JOm JOin Butik INspirasihana
HANNAKIDS COLLECTIONS
ULANGTAHUN PERKAHWINAN
JANGAN TINGGAL SOLAT
JOM TUTUP AURAT
Islamic Clock
Islamic Calendar
Facebook Badge
About Me
- INSPIRASIHANA
- Ipoh, Perak, Malaysia
- KAMI MENJUAL TUDUNG DAN KERONGSANG SECARA ONLLINE..DAPATKAN HANYA YANG TERBAIK DI BUTIK INSPIRASIHANA
Inspirasi Wanita
KELEBIHAN WANITA DI DALAM ISLAM DAN TANGGUNGJAWAB LELAKI
BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dans ekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, Manakala wanita tidak, wanita hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik.... pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.
BERATKAN??
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin darisuaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki...
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.
Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadimilik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. Supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..
"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.
(Ali-Imran:103)
Renung-renungkan...Selamat Beramal ...(",)
4 comments:
tulisan yang amat menarik dan penuh dgn ilmu...
Terima Kasih...
salam.
mohon untuk share.moga beroleh manfaat
trima kasiht
Assalamualaikum
tulisan yang baik namun saya ingin menegur sdr kerana saya dapati ia bertentangan dengan akidah islam sebenar.
telah dinyatakan dalam Al quran bahawa dosa setiap individu ditanggung oleh individu tersebut dan dia tidak menanggung dosa orang lain.
"Katakanlah: "Apakah aku akan mencari Tuhan selain Allah, padahal Dia adalah Tuhan bagi segala sesuatu. Dan tidaklah seorang membuat dosa melainkan kemudharatannya kembali kepada dirinya sendiri; DAN SEORANG YANG BERDOSA TIDAK AKAN MEMIKUL DOSA ORANG LAIN. Kemudian kepada Tuhanmulah kamu kembali, dan akan diberitakan-Nya kepadamu apa yang kamu perselisihkan." (QS.6:164)
"Dan orang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain. Dan jika seseorang yang berat dosanya memanggil (orang lain) untuk memikul dosanya itu tiadalah akan dipikulkan untuknya sedikitpun meskipun (yang dipanggilnya itu) kaum kerabatnya."(QS.35:18)
harap sdr menyedari kesilapan sdr ini, jika sdr ingin memahami konsep sebenar tanggungan sebenar sila rujuk pada ustaz2 yang berilmu dalam perkara ini. harap maklum
Post a Comment