demikian barulah dapat merasai kemanisan iman itu.
Hanya Allah sahajalah yang layak memberi hidayah kepada sesiapa yang dikhendakiNya. Moga-moga Dia kuatkan dan teguhkan hatiku menghadapi dugaan ini dan moga-moga diringankan beban yang kupikul ini. Aku terus menjawab ringkas….
Wani: thanks & sorry too… saya terima…Alhamdulillah…
Wani: moga awak bahagia dan sukses selalu di sana. doakan saya juga.
Wani: wassalam.
Wani: wassalam.
Signed out
Aku merasakan hubungan tiga tahun yang terbina itu memang salah pada dasarnya. Bagaimana mungkin ia dapat mewujudkan sebuah keluarga yang menjunjung Islam jika asasnya terbina melalui cara al-hawa? Ya, kami memang saling menasihati dan bertazkirah, saling mengejut Qiamulali, saling menghantar SMS ayat-ayat Quran serta
hadis, tapi semua itu memang tak betul caranya… Aku sedar yang kami telah mempergunakan Islam untuk mencapai matlamat peribadi… Astaghfirullah..Syukur pada Mu ya Allah kerana lekas mengembalikan ku pada jalan redha-Mu.
“Sayang… Cepat turun ni. Nurul dah nak sampai.” Ops! Tersedar daripada lamunan kisah 15 tahun lepas itu tatkala mendengar sahutan suamiku,Muhammad Aqil untuk bersiap menyambut tetamu istimewa kami Nurul dan Amin. “Ya bang, Wani turun…” Alhamdulillah… Siap semuanya. Aku menutup lid laptopku dan bergegas turun ke bawah. Aku sudah bersedia untuk membentangkan ‘presentation’ kepada beliawan-beliawanis negara mengenai Cinta Remaja dalam program ‘Belia Negara 2057’ esok. Aku sangat bersyukur menjadi siapa diri
aku sekarang ini dan aku mengharapkan belia-belia harapan negara dapat kembali kepada cara fitrah yang sebenar dalam menguruskan soal cinta.
Kepada remaja sekalian, semoga cerita di atas menjadi panduan dalam menunjuk arah hubungan anda yang masih lagi belum rasmi..Jagalah hubungan kerana Allah..Insya Allah ..Allah akan menjagamu. JAnganlah kita menjadi seperti pasangan lain yang tidak mempunyai arah tujuan dan selepas berkahwin..penceraian menjadi agenda utama. Nauzubillah..semoga kita tergolong di kalangan hambanya yang beriman..Ameen. (",)
Labels:
CETUSAN INSPIRASI..
|
0
comments
BERI KEUTAMAAN DAN PERLINDUNGAN KEPADA OKU
8:11 PM | Posted by
INSPIRASIHANA |
Edit Post
Assalamualaikum semua pengunjung Laman Inspirasiku...
Beberapa hari yang lalu saya telah mendengar satu topik yang dibincangkan di Radio IKIM semasa saya dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja. Topik yang dibincang oleh Juruhebah IKIM iaitu Ustaz Zamri Zainal Abidin dan Fairuz Haji Nordin membuatkan saya terpanggil untuk menyentuh berkenaan topik ini.
Banyak masalah dan isu yang dikupas berkenaan topik "Cakna OKU" yang telah dibincangkan di radio IKIM beberapa hari yang lalu. Kita sebagai hamba Allah yang cukup sempurna dari segi pancaindera dan akal fikiran yang baik, seharusnya memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana diberi peluang untuk kita bernafas dan menghirup udara di muka bumi ini. Cuba bayangkan mereka yang lahir sebagai OKU atau menjadi OKU selepas ditimpa kemalangan...Sudah tentulah mereka mempunyai kekurangan dari segi keyakinan diri.
Jadi kita sebagai hamba Allah yang cukup sempurna perlulah bertanggungjawab memberi keutamaan dan perlindungan kepada golongan ini. Saya ingin memetik beberpa kisah dari pendengar Radio IKIM yang menceritakan pengalaman mereka dalam membesarkan anak-anak OKU yang cukup payah dan memerlukan kecekalan yang tinggi. Tahniah kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang istimewa. Peranan kita pula sebagai jiran atau masyarakat, perlulah prihatin dengan perkembangan anak-anak ini. Mereka memerlukan perhatian dan kasih sayang daripada masyarakat sekeliling.
Sesetengah ibu bapa yang mempunyai anak-anak OKU ada yang tidak sabar dan tidak sanggup memelihara mereka dan ada juga dihantar ke Badan Kebajikan Masyarakat. Hati saya sungguh tersentuh dengan anak-anak OKU yang tidak bersalah ini. Lebih menyedihkan apabila ada di kalangan anak-anak OKU ini hanya dibiarkan tanpa sebarang didikan, perhatian dan kasih sayang. Ada juga yang didera dan menjadi hamba nafsu serakah bapa atau orang di sekeliling mereka yang tidak mempunyai hati perut dan belas kasihan. Oleh yang demikian, semua masyarakat diminta memberi pertolongan, bantuan, prihatin dan kasih sayang kepada mereka.
Anak-anak OKU ini tidak meminta dilahirkan sebegitu. Jangan dihina mereka. Berikan keutamaan dan perlindungan kerana mereka juga mempunyai hati dan perasaan seperti kita dan manusia lain. Cuba letakkan diri kita di dalam kedudukan mereka. Renung-renungkan, semoga kita terus menjadi hambaNya yang bertaqwa dan bersyukur. Berilah pertolongan kepada mereka yang memerlukan, insya Allah perjalanan kita dimudahkan.
Labels:
ISU SEMASA
|
0
comments
Monday, April 12, 2010
Kisah Pembuangan Bayi Mencari Satu Penyelesaian
11:08 AM | Posted by
INSPIRASIHANA |
Edit Post


Assalamualaikum
Jam menunjukkan pukul 1.30 pagi..dan hati saya terpanggil untuk mengulas tentang isu ini walau pun ia telah sering dibincangkan di dada-dada akhbar, media massa, di pejabat, di sekolah, di kedai kopi dan sebagainya. Namun isu ini masih lagi belum lagi selesai. Ketika saya sedang mencari isi untuk menulis dan memuat turun beberapa gambar pembuangan bayi..hati saya merasa sungguh sayu, terluka dan sebak melihat gambar-gambar anak-anak comel yang cukup sifat dibuang dengan cara yang kejam tanpa perikemanusiaan.
Apakah tidak sedikit pun timbul rasa bersalah di hati penzina-penzina ini sehinggakan tergamak melakukan satu lagi dosa besar setelah melakukan dosa besar berzina??Tidak takutkah mereka dengan siksaan Allah??Apa dosa anak-anak comel ini. Saya seorang ibu kepada anak yang berusia 1 tahun 4 bulan dan sedang mengandung adiknya yang berusia 4 bulan, dan ibu-ibu di luar sana, sudah tentu mengalirkan air mata melihat gejala pembuangan bayi ini semakin menjadi-jadi.
Wahai wanita sekalian, takutlah kamu dengan siksaan Allah, segeralah bertaubat jika kamu terlanjur. Allah MAha Pengasih lagi Pengampun. Jadilah wanita solehah perhiasan dunia yang tinggi maruahnya. Kita dijadikan bukan untuk menjadi bahan dagangan atau tempat pemuas nafsu serakah lelaki. Kita dijadikan dengan sebaik-baik kejadian untuk menjadi tulang belakang kaum Adam bagi menegakkan Syiar Allah di muka bumi ini. Jadilah anak yang solehah yang boleh menjaga maruah diri dan keluargamu, jadilah isteri yang solehah yang boleh manjaga maruah diri dan suamimu dan jadilah ibu yang mithali yang menjadi contoh teladan yang mulia kepada anak-anakmu.
Saya sungguh bimbang melihat anak gadis kita pada hari ini. Punca segala masalah adalah sistem pendidikan dan juga didikan Agama oleh keluarga kepada anak-anak ini. Saya melihat ibu bapa sekarang terlalu dikatakan "open minded" sekiranya memberi laluan kepada anak-anak gadis mereka tidak menutup aurat, memakai baju ketat, seluar ketat, mempunyai "boyfriend", dihalalkan pula pergaulan bebas mereka hingga boleh di bawa ke rumah pada bila2 masa. Ibu bapa pula seakan-akan terlalu"sporting" dengan perbuatan dan tingkah laku anak-anak mereka asalkan anak-anak mereka tidak lari dari rumah. Beginikah ajaran dan didikan yang sepatutnya diberikan????
Pada hari ini... jika kita melalui taman, pantai atau air terjun, pasti kita akan menemui berpasang-pasang sejoli sedang berasmara dana. Bukan sahaja di tempat sembunyi, malah mereka sudah berani menunjuk-nunjuk aksi biadap mereka di khalayak ramai seperti di pusat membeli belah dan kedai makan. Walau pun perbuatan mereka itu di hadapan seorang ustaz dan ustazah. Sedikit pun di hati mereka tidak ada rasa malu malah bangga dengan apa yang dibuat. Jadi apakah peranan masyarakat jika menyaksikan kejadian ini??Kita mesti mencegah dengan menegur mereka..Jangan takut, kita mengakkan kalimah Allah, didik mereka dan tegur dengan hikmah.Lakukan sesuatu, kita mesti bertindak dari sekarang.
Dunia yang semakin mencabar pada hari ini sudah tentulah mengundang rasa bimbang di hati ibu bapa muda untuk membesarkan anak-anak mereka termasuk saya dan suami. Sentiasalah kita berdoa agar keluarga kita dilindungi Allah, ditetapkan iman dan mendapat zuriat yang soleh dan solehah.Bila menyebut berkenaan zuriat, betapa ramai suami isteri yang berkahwin pada hari ini masih lagi belum dikurniakan zuriat walau pun telah menunggu beberapa tahun. Tetapi bagi mereka yang berzina, terlalu mudah mendapat zuriat dan membuangnya begitu sahaja tanpa rasa berdosa. Ini adalah ujian terbesar bagi mereka yang belum dikurniakan zuriat. Allah MAha Penyayang, berusahalah....
Menurut kajian, terdapat beberapa faktor menyebabkan berlakunya jenayah ini. Faktor terbesar ialah institusi keluarga yang bermasalah, tiada persefahaman, bergaduh, bercerai dan lain-lain. Oleh itu setiap ibu bapa perlu sedar bahawa masa hadapan anak-anak terletak kepada suasana rumahtangga yang mereka bina. Jika mereka hidup dalam suasana keimanan, keharmonian dan kasih sayang nescaya Allah mengurniakan kebahgiaan didunia dan diakhirat .Firman allah s.w.t di dalam surah At-Thur ayat 21:
"Dan orang yang beriman dan diikuti oleh zuriat keturunan mereka dalam keimanan, kami hubungkan zuriat keturunan itu dengan mereka (didalam syurga) dan kami tidak mengurangi sedikit pun daripada pahala amalan mereka.Setiap manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya".
Perbuatan membuang bayi di merata tempat dan menjadi mangsa binatang buas adalah satu jenayah yang amat zalim dan keji serta lebih hina tarafnya daripada haiwan. Malah haiwan lebih baik kerana mengasihani dan memelihara anak dan sanggup mati demi keselamatan anak-anak . Inilah kesannya apabila rohani seseorang tidak diisi dengan ajaran agama. Renungilah amaran Allah s.w.t didalam surah Al-A'raaf ayat 179 :
"Sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakkannya daripada jin dan manusia,mereka mempunyai hati (tetapi) tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat allah), mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakan untuk melihat (bukti keesaan allah) dan mereka mempunyai telinga(tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ajaran dan nasihat). Mereka itu seperti binatang ternakan,bahkan mereka lebih sesat lagi.Mereka itulah orang yang lalai".
Di bawah ini adalah saranan yang saya ambil dari Jabatan Agama Islam Selangor di dalam satu khutbah Jumaatnya iaitu cara-cara menangani jenayah ini. Antaranya ialah:-
Pertama - Institusi keluarga perlulah diperkukuhkan dengan berlandaskan konsep rumahku syurgaku.
Kedua - Program-program dakwah perlulah dipertingkatkan dan digerakkan secara bersepadu.
Ketiga - Pihak yang bertanggungjawab perlulah membanteras pengedaran bahan-bahan lucah daripada tatapan anggota masyarakat terutama golongan remaja.
Keempat- Program-program hiburan melampau yang merosakkan akhlak perlulah dihentikan.
Kelima- Ibu bapa perlulah mengawal pergerakkan anak-anak daripada terlibat dengan pergaulan bebas.
Keenam - Usaha-usaha pencegahan kegiatan tidak bermoral perlulah dipertingkatkan oleh semua pihak.
Akhirnya adalah diingatkan bagi mereka yang sudah terlanjur, hendaklah segera bertaubat dan menjauhi segala perbuatan-perbuatan terkutuk tersebut. Janganlah membunuh bayi, berilah mereka peluang untuk hidup. Semoga Allah s.w.t menerima taubat hamba-hambanya.
"Sesungguhnya penerimaan taubat disisi Allah s.w.t hanya bagi orang yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan, kemudian mereka segera bertaubat,(dengan adanya dua sebab itu), maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya dan (ingatlah) Allah maha mengetahui, lagi maha bijaksana".
Ya-Allah, engkaulah tuhan yang maha berkuasa, kami bersyukur kehadratmu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat, sehingga kami dapat meneruskan usaha kearah memperkukuhkan syiarMu. Justeru kami pohon kehadratmu ya-Allah, tetapkanlah iman kami, tingkatkanlah amal kami, kukuhkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami, kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat, suburkanlah jiwa kami dengan budi pekerti yang mulia, kembalikanlah generasi muda kami ke jalan yang engkau redhai, lindungilah kami daripada ujianmu yang berat seperti banjir besar, kemarau panjang, wabak penyakit, persengketaan, kemiskinan dan lain-lain supaya dengan demikian, negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat.
Ameen Ya Rabbal A'lamin.
Labels:
ISU SEMASA
|
2
comments
Monday, February 22, 2010
SALAM UNTUK PENGUNJUNG LAMAN INSPIRASIKU
10:36 AM | Posted by
INSPIRASIHANA |
Edit Post
Assalamualaikum Warahmatullah
Lama rasanya tidak membersihkan laman sesawang Laman Inspirasiku ini. Saya terlalu sibuk dengan bisnes online di Butik Inspirasi yang beralamat di http://inspirasihana.com. Semoga usaha murni untuk menggalakkan lebih ramai yang bertudung mendapat sambutan ramai. Cuma saya sedang mencari peluang dan ruang untuk terus menitipkan idea dan nukilan di Laman Inspirasi ini bagi terus berkongsi ilmu dan pengalaman dengan sahabat-sahabat di luar sana.
Pada mulanya saya inin menutup blog ini untuk lebih fokus kepada inspirasihana.com tetapi memandangkan idea saya untuk menulis tak dapat dikongsi dengan cara lain maka saya teruskan menukilkan cetusan rasa, berkongsi ilmu dan pengalaman di sini.
Saya terus berdoa dan berharap semoga dengan bisnes yang saya buat melalui inspirasihana.com mendapat keberkatan Allah dan meningkatkan iman saya dan suami kepada Allah, meningkatkan kesyukuran dengan nikmat dan rezeki darinya. Insya Allah.
Kita cuma insan kerdil yang kadangkala lalai dan terlupa, tetapi dengan berkongsi ilmu dan pengalaman bersama sahabat-sahabat saya dapat meningkatkan ilmu dan menambahkan pengisian di jiwa. Insya Allah saya akan terus update dengan isu-isu pada masa akan datang.
Dan pastinya isu sebatan ke atas peminum arak muslimah dan muslim masih lagi menjadi bualan hangat pada masa kini kan??Saya sungguh ralat dan tidak faham dengan prinsip sesetengah pimpian politik kita yang terlalu menjaga hati bangsa dan agama lain sehingga menganabaikan sensitiviti agama sendiri. Siapa lagi yang dapat membantu agama Islam melainkan diri kita sendiri. Saya pernah menulis berkenaan isu sebatan pada artikel lepas. Semoga dengan ilmu yang ada dapat dikongsi bersama. Islam begitu indah dengan memperincikan setiap jenis hukuman dan ada hikmah kerana Allah menyuruh kita melaksanakannya.
Insya Allah saya akan update lagi dengna artikel-artikel akan datang. Semoga kita dapat berkongsi ilmu dan pengetahuan. Salam Ukhuwwah dari saya. Jemput juga ke http://inspirasihana.com untuk melihat dan meninjau Butik Inspirasi online saya dan http://hannakids.blogspot.com untuk berkongsi cerita berkenaan anak-anak. Semoga ilmu yang ada dapat dimanfaatkan bersama. Insya ALlah dan jumpa lagi.
Labels:
CETUSAN INSPIRASI..
|
0
comments
Wednesday, December 30, 2009
PESANAN UNTUK IBU BAPA..JADILAH YANG TERBAIK
5:14 PM | Posted by
INSPIRASIHANA |
Edit Post
Tolong Fikirkan Wahai Ibubapa
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
Minggu lalu, ketika menjamah makanan makan malam di sebuah restoran semasa dalam perjalanan ke airport, rakan-rakan yang bersama menghantar saya berbicara berkenaan pelbagai isu. Hj Rosman kemudian menzahirkan kebimbangan beliau berkenaan kes jenayah yang wujud di Malaysia. Kes-kes sedemikian agak kurang berlaku di Bahrain.
Natijah dari kebimbangan tersebut, beliau bertanya
"pada pandangan ustaz, macam mana cara untuk selesaikan masalah ini"
Saya berfikir sejenak, sudah tentulah jawapan paling mudah bagi seorang ustaz adalah berkata
"kita kena kembali kepada Islam"
Tetapi disebabkan jawapan itu terlalu umum, maka saya mengambil keputusan untuk tidak memberikan idea itu.
"Ia perlukan penyelesaian secara kolektif, semua pihak perlu ada kesedaran untuk merubah keadaan" demikian jawapan permulaan saya.
"Namun yang paling utama perlu berperanan, adalah ibu bapa atau keluarga"
Saya mengulang kembali ingatan sedih dan pedih kita kepada kes Al-Marhumah Nurin Jazlin yang dibunuh kejam dan masih gagal diselesaikan oleh pihak berkuasa Malaysia sehingga kini.
"Bukankah Nurin dibunuh oleh seorang manusia?, sudah tentunya manusia ini dilahirkan ke dunia oleh seorang ibu dan pastinya dia punyai bapa dan keluarga"
"Namun apakah yang menjadikannya sebegitu kejam?" saya menrang sambil mengajak berfikir.
Memang benar, pelbagai faktor menyumbang, namun bagi saya ia bermula dari hasil didikan pertama ibubapa, sesuai dengan apa yang disabdakan oleh nabi s.a.w
"Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (tidak mempersekutukan Allah) tetapi orang tuanya lah yang menjadikan dia seorang yahudi atau nasrani atau majusi. Sebagaimana seekor binatang yang melahirkan seekor anak tanpa cacat, apakah kamu merasakan terdapat yang terpotong hidungnya? (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
Sudah tentu juga ibubapa yang berperanan untuk mencorakkan seorang bayi sehingga menjadi seorang Muslim, mukmin yang bertaqwa.
Kita tidak nafikan faktor persekitaran yang sentiasa menghurungi anak-anak kita khususnya di sekolah, melalui internet, rakan-rakan, games, TV dan lainnya.
JANGAN DIDIK ANAK SECARA SPONTAN
Namun tidak boleh dinafikan, ibubapa mempunyai saham terbesar. Anak-anak adalah satu tugas terbesar buat ibubapa yang sering diabaikan. Sedangkan mereka semua adalah suatu aset dan ‘pelaburan' terpenting. Namun amat kerap mereka menjadi mangsa kurang teliti, kurang perhatian dan tiada perancangan jitu oleh sang ibubapa.
Akhirnya, sebuah aset yang ditangani secara lebih kurang akan menghasilkan hasil yang bukan lebih kurang juga, tetapi hasil lebih buruk malah membawa padah.
Memang benar, kegagalan merancang pendidikan anak-anak adalah sebuah kegagalan masa depan.
Ramai yang merasakan, pendidikan anak-anak boleh dibuat secara spontan, bergantung kepada hari dan masa. Dalam kata lain, bergantung kepada keadaan.
Hakikatnya, anak tidak boleh dididik secara spontan, ia memerlukan satu pelan perancangan khas untuk menjadikan lebih mudah dibentuk. Mendidik mereka seperti mengendalikan sebuah syarikat awam yang sentiasa memerlukan plan induk, teknik khas, contingency plan dan monitoring system.
Kerana itu kita perlukan seorang Chief Operating Officer (COO) untuk anak-anak. Menurut teori ideal Islam, COO yang paling ideal bagi pendidikan anak-anak adalah seorang IBU. Bapa bertindak sebagai Chief Executive Officer (CEO) yang mana,, ruang lingkup tugasan, peranan dan tanggungjawabnya lebih besar dan menyeluruh.
"Namun apabila hari ini kedua-dua ibubapa sibuk mencari nafkah, aset di rumah terabai dek kerana pendapatan RM 2,000 (purata) atau RM 5,000 sebulan si ibu"
Anak-anak diswastakan kepada nursery yang kurang pengalaman. Kurang penghayatan, kurang sensitiviti dan seumpamanya.
Kita boleh menghantar mereka ke pelbagai jenis kursus dan kem untuk menyuntik sesuatu, namun pokok pangkalnya tetap di atas bahu kita selaku ibubapa. Kalaupun anak telah berubah hasil tarbiyah di dalam kursus, mereka akan tetap melupakan nilai baik tersebut jika ibu bapa masih di takuk lama.
WAHAI IBUBAPA, HORMATI ANAKMU NESCAYA KAMU DIHORMATINYA
"Treat your child with respect" itu saranan Richard Templer, penulis buku parenting yang popular.
Saya amat selesa dengan saranan tersebut, seorang ibubapa yang bijak perlu mengendalikan dan melayan anak-anak mereka dengan penuh penghormatan. Kelak anak-anak akan mencontohi tatacara yang sama.
Biasanya apabila orang dewasa meminta bantuan seorang dewasa yang lain, mereka akan menggunakan bahasa yang sopan. Itu adalah kerana mereka sedar, yang diminta itu tidak mesti untuk membantu, kita perlukan ihsan mereka untuk membantu. Atas sebab itu, kata-kata sopan digunakan, demi memujuk dan mearih ihsan.
Bukankah elok jika cara yang sama untuk anak-anak kita, cuba kita jangan merasakan si anak sentiasa WAJIB untuk mematuhi arahan kita. Kelak nanti si anak apabila meminta kepada ibubapanya atau orang lain, dirasakan mereka semua wajib menurut arahannya.
Si anak juga kerap meminta ibubapanya, mainan itu dan ini. Namun sedikit yang diperolehi.
Maka si anak akan menghadapi kekeliruan.
"ibubapa minta, semua aku kena buat, aku minta, ibubapa tak buat semua pulak"
Lebih teruk dari itu, arahan dari ibubapa kerap dihamburkan dengan kata-kata perintah tanpa hormat dan pujukan serta ihsan. Contohnya:
"makan tu"
"Habiskan ini!"
"Pergi mandi!"
"Cepat masuk kereta!"
"Gosok gigi!"
"Kenapa sepah sangat ni, cepat bersihkan!"
"Heiii, kenapa buat macam tu!"
Itulah yang kerap dilaungkan oleh ibubapa, memekik melolong setiap pagi dan petang serta malam.
Setiap hari anak akan mendengar lolongan kuat menerjah telinga dan hatinya. Kalimah-kaalimah arahan dan larangan sebegitu sudah terlalu biasa, lali hingga ia menjadi masak dan sebati dek pemikiran dan hatinya.
Pada masa yang sama, kita akan dengar kedapatan ibubapa yang mengeluh kerana anaknya kurang beradab ketika remaja dan dewasa. Sedarkah bahawa si anak sebenarnya telah ‘berjaya'. Ya berjaya dalam mencontohi model yang diterapkan oleh ibubapanya sendiri. Namun kini ibubapa merasa sedih dan tidak selesa. Sedarkah ibubapa bahawa si anak yang dibesarkan sedemikian rupa menyangka itulah cara arahan dan permintaan yang terbaik. Bukankah itu yang ditunjukkan oleh ibubapa mereka?.
Justeru, lebih kasar sang ibubapa terhadap anaknya, akan kasar jualah anak terhadap ibubapanya dan orang lain, khususnya di ketika remaja dan dewasa. Malah lebih mendukacitakan, itulah cara yang akan dibawa ke sekolah, mempengaruhi kawan-kawan dan akhirnya menjadi penjenayah yang merasakan tindakannya ‘ok' atau tidak bersalah. Puncanya dari cara didikan dan layanan ibubapa yang kasar.
Patut kita sedari di awal bulan hijrah 1431 ini, bahwa anak layak mendapat sebuah penghormatan, semudah-mudah penghormatan adalah dengan memilih ayat dan kata-kata yang manis didengari, intonasi yang sedap didengar. Cuba tambah sikit sahaja sebagai contoh
"boleh tolong ibu ambilkan barang itu"
"Adik baikkan, tolong ummi kemaskan meja ini boleh?"
Dan pelbagai lagi bentuk ayat yang serupa dengannya.
Di samping itu, jangan sesekali memungkiri janji,, membohongi anak dan lain-lain kelakuan negaitf. Selain anak akan mengambil contoh, mereka juga akan merasa kurang penting berbanding yang lain.
TUNJUKKAN PERHARGAAN TERHADAPNYA
Juga menjadi kebiasaan ibubapa hari ini. Bangun sahaja anak dari tidur dan terus dia menghala ke dapur.
Ibu yang terlihat anak, ayat pertamanya :
"hah apa lagi tu, dah gosok gigi, pergi basuh muka dan gosok gigi!"
"Lepas tu pergi buat itu ini bla la bla"
"Mak boleh tolong angah buat kerja ini tak" pinta si anak lembut
"Ehhh nanti-nanti!, mak tengah sibuk goreng ayam ini" mungkin itu jawapan si ibu.
Terasa dalam hati si anak, dirinya ibarat tidak berharga, kemunculannya hanya bersedia untuk diarah dan ditengking.
Permintaan tidak banyak erti buat si ibu, ‘gorengan ayam lebih utama dari perminataannya.
Malah ketika pulang dari sekolah juga, ibubapa tidak menyambut tetapi dibiarkan anak begitu sahaja.
Tahap si anak ibarat sebuah perabot buruk dan pekakas rumah sahaja. Wujudnya tidak disedari, hilangnya tidak diendah.
Pastinya, anak akan menyimpan itu sebagai standard kehidupan. Nanti kelak itu jugalah yang diperlakukan di masa hadapan.
Kalau ada perhatian dari ibubapa, mungkin hanya perintah demi perintah, larangan demi larangan sahaja.
Justeru, sudah sampai masa kita mengubahnya, kita berhijrah.
Sedarilah bahawa, tatkala kita sedang melakukan tugasan harian di rumah, mengemas baju, memasak dan sebagainya, tatkala anak muncul, anak punyai priority yang lebih tinggi. Jangan dijadikan alasan, tengah buat kerja, basuh baju, gosok baju, jahit baju dan lainnya, kerana tatkala anak muncul, itulah kerja yang paling besar keutamaannya untuk dipenuhi.
Tunjukkan rasa seronok dan gembira kita selaku ibubapa ketika melihatnya, sewaktu pulang dari sekolah (atau sewaktu kita pulang dari kerja), melihatnya di awal pagi dan berpisah dengannya ketika waktu malam untuk tidur. Ia boleh dilakukan dengan ucapan-ucapan yang baik, atau sedikit pelukan dan sentuhan tanda mereka penting buat kita.
KESIMPULAN
Semoga dengan sedikit peringatan untuk diri ini, kita semua mampu berubah menjadi ibubapa yang berperancangan dan memperbaiki pendidikan anak-anak.
Kerana anak-anak itulah kelak bakal menjadi sama ada Imam besar, Pemimpin Negara, Ulama Besar, atau sebaliknya menjadi perompak terulung, penjenayah bersiri dan pengkorup unggul. Nauzubillah.
Perbaikilah masyarakat kita melalui kesedaran peranan ibubapa. Jenayah hakikatnya bermula dari rumah dan perlu ditangani bermula di rumah juga.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
Labels:
NASIHAT
|
0
comments
Subscribe to:
Posts (Atom)



