JOm JOin Butik INspirasihana

PENYUSUAN UMMI

Lilypie Breastfeeding tickers

ULANGTAHUN PERKAHWINAN

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

INSYIRAHKU SAYANG

Lilypie First Birthday tickers

NAJWANKU SAYANG

Lilypie Third Birthday tickers

JANGAN TINGGAL SOLAT

JANGAN TINGGAL SOLAT

JOM TUTUP AURAT

JOM TUTUP AURAT

Islamic Clock

Islamic Calendar

About Me

My Photo
INSPIRASIHANA
Ipoh, Perak, Malaysia
KAMI MENJUAL TUDUNG DAN KERONGSANG SECARA ONLLINE..DAPATKAN HANYA YANG TERBAIK DI BUTIK INSPIRASIHANA
View my complete profile

Inspirasi Wanita

Sunday, July 20, 2008

PostHeaderIcon HARGAILAH ISTERI ANDA.. (",)

Hargailah isteri anda......
Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak


Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda,sayangilah mereka.....


Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap di waktu itu sembahyang terbaik darinya.


Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.
Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah. Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. .
Sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.


Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.


Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah.


Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.


Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.
Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.


Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masji dan atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah ke atasnya jua..
Bila dia lihat suaminya tengah merangkak atau perlahan-lahan ke arah titian Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya,


Jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.


Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.


Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak kaki.
Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita, dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.


Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him, Nor form his feet to be stepped upon,She was made from his side to be close to him, From beneath his arm to be protected by him,Near his heart to be loved by him.


"Wahai Tuhan... ku tak layak ke syurgamu ...namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...kamilah hamba yang mengharap belas darimu ...

"Ya Allah...jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa ..ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"......
Tuesday, July 15, 2008

PostHeaderIcon HARI LAHIR INSPIRASIHANNA- 16 JULAI 2008

Assalamualaikum sahabat-sahabat semua......

Hari ni hari lahir saya.....Alhamdulillah, syukur pada Allah ...masih lagi diberikan peluang manghirup udara dan diberikan nikmat untuk hidup bagi meneruskan perjuangan yang tidak berpenghujungnya....


Pagi ni tak putus-putus mendapat ucapan hari lahir dari mak, ayah, dan adik-adik saya serta sahabat-sahabat yang masih mengingati saya...terima kasih semua atas ingatan, semoga ukhuwwah kita berpanjangan hendaknya.
Insya Allah...Erm...suami saya pula, pada mulanya ingatkan dia lupa birthday saya hari ni, terkilan juga dia tak jadi orang pertama ...kemudian saya dapat mesej dari suami pada pukul 9.15 pagi mengucapkan selamat hari lahir dalam bahasa yang amat mengharukan saya....(dalam hati saya terus ucap, "terima kasih abang..ingat tarikh hari lahir sayang")


Erm..pagi tadi sebelum ke pejabat adik ipar saya (Kak Yang) berikan hadiah sebuah buku bertajuk "Satu Hati Dua Jiwa"...terima kasih kak yang...Insya Allah saya akan ceritakan dalam artikel akan datang berkenaan kandungan buku tersebut. Secara sinopsisnya buku tersebut berkisar bagaimana mencipta cinta di alam perkahwinan...


Erm...semalam 15 Julai 2008, kita menyaksikan perdebatan berkenaan isu harga minyak di antara Datuk Sri anwar Ibrahim dan Datuk ahmad Shabery Cheek. Kebolehan DSAI dalam dunia perdebatan memang tidak boleh disanggah lagi, segala fakta dan contoh yang di bawa memang relevan.


Pagi ini, di pejabat semua orang di pejabat bercerita tentang kehebatan DSAI membawa isu minyak tersebut, ye laaa....dapat kurang 50 sen hidup rakyat sudah boleh terjamin lebih selesa bebanding kesulitan yang dihadapi sekarang...Bos saya pun tengok semula siaran ulangan melalui website TV9 di pejabat...wah semuanya makin bersemangat....


Malam ni ada jamuan makan di rumah pula, keluarga mertua buat jamuan kesyukuran untuk hari lahir saya...(sungguh terharu)..hehe.. Ok...buat sahabat semua...doakan saya dan keluarga sihat, ceria, bahagia, dimurahkan rezeki serta diberkati Allah selalu ye....terima kasih (",)
Thursday, July 10, 2008

PostHeaderIcon PERCUTIAN DI PANGKOR DAN PENEMUAN MENARIK















Assalamualaikum semua....semoga semuanya sentiasa ceria selalu dan bersemangat menempuhi tugasan harian...(",)

Kali ini saya sertakan gambar-gambar sekitar percutian di Pangkor yang lalu untuk berkongsi pengalaman dengan semua....


Gambar di atas ni adalah gambar batu berbetuk kaki manusia...nampak realkan...
SUBHANALLAH...dan gambar di sebelahnya pula ialah gambar tiga ekor burung yang diambil di depan tempat penginapan kami....cantikkan...













Ermm..cuba perhatikan betul-betul...apakah kelainan pada dua bentuk batu di atas....Gambar di sebelah atas ni adalah batu berbentuk ikan paus.....dan yang lagi satu kat atas ni pula adalah batu berbentuk buaya....betulkan??? Subhanallah...inilah penemuan lain di Pulau Pangkor...


Manakala gambar di sebelah ni pula..adalah gambar batu berbentuk penyu sedang bertelur.....Lagi sekali kami kagum dengan ciptaan Ilahi...Subhannallah.....


Inilah penemuan menarik ketika kami mengelilingi Pulau Pangkor dengan boat pada 4-6 Julai 2008 yang lalu....





Erm...sambil pusing Pulau Pangkor...saya dan suami singgah sebentar di salah sebuah tempat di Pulau Pangkor untuk "snookling" cari ikan2 cantik....dan kat bawah ni adalah gambar ikan-ikan yang ditemui semasa kami snookiling...



Dan yang ni pula adalah gambar ketika menyewa skuter utk pusing Pulau Pangkor ikut jalan daratan pula lepas puas pusing pulau dengan boat....
Alhamdulillah,...cuaca baik dan saya dan suami dapat manfaatkan percutian kali ini dengan mencari penemuan2 baru di Pulau Pangkor untuk dikongsi bersama semua....(",)



Wednesday, July 2, 2008

PostHeaderIcon BERCUTI DI PULAU PANGKOR LEPAS EXAM..(",)

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh....

Erm...saya kembali lagi meneruskan coretan hidup. Alhamdulillah, pada hari Isnin dan selasa yang lalu iaitu pada 30 hb Jun sehingga
1 Julai 2008....saya baru lepas ambil Peperiksaan Jabatan kat Pulau Pinang begitu juga dengan suamiku. Kami menduduki peperiksaan pada hari yang sama, cuma tempat saje berlainan. Suami pula ambil peperiksaan Perkhidmatan. Ermm...semuanya kebetulan dan yang paling best sekali, saya yang sedang mengandung 5 bulan ni bawa anak exam sekali...hehe....jadi kami bertiga....menduduki exam pada hari yang sama .......(",)

Erm....selepas exam, saya dan suami telah mengambil cuti seminggu untuk beristirehat ke Pulau Pangkor. Almaklumlah, semenjak kami berkahwin pada 1 November 2007 yang lalu, kami belum lagi berpeluang berjalan2 makan angin "honeymoon" dek kerana kesibukan masing-masing dengan kursus dan exam yang tak putus-putus. Alhamdulillah...sekarang Allah bagi kami peluang dan ruang untuk bercuti.....

Alhamdulillah...percutian di Pulau Pangkor pada 3hb sehingga 5hb Julai 2008 yang lalu, sungguh menenangkan hati, di samping dapat merehatkan minda dan hati yang gundah gulana akibat kerja2 pejabat yang bertimbun, tambahan pula selepas penat studi untuk exam yang lepas, seterusnya dengan memikirkan masalah negara yang penuh dengan penipuan, kekejaman dan kezaliman yang tak henti-henti melanda rakyat. Semoga Allah selamatkan hamba2nya yang soleh dan beri petunjuk kepada pihak yang benar...Insya Allah...


Masa hari pertama nak pergi ke Pulau Pangkor tu, hujan renyai2. Saya dan suami berdoa agar cuaca baik supaya dapatlah kami menghabiskan masa dengan sebaiknya di Pulau Pangkor dengan gembira dan selamat. Alhamdulillah, cuaca bertambah baik sebaik sahaja kami sampai di Pulau Pangkor. Memang banyak kenangan yang menarik di Pulau Pangkor sampai suamiku pening kepala melayan karenahku.


Almaklumlah....dah la mengandung 5 bulan, hehe tapi aktif sangat macam orang tak mengandung, saya selalu ajak suami pusing pulau dengan boat, snookling dengan melihat ikan-ikan di dasar lautan, sungguh menyeronokkan, naik skuter petang2 pusing pulau. Dalam pada itu, ada juga saya rasa macam sakit perut sikit sebab aktif sangat sampai suami geleng kepala sambil cakap...."erm...bakal ibu yang aktif" hehe...bukan ape seronok memanfaatkan percutian ni, sambil berdoa pada Allah semoga sentiasa dipelihara kandunganku
Alhamdulillah, tak de ape2 berlaku.

Semasa pusing2 Pulau naik bot tu, banyak juga bentuk2 batu yang menakjubkan, ade batu berbentuk kaki manusia, ikan paus, buaya dan ikan paus. Untuk tatapan pembaca, Insya Allah saya akan masukkan gambar-gambarnye dalam artikel akan datang ye....tunggu....(",)


Dan hari ni, saya dan suami kembali semula ke tempat kerja masing-masing sambil meneruskan kerja-kerja harian yang bertimbun dengan mencari rezeki yang halal*(",) Semoga dipermudahkan segala urusan dan semoga Malaysia kembali aman damai tanpa rakyatnya menzalimi sesama sendiri...Insya Allah.

Jom Beli Tudung Online (",)

BICARA INSPIRASIHANA

ARTIKEL-ARTIKEL INSPIRASIHANA

Kaunter Pengunjung

PENGUNJUNG INSPIRASIHANA