JOm JOin Butik INspirasihana
HANNAKIDS COLLECTIONS
ULANGTAHUN PERKAHWINAN
JANGAN TINGGAL SOLAT
JOM TUTUP AURAT
Islamic Clock
Islamic Calendar
Facebook Badge
About Me
- INSPIRASIHANA
- Ipoh, Perak, Malaysia
- KAMI MENJUAL TUDUNG DAN KERONGSANG SECARA ONLLINE..DAPATKAN HANYA YANG TERBAIK DI BUTIK INSPIRASIHANA
Inspirasi Wanita
Wednesday, June 3, 2009
IBU BERKERJAYA DAN MASA DENGAN ANAK...
7:11 PM | Posted by
INSPIRASIHANA |
Edit Post
Assalamualaikum....
Saya ingin berkongsi ilmu dan pengalaman berkaitan dengan penjagaan anak dan masa wanita berkerjaya pada anak-anak. Pada minggu lepas, kalau tak silap saya pada hari Khamis lepas, sambil saya membuat kerja di pejabat saya mendengar radia IKIM. Kebetulan pada ketika itu juruhebah sedang berbincang dengan salah seorang pakar Psikologi dari UKM (terlupa pula nama DR tersebut). Mereka sedang berbincang berkenaan topik Wanita Berkerjaya dan Masa Mendidik Anak di rumah.
Topik ini sangat menarik untuk dikongsi bersama, tambahan pula saya seorang ibu yang berkerjaya dan baru sahaja menimang cahaya mata yang pertama pada bulan November yang lalu. Alhamdulillah anak saya kian membesar dan sekarang hampir mencecah 7 bulan. Pembaca boleh membaca perkembangannya di http://hannakids.blogspot.com . Pada awalnya iaitu setelah saya habis berpantang dan baru ingin memulakan tugasan harian di pejabat. Saya agak sukar untuk membahagikan masa dengan baik antara tugasan di pejabat, ibu dan isteri di rumah. Perkara ini mengambil masa untuk saya menyesuaikan diri dengan kehidupan seharian sebagai IBU YANG BERKERJAYA.
Alhamdulillah, sekarang semuanya hampir berjalan lancar. Saya sudah boleh meguruskan segalanya dengan baik dengan bantuan suami tercinta. Biar pun masa saya dengan anak sangat terhad, tetapi saya dan suami masih cuba menggunakan masa yang ada dengan pelbagai aktiviti bersama anak. Setiap hari saya sampai ke rumah seawal pukul 5.30 petang dan suami pula kalau ada aktiviti ko kurikulum akan balik lewat juga. Setelah sampai di rumah, saya masak dan berkemas barulah ambil anak pada pukul 6.15 petang. Selalunya saya akan solat Asar di pejabat bagi memastikan urusan di rumah berjalan dengan baik. Mujurlah rumah pengasuh anak dekat sahaja dengan rumah.
Selalunya setelah sampai di rumah, saya akan mengambil masa bermain dan memberi sepenuh perhatian kepada Najwan sampailah saya menyusus dan menidurkan Najwan dalam kul 8 malam iaitu setelah selesai solat Maghrib. Masa Najwan tidurlah saya akan mula melakukan tugasa rumah seperti melipat baju, membasuh baju dan seterika baju saya dan suami. Alhamdulillah Allah memberi kekuatan dan semangat ini juga kepada ibu-ibu di luar sana kan???
Cuma saya tersentuh dengan topik yang diperbincangkan???Mampukah Ibu yang berkerjaya mendidik anak dengan jayanya??? Insya Allah jawab hati saya. Saya yakin dengan doa dan bimbingan , ilmu serta pengalaman dari ibu dan ibu mertua saya yang berkerjaya tetapi telah berjaya mendidik anak-anak sehingga ke universiti dan insya Allah menjadi anak yang soleh. Cuma kerisauan saya adalah suusana pembesaran anak-anak yang kian mencabar.
Lihat sahaja sekeliling kita pada hari ini, banyak gejala sosial dan kes-kes yang menduga kesabaran dan iman kita. Soalnya, apakah cara terbaik mendidik anak-anak dan memantau aktiviti harian mereka. Perkara ini perlulah komitmen suami isteri agar ilmu mendidik anak-anak dapat berkongsi bersama. Saya seorang ibu yang baru mempunyai seorang cahaya mata masih perlukan banyak waktu untuk mencari dan pengalaman semua ibu dan wanita berkerjaya di luar sana. Insya Allah dengan doa berpanjangan dan perhatian yang diberikan kepada anak-anak kita, dapatlah mereka membesar dengan baik, mencadi anak yang soleh dan cemerlang di dunia dan akhirat. Insya Allah.
Labels:
CETUSAN INSPIRASI..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment