JOm JOin Butik INspirasihana
HANNAKIDS COLLECTIONS
ULANGTAHUN PERKAHWINAN
JANGAN TINGGAL SOLAT
JOM TUTUP AURAT
Islamic Clock
Islamic Calendar
Facebook Badge
About Me
- INSPIRASIHANA
- Ipoh, Perak, Malaysia
- KAMI MENJUAL TUDUNG DAN KERONGSANG SECARA ONLLINE..DAPATKAN HANYA YANG TERBAIK DI BUTIK INSPIRASIHANA
Inspirasi Wanita
Wednesday, June 3, 2009
IBU BERKERJAYA DAN MASA DENGAN ANAK...
7:11 PM | Posted by
INSPIRASIHANA |
Edit Post
Assalamualaikum....
Saya ingin berkongsi ilmu dan pengalaman berkaitan dengan penjagaan anak dan masa wanita berkerjaya pada anak-anak. Pada minggu lepas, kalau tak silap saya pada hari Khamis lepas, sambil saya membuat kerja di pejabat saya mendengar radia IKIM. Kebetulan pada ketika itu juruhebah sedang berbincang dengan salah seorang pakar Psikologi dari UKM (terlupa pula nama DR tersebut). Mereka sedang berbincang berkenaan topik Wanita Berkerjaya dan Masa Mendidik Anak di rumah.
Topik ini sangat menarik untuk dikongsi bersama, tambahan pula saya seorang ibu yang berkerjaya dan baru sahaja menimang cahaya mata yang pertama pada bulan November yang lalu. Alhamdulillah anak saya kian membesar dan sekarang hampir mencecah 7 bulan. Pembaca boleh membaca perkembangannya di http://hannakids.blogspot.com . Pada awalnya iaitu setelah saya habis berpantang dan baru ingin memulakan tugasan harian di pejabat. Saya agak sukar untuk membahagikan masa dengan baik antara tugasan di pejabat, ibu dan isteri di rumah. Perkara ini mengambil masa untuk saya menyesuaikan diri dengan kehidupan seharian sebagai IBU YANG BERKERJAYA.
Alhamdulillah, sekarang semuanya hampir berjalan lancar. Saya sudah boleh meguruskan segalanya dengan baik dengan bantuan suami tercinta. Biar pun masa saya dengan anak sangat terhad, tetapi saya dan suami masih cuba menggunakan masa yang ada dengan pelbagai aktiviti bersama anak. Setiap hari saya sampai ke rumah seawal pukul 5.30 petang dan suami pula kalau ada aktiviti ko kurikulum akan balik lewat juga. Setelah sampai di rumah, saya masak dan berkemas barulah ambil anak pada pukul 6.15 petang. Selalunya saya akan solat Asar di pejabat bagi memastikan urusan di rumah berjalan dengan baik. Mujurlah rumah pengasuh anak dekat sahaja dengan rumah.
Selalunya setelah sampai di rumah, saya akan mengambil masa bermain dan memberi sepenuh perhatian kepada Najwan sampailah saya menyusus dan menidurkan Najwan dalam kul 8 malam iaitu setelah selesai solat Maghrib. Masa Najwan tidurlah saya akan mula melakukan tugasa rumah seperti melipat baju, membasuh baju dan seterika baju saya dan suami. Alhamdulillah Allah memberi kekuatan dan semangat ini juga kepada ibu-ibu di luar sana kan???
Cuma saya tersentuh dengan topik yang diperbincangkan???Mampukah Ibu yang berkerjaya mendidik anak dengan jayanya??? Insya Allah jawab hati saya. Saya yakin dengan doa dan bimbingan , ilmu serta pengalaman dari ibu dan ibu mertua saya yang berkerjaya tetapi telah berjaya mendidik anak-anak sehingga ke universiti dan insya Allah menjadi anak yang soleh. Cuma kerisauan saya adalah suusana pembesaran anak-anak yang kian mencabar.
Lihat sahaja sekeliling kita pada hari ini, banyak gejala sosial dan kes-kes yang menduga kesabaran dan iman kita. Soalnya, apakah cara terbaik mendidik anak-anak dan memantau aktiviti harian mereka. Perkara ini perlulah komitmen suami isteri agar ilmu mendidik anak-anak dapat berkongsi bersama. Saya seorang ibu yang baru mempunyai seorang cahaya mata masih perlukan banyak waktu untuk mencari dan pengalaman semua ibu dan wanita berkerjaya di luar sana. Insya Allah dengan doa berpanjangan dan perhatian yang diberikan kepada anak-anak kita, dapatlah mereka membesar dengan baik, mencadi anak yang soleh dan cemerlang di dunia dan akhirat. Insya Allah.
Labels:
CETUSAN INSPIRASI..
|
0
comments
Thursday, May 21, 2009
SELAMAT HARI GURU (",)
1:30 AM | Posted by
INSPIRASIHANA |
Edit Post


Assalamualaikum
16 Mei 2009 yang lalu adalah hari guru yang disambut setiap tahun. Rasanya masih tidak terlewat untuk saya mengucapkan SELAMAT HARI GURU KHUSUSNYA UNTUK SUAMI TERCINTA (USTAZ NABIL MAJDI)....seorang guru Bahasa Arab yang gigih mendidik anak muridnya. Pelbagai cerita didengari saya hampir setiap hari berkenaan kaletah murid-muridnya...sungguh mencuit hati. Di sekeliling saya dipenuhi dengan pendidik-pendidik anak bangsa. Selamat Hari Guru juga buat ibu mertua (Puan Farihah) seorang ustazah di Sekolah Kebangsaan Tasik Damai, bapa mertua saya (Ustaz Arip) seorang Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Azlan Shah, adik ipar saya (Puan Hana Ulya) yang juga merupakan ustazah di sebuah sekolah di Kemunting dan semua ibu saudara serta bapa saudara yang bergelar guru. Tak lupa juga semua guru-guru dan pensyarah yang pernah mengajar saya. Jasa kalian sukar dibalasi dan insya Allah akan selalu diingati selamanya.
Saya ingin menyentuh sedikit peribadi anak muda pada hari ini. Janganlah disalahkan institusi pendidikan yang gagal membentuk anak-anak pada hari ini. Sebuah institusi keluarga yang berjaya adalah sebuah institusi keluarga yang dapat melahirkan masyarakat yang baik budi pekertinya dengan didikan yang sempurna dari rumah. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah dari rebungnya." Sempena hari guru ini, saya terdetik untuk menegur sikap ibu bapa yang sering menyalahkan guru-guru di sekolah apabila anak-anak mereka mempunyai masalah sikap dan pelajaran. Bukankah tanggungjawab mendidik ini adalah tanggungjawab bersama.? Marilah kita renungkan.
Kalau Ibu bapa dulu sanggup memberikan kebebasan kepada guru-guru untuk menghukum anak-anak yang melakukan kesalahan. Tapi tidak pada hari ini, kena marah sikit, ibu bapa mulalah nak saman-menyaman pula. Apakah nilai pendidikan pada hari ini apabila terlalu memanjakan anak hingga membelakangkan perkara yang sebenar? Adakah cukup pendidikan kita kepada anak-anak? Saya tidak menyalahkan ibu bapa sahaja, semua pihak wajib memikul tanggungjawab mendidik anak bangsa. Contohnya, jika kita lihat anak jiran kita sedang membuat maksiat di depan mata, kita wajib menegur seperti anak sendiri. Jangan pula ibu bapa remaja tersebut pula menyokongnya dan memarahi jiran yang menegur tadi.
Pendidikan anak-anak sebenarnya lahir dari rumah. Bapa adalah ketua keluarga yang membentuk keluarga. Manakala ibu pula melaksanakan pendidikan yang dibentuk bapa ke atas anak-anak. Perkara ini adalah secebis ulasan yang saya petik dari buku CINTA DI RUMAH -HASSAN AL BANNA. Jadi , tugas mendidik anak bangsa bukan sahaja di atas bahu guru atau pendidik tetapi semua pihak di dalam sebuah masyarakat. Semoga kita dapat mendidik anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah. http://hannakids.blogspot.com
Labels:
CETUSAN INSPIRASI..
|
3
comments
Tuesday, May 5, 2009
KENAPA SANGGUP MENINGGALKAN IBU DI RUMAH ORANG-ORANG TUA
5:49 PM | Posted by
INSPIRASIHANA |
Edit Post


Hari Ibu. Sebenarnya hari-hari adalah hari ibu. Manakan tidak, ibulah yang mngandungkan kita sehingga 9 bulan. Ibulah yang melahirkan kita, ibulah yang menyusukan kita, ibulah yang menyuapkan makanan semasa kita kecil dan ibu adalah segala-galanya untuk kita. Tanpa ibu siapalah kita. Tanpa ibu, tidaklah kita lahir ke dunia. Semasa menulis artikel ini saya terus teringatkan ibu saya dan ibu mertua saya. Bagi saya, ibu saya adalah segalanya bagi saya. Ibu mertua juga sama seperti ibu yang menyayangi saya seperti anak sendiri. Terima kasih Ibu, jasamu pasti tidak terbalas dan saya berjanji, selagi saya masih hidup walau pun saya telah menjadi seorang ibu kepada sorang anak comel yang baru berusia 6 bulan (jemput lawati ke http://hannakids.blogspot.com/) pasti saya akan menjaga ibu dan mertua saya. Insya Allah semoga Allah terus memberikan kekuatan kepada saya dan suami.
Tika ini, saya sungguh pelik dan hairan. Bagai mana seorang anak sanggup meninggalkan ibu atau bapa mereka di rumah orang-orang tua? Apa, sudah letihkah kita menjaga mereka? Sudah cukupkah kita membalas jasa mereka? Sudah terbalaskah segala budi baik mereka? Sudah cukupkah pahala kita untuk bekalan di hari kemudian nanti? Apakah kita sudah tidak punya rasa belas kasihan? Sudah hilangkah kasih sayang seorang anak? Semua persoalan ini sering bermain di benak fikiran saya. sungguh saya tidak mengerti kenapa anak-anak ini tidak sanggup menjaga ibu mereka. Betullah seperti kata-kata pujangga. Seorang ibu sanggup membesarkan 10 orang anak, tetapi 10 orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu.
Setiap kali ditatapi raut-raut wajah tua di rumah Seri kenangan, pasti berderai air mata saya. Setiap kali bertanyakan kepada mereka mengenai kisah hidup mereka dan ke mana anak-anak mereka, pasti juga berderai air mata mereka begitu juga saya. Kesedihan dan kekecewaan di hati mereka sukar digambarkan. Kebanyakan anak-anak yang berharta dan punya duit ringgit sanggup meninggalkan ibu bapa mereka di rumah-rumah orang tua itu. Menurut mereka, anak-anak terlalu sibuk berkerja, tidak punya waktu untuk melihat dan menjaga mereka.
Sungguh sedih sekali. Anak-anak...tidakkah kalian ingat, ketika ibumu hanya punya tanah sekangkang kera di kampung, dan hanya tanah itu sahaja yang diusahakan ibu untuk menjaga dan membesarkan anak-anak yang lain sehingga sanggup bergolok gadai demi melihat anak-anak berjaya melangkah ke menara gading. Setelah berkerja dan punya duit ringgit yang banyak, inikah balasannya?? Ibu yang tua, uzur dan miskin telah tidak dipandang lagi???? Ketika ini air mataku terus berderai memikirkan ibu-ibu itu. Sungguh kejam perbuatan mereka.
Anak-anak...ingatlah...bukannya mudah mengandungkanmu selama 9 bulan...Setelah dilahirkan pula, ibu bersengkang mata siang dan malam menjagamu. Pelbagai jerit perih dilalui demi membesarkan anak. Berkorban harta dan nyawa. Ingatlah wahai anak, bukan ibu minta dibalasi jasa-jasa mereka, malah bukanlah meminta diberi wang ringgit semata. Tetapi hargailah ibu-ibu itu. Sayangilah mereka sepertimana mereka menyayangimu semasa kecil.
Marilah kita berdoa semoga anak-anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah yang bisa membantu dan menyelamatkan kita dari api neraka. Yang sentiasa mendoakan kita di dunia dan akhirat, dan yang paling penting semoga anak-anak kita menjadi insan yang bertqwa.
Anak-anak yang telah menghantar ibu-ibu di rumah Seri Kenangan. Masa ini masih belum lagi terlewat untukmu menjaga ibumu. Biarlah mereka merasai setiap Ramadhan dan Syawal bersama-sama anak-anak tercinta. Janganlah tunggu hingga ibumu telah tiada...
Tetapi kalau ibu sudah tiada..........IBUUUUU.........RINDU IBU............ RINDU SANGAT.... Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya.... berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya..... berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya..... berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya....... berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya.... berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya..... dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
RENUNGKANLAH BERSAMA...SEMOGA KITA JUGA MENJADI ANAK YANG SOLEH DAN SOLEHAH..SAYANGILAH DAN HARGAILAH IBU...(",)
Labels:
NASIHAT
|
0
comments
Wednesday, April 29, 2009
ISU MURTAD KEBIMBANGAN KITA....
11:31 PM | Posted by
INSPIRASIHANA |
Edit Post
Assalamualaikum warahmatullahKepada sahabat-sahabat semuslim saya di luar sana. Saya begitu risau dengan perkembangan mutakhir kedudukan agama Islam di negara kita. Kita asyik bercakap soal politik, ekonomi, hiburan dan sukan. bagaimana pula soal akidah anak-anak muda kita dewasa ini. Anak-anak muda islam kita seperti buih-buih di lautan. Muka macam melayu, cakap macam melayu, tapi pakaian bukan macam melayu,...agama??Entahlah, banyak yang melayu, tapi solat tak buat, puasa tinggal, arak minum, hiburan nombor satu. Saya begitu sukar memikirkan masa depan anak-anak kita pada masa akan datang, penuh dengan cabaran dan dugaan. Semoga kita semua, berjaya mendidik anak-anak kita dan menjadi penolong kita di syuga nanti Insya Allah.

Berikut adalah beberapa kes berkenaan isu murtad yang terjadi di Malaysia dan artikel di bawah ini adalah petikan ceramah dari Peguam Islam terkemuka di Malaysia iaitu Encik Zulkifli Noordin. Semoga artikel ini akan menjadi panduan dan pedoman kepada kita agar lebih berwaspada dalam mendidik akidah anak-anak, diri kita, keluarga dan saudara kita yang lain.
Kes ini adalah kes saudara Ibrahim, isterinya Siti Solehah dan anak perempuannya usia 5 bulan mati dipancung kerana tidak mahu kembali kepada agama asalnya, Hindu. Pada malam hari Valentine 14 Februari, pada waktu anak Melayu bertukar tukar bunga di Dataran Merdeka. 3 Saudara kita mati dipancung dalam sebuah kontena demi mempertahankan agama. Peristiwa 13 Mei tercetus apabila seorang budak Melayu dibunuh kerana dia Melayu bukan kerana dia Islam. Dalam sejarah Melayu, tiada lagi orang Melayu dibunuh kerana Islam. Semuanya sebab Melayu. Inilah pertama kali.
Jika kita sorot semula sejarah Islam Yasir, bapa kepada Amar diseret di hadapan. Amar diugut supaya tukar agama. Kalau tidak, bapanya Yasir akan dibunuh. Amar kata,'Allah hu Ahad'.. Terus Yasir kena pancung di padang pasir. Kemudiannya, Sumaiyah ibunya juga disula dari bawah tembus ke jantung. Mampu berkata 'Allah hu Ahad'. Berlari Amar menemui Rasullullah SAW. Dan akhirnya, mengikut sejarah, Amar menjadi seorang mujahid berperang bersama Rasullullah SAW. Itu zaman puak Quraisy kafir laknatullah berkuasa. Rasullullah SAW tiada kuasa lagi pada masa itu.Rasullulah tak boleh buat apa.
Dalam kes kita, bukan sahaja Ibrahim dipancung kepalanya sehingga putus, tak cukup lagi, tangannya juga turut dipotong. Sehinggakan Majlis Agama Islam Selangor terpaksa minta masjid mandikan jenazah saudara-saudara kita yang mati syahid itu. Apalah dosa anak kecil yang berusia 5 bulan itu? Ibrahim dan Siti Solehah bukan calang-calang orang. Ibrahim seorang saintis Pakar Geologi manakala isterinya Siti Solehah, seorang Pakar Botani.
Tanda-tanda syahid jelas pada ketiga mayat tersebut. Walaupun 5 hari dalam peti sejuk darah masih memancut keluar pada ketiga-tiga mayat. Bayi yang berusia 5 bulan masih mengalirkan darah hangat seperti baru mati. Peluhterpercik pada dahi mereka. Mereka dikebumikan di kubur Bukit Kiara.Kalau saudara semua tak mengalirkan air mata melihat kubur mereka bertiga terutama bayi yang berusia 5 bulan itu, mesti ada yang tak kena dengan hati kita.
Hebat mana kita sehingga tak boleh mempertahankan saudara kita sendiri Sedangkan Ibrahim telah melaporkan pada pihak polis dan Majlis agama yang dia diancam untuk dibunuh supaya kembali ke agama asalnya.
Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW berpesan 'Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak'. Sahabat bertanya 'Apakah fitnah besaritu ya Rasullullah? ' 'Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu,pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik.' Sahabat bertanya lagi. 'Mengapa begitu ya Rasullullah? ' Rasullullah SAW menjawab, ?Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia'. Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, 'Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap.'
Mana nampak? Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan. Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak nampak langsung. Gerakan Hindu kita tok sah sebutlah Belum habis cakap, dah ada yang tunggu dengan parang kat luar. Gerakan Yahudi lagilah teruknya. Henry Ford (orang kaya yang buat kereta Ford tu) pernah menulis berkaitan Yahudi tahun 40an atau 30an dulu dalam bukunya 'International Jew' (tak Silap saya).
Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak. Paling nyata, rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu ada saham kepada puak Yahudi. Tak de kilang rokok yang bukan Yahudi punya. Sapa yang hendak berenti merokok, ambil ni sebagai iktibar. Yahudi punya kerja, baru letak bola sebijik, 70 ribu Melayu tak sembahyang kat stadium Shah Alam. Belum kira yang kat rumah lagi.Bab Kristian, lebih terancang, lebih terperinci lagi. Semenjak kalah dalam perang salib terakhir, iaitu dalam pemerintahan King entah apa nama ke 6 yang terakhir.
Sebelum dia mati, dia telah berwasiat dan wasiatnya ada ditulis dengan emas di London . Dia berkata: 'Kepada semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, merekatetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana nak mati. Kita perang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi. Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya keatas orang Islam.' Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah King tu mati, 1492, kerajaan Islam Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang di tangan Kristian. 1511 kerajaan Islam Melaka tumbang, tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Pattani . Tak lama selepas tu, tumbang kerajaan Islam Kedah .
Tak lama lepas tu,tumbang kerajaan Islam Mindanao ..Lepas tu kerajaan Islam Acheh ... semuanya satu demi satu..Macamana benda ni boleh terjadi? Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G. GOSPEL,GOAL, GLORY . Pertama kitab dia, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam. Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque bukan datang ke Tanah Melayu bawa tukang masak sebab nak rempah kari kita. Dia bukan makan kari, di a datang bawa mubaligh Kristian Francis Xavier (kalau saya tak silap eja), sebab nak sebarkan ajaran Kristian. Bagaimana cara dia sebarkan Kristian nih?Orang kita panggil, gerakan halus.Dia panggil semua mubaligh Kristian yang nak datang ke Asia ni. Dia guna kaedah 'garam dan ragi'. Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu. Waktu siang asalnya ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu tapi sebenarnya tapai. maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan identiti Islam.
Hakikatnya kehidupan kita bukan cara Islam lagi . Cara inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam gelita. Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam di malam gelita tu.Pertama, melalui sistem pendidikan. Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini. Menurut satu petikan seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh George Peters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan garam dan ragi'. Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu berkenaan meninggalkan system kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya. Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya. Justeru itu, ragi tetap ujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu (Kristian) yang diletakkan dalam gelap. Penyebaran agama Kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi. Dirasa kesegarannya, bukan bersikap kalam. Dinamik dan etikal, bukan bersifat formalistik.Pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya.
Lantaran ia tidak menganjurkan ahli Melayu tadi menjadi ahli baru Kristian yang formal, menyendiri terpisah dari masyarakatnya. Sebaliknya ia memberi laluan agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesus bagaikan sebutir ragi yang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakat Melayu seluruhnya. Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan revolusi , justeru itu nanti,dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan memperolehi satu Kristian muslim Melayu tempatan yang mencerminkan Kristian muslim Melayu sejati.. 'Sebenarnya dia ingin. Akan datang suatu masa nanti, orang Melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat revolusi untuk menjadi Kristian. Cara kebajikan pulak... Hari ni sapa tak kenal kelab rotary yang cuci buah pinggang,kelab lion, bulan sabit merah, Saint John's Ambulans, sapa tak kenal palang merah. Mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisme.
Sekularisma adalah satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan. Itulah kita hari ni mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia. Cara lain adalah dengan menghidupkan maksiat. Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan, dengan mulut, atau paling lemah sekali, dengan hati. Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan dari fitnah besar ini. Kita kena peka. Ini semua tanggung jawab kita semua.
Labels:
ISU SEMASA
|
0
comments
Tuesday, April 28, 2009
ISU ANAK KEKAL DALAM AGAMA ASAL WALAU PUN IBU BAPA TELAH BERTUKAR AGAMA
5:19 PM | Posted by
INSPIRASIHANA |
Edit Post


Assalamualaikum warahmatullah.
Saya terpanggil untuk menyentuh isu yang sensitif ini kerana ia melibatkan agama kita, agama Islam tercinta. Walau pun saya agak terlewat seminggu untuk mempersoalkan keputusan kabinet ini disebabkan saya mempunyai lambakan tugasan harian, namun hati saya masih tidak tenang selagi isu ini belum selesai. Jadi saya meluangkan sedikit waktu di rumah untuk menulis artikel ini.
Saya begitu terkejut dengan keputusan Datuk Nazri Aziz yang memutuskan bahawa mana-mana kes ibu bapa yang telah bertukar agama, anak-anak akan kekal dengan agama pada waktu tersebut. Jadi sekiranya, ibu atau bapa yang beragama lain memeluk agama Islam, maka agama anak-anak tidak dapat diselamatkan lagi.
Keputusan ini adalah keputusan yang paling dikesalkan. Saya menyokong keputusan Persatuan Peguam2 Syarie dan beberapa NGO Islam yang lain yang menentang keputusan di atas, dan mereka memohon agar Kabinet menangguhkan dulu keputusan tersebut, dan perkara ini perlu dibawa berbincang bersama NGO Islam yang lain dan Persatuan peguam Syarie.
Saya yang pernah menjadi Peguam syarie sebelum ini, sangat terkilan dengan keputusan kabinet, tidakkah orang yang membuat keputusan itu memikirkan tentang kemaslahatan agama Islam pada masa-masa yang akan datang. Saya sungguh pelik, kenapa mufti-mufti yang sebelum ini lantang bersuara berkenaan isu ini, kini diam menyepi, perlulah ada sesuatu resolusi dari golongan-golongan ulama' ini agar Islam tidak mudah dipijak sahaja.
Kita sebagai Muslim diwajibkan menjaga 5 perkara yang dinamakan "Maqasid Syariah", iaitu menjaga diri, menjaga agama, menjaga nasab, menjaga akal dan menjaga harta". Salah satunya adalah menjaga agama kerana ia melibatakan antara hidup dan mati. Jadi isu ini adalah isu masa depan kita yang perlu ditangani segera.
Sehingga kini, sistem kehakiman syariah masih lagi diganggu gugat walau pun telah ada artikel 121 (a) Perlembagaan Malaysia, yang menyebut " mana-mana isu Mahkamah Syariah tidak boleh dicampuri oleh lain-lain mahkamah". Bukankah klausa ini jelas menerangkan maksudnya, tapi kenapa setiap kali datang isu murtad dan hak penjagaan anak, masih terdapat campur bidangkuasa mahkamah sivil ke atas mahkamah syariah? Jawapannya, itulah kelemahan undang-undang buatan manusia, yang mudah sahaja orang lain merubah-ubahnya.
Marilah kita sama-sama mengulas berkenaan isu ini dan mencari jalan penyelesaiannya dengan doa semoga kemaslahatan agama terus terbela dan tidak dirobek-robek oleh orang melayu sendiri. Semoga pemimpin di atas sana tidak hanya melihat harta kekayaan dan kuasa apabila di berada atas, lihatlah kemaslahatan dan masa depan anak bangsa yang beragama Islam semoga ianya terus terbela.
Saya juga berharap agar Majlis Fatwa dapat menetapkan satu resolusi dan menggesa kabinet mematuhinya.
Labels:
ISU SEMASA
|
0
comments
Subscribe to:
Posts (Atom)