JOm JOin Butik INspirasihana
HANNAKIDS COLLECTIONS
ULANGTAHUN PERKAHWINAN
JANGAN TINGGAL SOLAT
JOM TUTUP AURAT
Islamic Clock
Islamic Calendar
Facebook Badge
About Me
- INSPIRASIHANA
- Ipoh, Perak, Malaysia
- KAMI MENJUAL TUDUNG DAN KERONGSANG SECARA ONLLINE..DAPATKAN HANYA YANG TERBAIK DI BUTIK INSPIRASIHANA
Inspirasi Wanita
HINI DAN LANGKAH MENANGANINYA

Sahabat-sahabat yang dikasihi...memandangkan penularan penyakit berjangkit ini kian menular, jom kita lebih prihatin pada kesihatan diri, suami, anak-anak, keluarga dan semua rakan-rakan di sekeliling kita. Mari kenali Virus ini dan kita ambil langkah-langkah untuk menanganinya. Jangan lupa berusaha mencegahnya sebelum mengubati dan banyakkanlah doa serta bersolat, mohon semoga kita dan keluarga sentiasa dilindungi Allah.
Apa itu H1N1?
viral novel influenza type A H1N1. ianya berasal dr virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yg sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja) dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam 'host' yg lebih tinggi di dlm rantaian makanan @ manusia. dan semasa di dlm badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi 'air born' dan menjangkit dr manusia kpd manusia.
Jangka hayat virus
oleh kerana ia adalah viurs yg air born, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja. jika selepas tempoh tersebut ia idak mendapat perumah @ host( badan manusia) ia akan mati. maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yg baik....akan 'bersih' dr virus tersebut.
apa yg perlu tahu
asal virus ini
sebenarnya telah terdapat outbrake di US sebelum terjadi outbrake di mexico tp tidak dilaporkan kpd WHO. kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan US mahu 'baling batu sembunyi tangan' lalu tercetus la outbrake di mexico.
virologi virus H1N1
incubation period yg singkat pada purata 2 hari dgn julat 1 - 4 hari ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkit pesakit pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkit paling cepat dan selewat2nya hari ke-4 . H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kpd pesakit yg berisiko, ia dapat membunuh. jika pesakit adalah seorang yg normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.
cara serangan
virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan, virus ini akan menyerang sistem pernafasan ( seperti selsema burung dan SARS) peringkat awal, ia hanya pada 'trakea' jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru2 dan boleh menyebabkan kematian akibat 'lung collapse' , ia amat merbahaya kpd golongan yg berisiko tinggi
siapa yang berisiko
1 orang yg ada masaalah 'obesiti' @ gemuk
2 perempuan yg mengandung
3 orang yg ada astmatic
4 orang2 yg bermasalah dgn sistem imunisasi ( menjalani 'operation yg besar', kanak2 yg belum cukup suntikan imunisasi, golongan2 yg rendah tahap imuniti eg. HIV ext.)
* kematian yg telah dilaporkan terdiri drpd golongan2 di atas
simptom2
day 1 rasa kurang sihat, tak bermaya
day 2 selsema, batuk dan demam yg kekal ( demam tidak turun walaupun telah mkn ubt demam)
day 3 rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas
day 4 sakit dada yg teruk........jumpa doktor dngan segera.......
day 5 and above lung collapse @ koma
langkah2 kawalan
1 golongan2 yg berisiko, elakakn drpd kesesakan ( kawasan yg padat dgn orang ramai)
2 menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dgn betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran
3 elakkan diri jika terdapat 'orang batuk, bersin dan kurang sihat'
4 jika kurang sihat, elakan diri dr beraktiviti (sosial dan berkumpulan)
5 jika kurang sihat dan ada ILI ( influenza light illness @ selsema biasa) jgn hadirkan diri di kawasan orang ramai. jika terpaksa, pakai 'mask' (sekurang2 nya 3 ply mask)
6 utk org yg sihat, elakkan dr kawasan yg padat.
7 jika ada tanda2 simptom diatas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan
8 jika sihat, jgn ke hospital atau klinik utk 'checkup' kerana di kawasan tersebut mengandungi bnyk virus.
9 tak perlu ambil anti-viral @ apa2 ubt influenza!!!!!!!!!!. jika sihat dan mengambilnya, akn mengakibatkan resistan kpd vaksin @ ubt2 untuk merawat jika terkena jangkitan. ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yg telah mengambil ubt2 tersebut terlebih awal.
10 vaksin hanya akan 'wujud' seawal2nya pada oktober dan hanya utk 'frontliner' shj. dan utk awam selewat2nya pada 2010.
11 utk makluman, influenza test hanya dijalankan di 2 makmal shj di malaysia. mengambil masa 6 jam utk run test kpd 1 batch sample. jika klinik menyatakan mereka boleh jlnkan ujian, itu tidak betul. tak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.
12 tahap kesedaran dan pengetahuan yg tinggi amat perlu utk kita sama2 menghadapi outbrake ini. Sama2lah kita berdoa kpd ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu.
Selain itu jangan lupa baca doa ini:
" Aku membenteng diri dengan namaTuhan yang mempunyai kemuliaan dan kekuatan, aku berpegang teguh kepada Tuhan Yang Menguasai alam nyata dan alam ghaib, aku bertawakal kepada Tuhan yang hidup dan dan Yang Tidak Mati selama-lamanya. Semoga kiranya Engkau hindarkan kami Ya Allah dari bala dan wabak. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu." Amin
(Doa ini diambil dari buku doa-doa pilihan.)
ini adalah sumber dr taklimat H1N1 oleh Pengarah Kawalan Penyakit Berjangkit dr Kementerian Kesihatan Malaysia di Pan Pasific KLIA pada 01.08.2009. Bersama menanganinya....Selamat Beramal (",)
KES MINUM ARAK DIKALANGAN REMAJA ISLAM???

Assalamualaikum warahmatullah..
Jika kita melihat senario semasa, banyak lagi kes-kes yang melibatkan orang melayu kita melanggar hukum yang ditetapkan Allah. Bukan setkat minum minuman keras, malah berjudi, tidak solat, tidak solat Jumaat, tidak puasa, berzina dan macam-macam kes lagi seperti sudah menjadi darah daging mereka. Mereka tidak hiraukan dosa pahala dan hukuman Allah. Bagaimana pula kes murtad yang semakin bertambah dengan tiadanya penguatkuasaan.??? Apatah lagi hukuman manusia. Jadi apakah resolusi terbaik untuk kita sama-sama menangani perkara ini???
Dari gejala sosial yang kebanyakannya melibatkan remaja melayu sehinggalah kes dadah, khalwat dan sebagainya yang melibatkan golongan telah berumur juga melayu, apakah kesudahan sesebuah institusi kekeluargaan mereka yang terlibat di dalam kancah maksiat ini??? Sekiranya ibu bapa yang melakukan kesalahan yang melanggar hukum Allah ini berleluasa, sudah pastilah anak-anak akan mengikutinya. Bagaimana ingin menegur anak yang minum arak, anak yang hisap dadah , anak yang berzina....sekiranya ibu bapa juga terlibat dalam kes yang sama.
Jadi resolusinya ialah kita harus kembali kepada ayat-ayat Allah yang terkandung di dalam Al- Quran di samping panduan yang telah diberikan oleh Rasullullah SAW mengenai bagaimana mewujudkan sebuah institusi keluarga yang diberkati dan seterusnya melahirkan masyarakat yang berjaya di dunia dan akhirat. Saya sedih melihat remaja-remaja yang bermasalah ini.
Pernah semasa di zaman universiti dulu saya terlibat di dalam program-program bersama remaja yang bermasalah ini. Apabila dikongsi masalah dengan mereka...kebanyakannya berasal dari keluarga yang bermasalah. Ibu bapa yang bercerai berai, ibu bapa asyik bergaduh, kurang perhatian dan kasih sayang.Menitis air mata saya mendengarnya. Anak-anak ini masih muda tetapi telah melalui pengalaman hidup yang cukup perit. Bagi mereka yang berjaya mengharunginya dengan iman dan taqwa di samping motivasi diri yang kuat. Alhamdulillah, mereka berjaya. Tetapi bagi mereka yang bermasalah, dan gagal mengharunginya kerana tiada bimbingan, sudah pastilah akan terus bermasalah.
Justeru, masalah anak remaja kita adalah masalah bersama. Jika kita sebagai ibu bapa, jadilah ibu bapa yang terbaik, mendidik anak dengan panduan Al Quran dan Sunnah. Hayatilah ajaran Islam yang sebenarnya. Didiklah mereka dengan penuh kasih sayang. Memantau aktiviti harian dan dengan siapa mereka berkawan. Sentiasa;ah berkomunikasi dengan anak-anak ini. Dan jika peranan kita sebagai ahli masyarakat pula, anggaplah anak-anak jiran atau anak-anak remaja lain seperti anak sendiri dengan menegur mereka sekiranya kesilapan tersebut berlaku di depan mata. Tegurlah secara berhikmah dan berkawanlah dengan remaja ini. Tunjukkan jalan. Insya Allah dengan melahirkan institusi keluarga yang diredhoi bakal melahirkan masyarakat yang diberkati. Saya juga menasihatkan diri saya agar saya dan suami juga dapat mendidik anak-anak dengan cara yang dituntut agama. Insya Allah.
ANUGERAH HARI LAHIR KU...(",)
MUHAMMAD ZAKIR NAJWAN....KEHADIRANMU MENCERIAKAN HATI UMMI DAN ABI
SEMOGA MEMBESAR DALAM KEREDHOAN ALLAH
I LOVE YOU SO MUCH..
Assalamualaikum wwarahmatullah... Pagi ini bertarikh 16 Julai 2009 dan usiaku kini telah mencecah 28 tahun...alhamdulillah telah graduate, telah berumahtangga, telah mempunyai kerjaya, telah mempunyai seorang anak (http://hannakids.blogspot.com) dan juga kini bergelar seorang ibu yang berkerjaya pada usia 28 tahun huhu dah tua rupanya hmmmm...Alhamdulillah pagi ini saya mulakan hari dengan berpuasa bersama suami di Bulan Rejab supaya bermulanya usia yang baru bakal mencorakkan kehidupan yang lebih baik dan diberkati Allah. Sebenarnya banyak perkara yang harus dimuhasabah sepanjang Allah meminjamkan udara untukku terus bernafas di usia 28 tahun ini. Alhamdulillah, begitu banyak nikmat dan keselesaan yang telah Allah berikan, Allah meminjamkan mata kepadaku untuk melihat, meminjamkan telinga untuk mendengar, meminjamkan kaki untuk berjalan, meminjamkan tangan untuk memegang dan menyentuh, meminjamkan mulut untuk bercakap, meminjamkan hidung untuk menghidu dan bernafas dan banyak lagi nikamt yang Allah berikan.
Namun begitu, adakah saya bersyukur selama ini. Cukupkah amalan saya untuk membalas semuanya. Semakin saya memuhasabah diri, semakin banyak amalan yang telah hampir ditinggalkan. Insya Allah, saya cuba untuk konsisten melakukan amalan yang saya lakukan semasa sekolah dan di UIA dulu, rajin solat Sunat Dhuha, Qiyamulail, konsisten membaca Al Quran selepas solat Maghrib dan Al Mathurat. Kadang-kadang saya tak sempat melakukan semua itu dengan alasan ingin menidurkan anak dan membuat kerja-kerja rumah yang lain.
Memang banyak kerja rumah, selalunya selesai solat Maghrib saya membaca juga Al Quran tetapi bila anak menangis saya habiskan bacaan dan mengambil anak. Saya perlu lebih mengururskan masa dengan baik, untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik. Suami selalu mengingatkan saya tentang 5 perkara sebelum datang 5 perkara iaitu:- 1. Sihat sebelum sakit 2. Muda sebelum tua 3. Kaya sebelum miskin 4. Lapang sebelum sempit 5. Hidup sebelum mati Insya Allah saya cuba meningkat prestasi ibadah saya. Selain itu saya dan suami juga aktif dalam Persatuan Pelajar semasa di UIA dulu untuk membantu ummah dan masyarakat sekeliling. Dan kini setelah bergelar isteri dan ibu saya agak liat untuk bergerak aktif dan berbakti kepada masyarakat. Mungkin juga saya perlukan masa untuk menyesuaikan diri. Alhamdulillah sekarang anak dah pun 7 bulan lebih jadi dapatlah saya merangka aktiviti-aktiviti mendekati masyarakat bagi membantu program-program ummah itupun dengan bantuan suami insya Allah.
Saya bercita-cita menjadi ibu yang dapat mendidik anak-anak membesar dan berjaya di dunia dan akhirat. Saya ingin menjadi madrasah terbaik yang melahirkan mereka supaya saya dan suami dapat menjadi contoh yang terbaik. Insya Allah. Ha...terlanjur bercerita...saya nak berkongsi cerita berkenaan hadiah hari lahir yang saya terima dari suami tercinta, kasut dan handset, walau pun tak mahal tapi saya tak kisah walau pun sekadar menerima ucapan Hari Lahir sahaja. "Terima Kasih abang, I really love you...hehe..ini bukan ayat bodek ye bang...dan malam ni suami nak bawa saya dan anak pi berbuka puasa di luar (",) Lagi sekali untuk abang..."semoga dimurahkan rezeki dan diberkati selalu hendaknya..."
Begitu juga ibu yang telah memberikan sepasang baju kurung buat saya...sayang sangat mak...hehe (",), ayah dan adik2 saya yang pagi-pagi lagi telah menghantar mesej mengucapkan Hari Lahir...terima kasih...(",) I miss u all ..so much....Dan saya juga menerima mesej dan ucapan hari lahir dari sahabat2 dari sekolah rendah dan menengah yang dulu..tak sangka dia org masih ingat Hari Lahir saya..sungguh terharu...huhu..terima kasih Wani, Fida dan Fiq. Terima kasih semua.
Sebenarnya bila usia meningkat ni pelbagai perasaan yang dirasai, gembira dan bersyukur kerana dipanjangkan usia, sedih kerana bimbang amalan tak sempurna dengan usia yang semakin meningkat, terharu dengan ingatan dari insan-insan yang tersayang dan kawan-kawan dan macam-macam lagi yang dirasai. Walau apapun yang terjadi, perjuangan harus diteruskan. Saya perlu meningkatkan prestasi menjadi hamba Allah yang bertaqwa, menjadi isteri yang solehah , menjadi ibu yang mithali, anak yang solehah kepada ibu bapa saya dan mertua saya, kakak yang menjadi contoh terbaik dan anggota masyarakat yang berjasa kepada ummah. Insya Allah saya akan berhijrah kepada yang lebih baik. Doakan perjalanan hidupku dipermudahkan dan terus mendapat keredhoan Allah.
KELEBIHAN BULAN REJAB


Sabda Rasulullah saw lagi : “Pada malam Mi’raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril A.S “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?”Maka berkata Jibril as “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini.”