JOm JOin Butik INspirasihana

PENYUSUAN UMMI

Lilypie Breastfeeding tickers

ULANGTAHUN PERKAHWINAN

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

INSYIRAHKU SAYANG

Lilypie First Birthday tickers

NAJWANKU SAYANG

Lilypie Third Birthday tickers

JANGAN TINGGAL SOLAT

JANGAN TINGGAL SOLAT

JOM TUTUP AURAT

JOM TUTUP AURAT

Islamic Clock

Islamic Calendar

About Me

My Photo
INSPIRASIHANA
Ipoh, Perak, Malaysia
KAMI MENJUAL TUDUNG DAN KERONGSANG SECARA ONLLINE..DAPATKAN HANYA YANG TERBAIK DI BUTIK INSPIRASIHANA
View my complete profile

Inspirasi Wanita

Search

Loading...
Wednesday, December 30, 2009

PostHeaderIcon PESANAN UNTUK IBU BAPA..JADILAH YANG TERBAIK


Tolong Fikirkan Wahai Ibubapa

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net


Minggu lalu, ketika menjamah makanan makan malam di sebuah restoran semasa dalam perjalanan ke airport, rakan-rakan yang bersama menghantar saya berbicara berkenaan pelbagai isu. Hj Rosman kemudian menzahirkan kebimbangan beliau berkenaan kes jenayah yang wujud di Malaysia. Kes-kes sedemikian agak kurang berlaku di Bahrain.

Natijah dari kebimbangan tersebut, beliau bertanya

"pada pandangan ustaz, macam mana cara untuk selesaikan masalah ini"

Saya berfikir sejenak, sudah tentulah jawapan paling mudah bagi seorang ustaz adalah berkata

"kita kena kembali kepada Islam"

Tetapi disebabkan jawapan itu terlalu umum, maka saya mengambil keputusan untuk tidak memberikan idea itu.

"Ia perlukan penyelesaian secara kolektif, semua pihak perlu ada kesedaran untuk merubah keadaan" demikian jawapan permulaan saya.

"Namun yang paling utama perlu berperanan, adalah ibu bapa atau keluarga"

Saya mengulang kembali ingatan sedih dan pedih kita kepada kes Al-Marhumah Nurin Jazlin yang dibunuh kejam dan masih gagal diselesaikan oleh pihak berkuasa Malaysia sehingga kini.

"Bukankah Nurin dibunuh oleh seorang manusia?, sudah tentunya manusia ini dilahirkan ke dunia oleh seorang ibu dan pastinya dia punyai bapa dan keluarga"

"Namun apakah yang menjadikannya sebegitu kejam?" saya menrang sambil mengajak berfikir.

Memang benar, pelbagai faktor menyumbang, namun bagi saya ia bermula dari hasil didikan pertama ibubapa, sesuai dengan apa yang disabdakan oleh nabi s.a.w

"Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (tidak mempersekutukan Allah) tetapi orang tuanya lah yang menjadikan dia seorang yahudi atau nasrani atau majusi. Sebagaimana seekor binatang yang melahirkan seekor anak tanpa cacat, apakah kamu merasakan terdapat yang terpotong hidungnya? (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Sudah tentu juga ibubapa yang berperanan untuk mencorakkan seorang bayi sehingga menjadi seorang Muslim, mukmin yang bertaqwa.

Kita tidak nafikan faktor persekitaran yang sentiasa menghurungi anak-anak kita khususnya di sekolah, melalui internet, rakan-rakan, games, TV dan lainnya.

JANGAN DIDIK ANAK SECARA SPONTAN

Namun tidak boleh dinafikan, ibubapa mempunyai saham terbesar. Anak-anak adalah satu tugas terbesar buat ibubapa yang sering diabaikan. Sedangkan mereka semua adalah suatu aset dan ‘pelaburan' terpenting. Namun amat kerap mereka menjadi mangsa kurang teliti, kurang perhatian dan tiada perancangan jitu oleh sang ibubapa.

Akhirnya, sebuah aset yang ditangani secara lebih kurang akan menghasilkan hasil yang bukan lebih kurang juga, tetapi hasil lebih buruk malah membawa padah.

Memang benar, kegagalan merancang pendidikan anak-anak adalah sebuah kegagalan masa depan.

Ramai yang merasakan, pendidikan anak-anak boleh dibuat secara spontan, bergantung kepada hari dan masa. Dalam kata lain, bergantung kepada keadaan.

Hakikatnya, anak tidak boleh dididik secara spontan, ia memerlukan satu pelan perancangan khas untuk menjadikan lebih mudah dibentuk. Mendidik mereka seperti mengendalikan sebuah syarikat awam yang sentiasa memerlukan plan induk, teknik khas, contingency plan dan monitoring system.

Kerana itu kita perlukan seorang Chief Operating Officer (COO) untuk anak-anak. Menurut teori ideal Islam, COO yang paling ideal bagi pendidikan anak-anak adalah seorang IBU. Bapa bertindak sebagai Chief Executive Officer (CEO) yang mana,, ruang lingkup tugasan, peranan dan tanggungjawabnya lebih besar dan menyeluruh.

"Namun apabila hari ini kedua-dua ibubapa sibuk mencari nafkah, aset di rumah terabai dek kerana pendapatan RM 2,000 (purata) atau RM 5,000 sebulan si ibu"

Anak-anak diswastakan kepada nursery yang kurang pengalaman. Kurang penghayatan, kurang sensitiviti dan seumpamanya.

Kita boleh menghantar mereka ke pelbagai jenis kursus dan kem untuk menyuntik sesuatu, namun pokok pangkalnya tetap di atas bahu kita selaku ibubapa. Kalaupun anak telah berubah hasil tarbiyah di dalam kursus, mereka akan tetap melupakan nilai baik tersebut jika ibu bapa masih di takuk lama.

WAHAI IBUBAPA, HORMATI ANAKMU NESCAYA KAMU DIHORMATINYA

"Treat your child with respect" itu saranan Richard Templer, penulis buku parenting yang popular.

Saya amat selesa dengan saranan tersebut, seorang ibubapa yang bijak perlu mengendalikan dan melayan anak-anak mereka dengan penuh penghormatan. Kelak anak-anak akan mencontohi tatacara yang sama.

Biasanya apabila orang dewasa meminta bantuan seorang dewasa yang lain, mereka akan menggunakan bahasa yang sopan. Itu adalah kerana mereka sedar, yang diminta itu tidak mesti untuk membantu, kita perlukan ihsan mereka untuk membantu. Atas sebab itu, kata-kata sopan digunakan, demi memujuk dan mearih ihsan.

Bukankah elok jika cara yang sama untuk anak-anak kita, cuba kita jangan merasakan si anak sentiasa WAJIB untuk mematuhi arahan kita. Kelak nanti si anak apabila meminta kepada ibubapanya atau orang lain, dirasakan mereka semua wajib menurut arahannya.

Si anak juga kerap meminta ibubapanya, mainan itu dan ini. Namun sedikit yang diperolehi.

Maka si anak akan menghadapi kekeliruan.

"ibubapa minta, semua aku kena buat, aku minta, ibubapa tak buat semua pulak"

Lebih teruk dari itu, arahan dari ibubapa kerap dihamburkan dengan kata-kata perintah tanpa hormat dan pujukan serta ihsan. Contohnya:

"makan tu"

"Habiskan ini!"

"Pergi mandi!"

"Cepat masuk kereta!"

"Gosok gigi!"

"Kenapa sepah sangat ni, cepat bersihkan!"

"Heiii, kenapa buat macam tu!"

Itulah yang kerap dilaungkan oleh ibubapa, memekik melolong setiap pagi dan petang serta malam.

Setiap hari anak akan mendengar lolongan kuat menerjah telinga dan hatinya. Kalimah-kaalimah arahan dan larangan sebegitu sudah terlalu biasa, lali hingga ia menjadi masak dan sebati dek pemikiran dan hatinya.

Pada masa yang sama, kita akan dengar kedapatan ibubapa yang mengeluh kerana anaknya kurang beradab ketika remaja dan dewasa. Sedarkah bahawa si anak sebenarnya telah ‘berjaya'. Ya berjaya dalam mencontohi model yang diterapkan oleh ibubapanya sendiri. Namun kini ibubapa merasa sedih dan tidak selesa. Sedarkah ibubapa bahawa si anak yang dibesarkan sedemikian rupa menyangka itulah cara arahan dan permintaan yang terbaik. Bukankah itu yang ditunjukkan oleh ibubapa mereka?.

Justeru, lebih kasar sang ibubapa terhadap anaknya, akan kasar jualah anak terhadap ibubapanya dan orang lain, khususnya di ketika remaja dan dewasa. Malah lebih mendukacitakan, itulah cara yang akan dibawa ke sekolah, mempengaruhi kawan-kawan dan akhirnya menjadi penjenayah yang merasakan tindakannya ‘ok' atau tidak bersalah. Puncanya dari cara didikan dan layanan ibubapa yang kasar.

Patut kita sedari di awal bulan hijrah 1431 ini, bahwa anak layak mendapat sebuah penghormatan, semudah-mudah penghormatan adalah dengan memilih ayat dan kata-kata yang manis didengari, intonasi yang sedap didengar. Cuba tambah sikit sahaja sebagai contoh

"boleh tolong ibu ambilkan barang itu"

"Adik baikkan, tolong ummi kemaskan meja ini boleh?"

Dan pelbagai lagi bentuk ayat yang serupa dengannya.

Di samping itu, jangan sesekali memungkiri janji,, membohongi anak dan lain-lain kelakuan negaitf. Selain anak akan mengambil contoh, mereka juga akan merasa kurang penting berbanding yang lain.

TUNJUKKAN PERHARGAAN TERHADAPNYA

Juga menjadi kebiasaan ibubapa hari ini. Bangun sahaja anak dari tidur dan terus dia menghala ke dapur.

Ibu yang terlihat anak, ayat pertamanya :

"hah apa lagi tu, dah gosok gigi, pergi basuh muka dan gosok gigi!"

"Lepas tu pergi buat itu ini bla la bla"

"Mak boleh tolong angah buat kerja ini tak" pinta si anak lembut

"Ehhh nanti-nanti!, mak tengah sibuk goreng ayam ini" mungkin itu jawapan si ibu.

Terasa dalam hati si anak, dirinya ibarat tidak berharga, kemunculannya hanya bersedia untuk diarah dan ditengking.

Permintaan tidak banyak erti buat si ibu, ‘gorengan ayam lebih utama dari perminataannya.

Malah ketika pulang dari sekolah juga, ibubapa tidak menyambut tetapi dibiarkan anak begitu sahaja.

Tahap si anak ibarat sebuah perabot buruk dan pekakas rumah sahaja. Wujudnya tidak disedari, hilangnya tidak diendah.

Pastinya, anak akan menyimpan itu sebagai standard kehidupan. Nanti kelak itu jugalah yang diperlakukan di masa hadapan.

Kalau ada perhatian dari ibubapa, mungkin hanya perintah demi perintah, larangan demi larangan sahaja.

Justeru, sudah sampai masa kita mengubahnya, kita berhijrah.

Sedarilah bahawa, tatkala kita sedang melakukan tugasan harian di rumah, mengemas baju, memasak dan sebagainya, tatkala anak muncul, anak punyai priority yang lebih tinggi. Jangan dijadikan alasan, tengah buat kerja, basuh baju, gosok baju, jahit baju dan lainnya, kerana tatkala anak muncul, itulah kerja yang paling besar keutamaannya untuk dipenuhi.

Tunjukkan rasa seronok dan gembira kita selaku ibubapa ketika melihatnya, sewaktu pulang dari sekolah (atau sewaktu kita pulang dari kerja), melihatnya di awal pagi dan berpisah dengannya ketika waktu malam untuk tidur. Ia boleh dilakukan dengan ucapan-ucapan yang baik, atau sedikit pelukan dan sentuhan tanda mereka penting buat kita.

KESIMPULAN

Semoga dengan sedikit peringatan untuk diri ini, kita semua mampu berubah menjadi ibubapa yang berperancangan dan memperbaiki pendidikan anak-anak.

Kerana anak-anak itulah kelak bakal menjadi sama ada Imam besar, Pemimpin Negara, Ulama Besar, atau sebaliknya menjadi perompak terulung, penjenayah bersiri dan pengkorup unggul. Nauzubillah.

Perbaikilah masyarakat kita melalui kesedaran peranan ibubapa. Jenayah hakikatnya bermula dari rumah dan perlu ditangani bermula di rumah juga.

Sekian



Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net
Sunday, December 20, 2009

PostHeaderIcon PENGHAPUSAN ETNIK ISLAM DI NEGARA CHINA


Rentetan peristiwa penganiayaan terhadap umat Islam berterusan lagi kali ini di China, diserata dunia umat Islam dilayan bagai golongan kelas kedua bahkan sesetengahnya melayan kita umat islam seperti binatang yang semudah-mudahnya untuk dibunuh dan disembelih.



Tidak cukup peristiwa di Palestin, Iraq, Afghanistan, Guantanamo, Kashmir,Tak Bai kini wilayah Xiangjiang,China yang didiami oleh penduduk Islam Uighyur pula bergolak. Peristiwa berdarah yang meragut nyawa seramai 156 orang awam Etnik Uighyur yang menetap xiangjiang merupakan etnik pribumi tanah xiangjiang sebelum dijajah oleh China pada tahun 1946.



Dahulunya Xiangjiang dikenali sebagai Uyghurstan yang didiami oleh oleh kaum majoriti etnik uighyur sebelum mereka menjadi minoriti di tempat mereka sendiri dengan kemasukan warga cina dari suku kaum Han beramai-ramai.Kemasukan etnik Han secara beramai-ramai dilihat sebagai usaha untuk menyisihkan kaum uighyur ditanah mereka sendiri. Sudah dasar penjajah, tidak ingin melihat bangsa peribumi mencabar autonomi mereka. Begitulah hakikatnya, sebuah Negara Islam yang telah dijajah dan nasib mereka terbiar tanpa pembelaan.



Berikutan tercetusnya pemberontakan disana, barulah kita mula buka mata untuk mengenali siapakah saudara kita yang teraniaya disana. Mereka telah berjuang untuk kemerdekaan mereka untuk sekian lama tetapi telah disalah tafsirkan oleh dunia dengan menuduh mereka sebagai pengganas.



Kerajaan China cukup mahir memutar belitkan fakta apabila mengambil peluang menyahut seruan Amerika Syarikat memerangi pengganas dengan melabelkan pejuang-pejuang Islam disana sebagai pengganas. Ini boleh dilihat dilaman berita bbc yang dikeluarkan pada tahun 2005 (http://news.bbc.co.uk/2/hi/asia-pacific/4435135.stm) .



Berdasarkan carian saya diinternet, Kerajaan China telah menyekat sebarang usaha menyampaikan berita dari Ughyurstan (saya tidak mahu menggunakan istilah xiangjiang kerana ia membawa maksud “tanah jajahan baru” sedangkan ughyurstan wajar diiktiraf sebagai negara yang bebas). Kerajaan China telah menyekat maklumat dari internet malah alat perhubungan juga telah dimatikan fungsi. Lalu bagaimana kita boleh mendapatkan berita yang sebenar?



Tahu-tahu sahaja kerajaan China telah mengeluarkan kenyataan bahawa yang banyak terbunuh ialah etnik Han . Sedangkan menurut saksi apa yang berlaku adalah berbeza. Bahkan menurut saksi lagi tentera-tentera China telah bertindak liar dengan menembak etnik uigyhur yang memprotes tindakan kejam etnik Han bahkan ada yang dilenyek mati menggunakan kereta kebal. (http://www.arabnews.com/?page=1&section=0&article=124431)



Malah berdasarkan gambar-gamabar yang dimuat masuk ke internet yang nyata etnik Han bermahajarela dengan mengengam kayu,besi dan parang untuk membunuh etnik uighyur sedangkan kaum uighyur disekat oleh askar-askar China hatta tidak boleh mengerjakan solat Jumaat. Dimana keadilan untuk umat Islam di sana?



Setelah apa yang dibuat oleh Kerajaan China sewajarnya Malaysia menyatakan sesuatu sebagai bantahan. Setakat yang saya tahu jika negara Islam hanya Kerajaan Turki yang begitu lantang mengkritik China. Bagi kita pula sebagai rakyat biasa hebah-hebahkanlah pasal negara Islam Uygyurstan yang kini dibawah jajahan China.Wallahualam
Sumber Artikel dari www.abinajwan.com
Wednesday, December 16, 2009

PostHeaderIcon SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1431 HIJRAH



1431 hirah menjelang tiba, jangan dilupa mebaca doa akhir tahun dan awal tahun. Semoga hijrah kita kali ini memberi makna buat kehidupan kita pada masa akan datang.


Sahabat sekalian, marilah kita hayati pengorbanan dan hijrah Rasulullah dan para sahabat yang patut dicontohi untuk dijadikan ikhtibar buat kehidupan kita seharian. Supaya kita menjadi hamba Allah yang bersyukur dan beriman.

MUHARAM adalah bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam (Hijriah). Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi).

Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya.Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya

DOA

Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.

maksudnya :

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata: "Hampalah kami di sepanjang tahun ini".


Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

PERISTIWA PENTING

  • 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).

  • 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

Nabi Adam bertaubat kepada Allah.

Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.

Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.

Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.

Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.

Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.

Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.

Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.

Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.

Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.

Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.

Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.

Hari pertama Allah menciptakan alam.

Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.

Hari pertama Allah menurunkan hujan.

Allah menjadikan 'Arasy.

Allah menjadikan Luh Mahfuz.

Allah menjadikan alam.

Allah menjadikan Malaikat Jibril.

Nabi Isa diangkat ke langit.

Khas buat semua, Selamat Menyambut Ma'al Hijrah 1431 hijrah. Semoga kita dapat berhijrah ke arah yang lebih baik dan tercapai segala impian. Semoga hidup kita sekeluarga sentiasa diredhoi Allah dan segala amal ibadah kita diterima Allah. Hijrah menuntut 1001 kesabaran dan pengorbanan. Menjadi insan yang bertaqwa, bukanlah susah, cuma menuntut kecekalan dan istiqamah yang berpanjangan. (",) Semoga hari esok lebih baik dari semalam.



Sunday, November 29, 2009

PostHeaderIcon SELAMAT HARI ULANGTAHUN PERKAHWINAN -TAHUN KE DUA



Gambar di atas ni pula sekitar majlis di Perak
















Gambar-gambar sekitar majlis akad nikah di Pulau Pinang

Alhamdulillah..pada hari ini 30 November 2009..telah genap dua tahun usia perkahwinan kami..pahit manis telah ditempuh bersama dan telah dikurniakan seorang cahaya mata yang baru berusia setahun pada 24 November 2009. Semoga Najwan terus membesar dan berjaya di dunia dan akhirat (http://hannakids.blogspot.com)


Kami baru sahaja selesai berkemas rumah dan berpindah ke rumah yang baru pada minggu lepas. Kepenatan berpindah rumah masih terasa. Mungkin disebabkan kesibukan berkemas dan berpindah rumah membuatkan kami hampir terlupa tarikh "Anniversary" ini. Tapi tidak bagiku...setiap tarikh keramat pasti segar dalam ingatan. Insya Allah. Dan di sini inginku meluahkan rasa kesyukuran pada yang Esa kerana dikurniakan seprang suami yang soleh, sabar dan bertanggung jawab dan juga cahaya mata yang sentiasa menceriakan hati kami setiap hari.


Bagitu banyak nikmat yang telah Allah berikan. Ya Allah YAng Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang , kurniakan juga kami kesuburan Cinta kepada Mu Ya Allah, agar kami dapat melayari bahtera rumahtangga ini dengan penuh rasa kesyukuran, keatqwaan dan redho kepada Mu. Semoga rumahtangga kami kekal hingga ke Syurga dan diredhoi setiap amaln kami. Insya Allah. Amin.


Kepada suamiku "Terima Kasih segalanya dan mohon maaf atas segala salah silap semoga Cinta Kepada Allah dapat menyuburkan cinta kita dan sentiasa diredhoiNya. Jadilah Pengemudi Bahtera Rumahtangga yang sentiasa cekal dan tabah."Selamat Menyambut Ulangtahun Perkahwinan semoga mawaddah wa rahmah ini makin bertambah.....
Thursday, November 19, 2009

PostHeaderIcon SUBURKAN CINTA SETELAH BERKAHWIN


Bagaimana andai selepas bertunang setelah sekian lama, dia tidak suka lagi pada kita? Suka pada orang lain”, soal Kak Raiha tiba-tiba.

“Jangankan semasa bertunang kak. Orang berkahwin pun boleh pudar cintanya”.

“Betul juga”.

Persoalan tergantung. Tidak berjawab.

Masing-masing diam. Mata memandang ke tingkap merenung titisan hujan yang lebat.

Aksesori Cinta

“Sememangnya rasa suka yang memutikkan cinta itu perlu. Namun, cinta sahaja tidak menjamin”, Kak Raiha memecahkan kesunyian.

“Maksud akak?”.

“Cinta perlukan aksesori sampingan. Rasa cinta perlu hadir dengan rasa tanggungjawab”.

“Aksesori lain ialah kepercayaan”, tambah Kak Raiha lagi.

Saya semakin mengerti apa yang Kak Raiha cuba sampaikan.

“Rasa tanggungjawab dan kepercayaan ini tidak akan wujud andai tidak rasa diri berTuhan. Cinta jadi tidak berperaturan. Cinta yang jauh dari berpaksikan Tuhan”, saya cuba membuat kesimpulan.

“Benar. Andai cinta berpaksikan Tuhan, barulah lahir cinta sejati yang menyembuhkan, bukan menyakitkan. Bukan cinta buta buatan manusia”.


Cinta Tanpa Tanggunjawab

“Remaja kini terdedah dengan cinta, namun cetek ilmu menguruskannya. Tanpa ilmu, sukar melahirkan rasa tanggungjawab”, Kak Raiha cuba menghuraikan aksesori pertama.

“Tanpa rasa tanggungjawab, si teruna tidak bersifat melindungi kaum wanita. Kaum wanita pula sewenang-wenangnya menyerahkan jiwa dan raga”.

Saya diam mendengarkannya. Realiti yang harus diterima. Realiti bahawa ramai remaja yang terlibat dengan cinta di awal usia, terjebak dengan maksiat dan zina. Realiti yang bimbang lagi meresahkan.

Dengan rasa tanggungjawab yang tinggi, si lelaki akan menghormati wanita dengan tidak merosakkannya. Kesuciannya dipelihara sehinggalah dihalalkan melalui lafaz janji `aku terima nikahnya`. Rasa tanggungjawab yang tinggi juga membentengi diri seorang wanita untuk memelihara kehormatan diri dan rahimnya. Wanita bertanggungjawab untuk mempertahankan dirinya untuk suami yang halal buatnya. Memelihara kesucian rahimnya untuk zuriat yang bakal dilahirkannya.

“Cinta yang Allah gariskan bukanlah untuk menyekat. Cinta berperaturan untuk meningkatkan darjat. Cinta ekslusif!”, pesanan berharga buat remaja mabuk bercinta.

“Cinta tanpa tanggungjawab juga boleh menyebabkan rumah tangga porak peranda”, Kak Raiha mengubah konteks, daripada isu remaja kepada keluarga.

“Dengan mudah, si ayah mahupun ibu boleh `mencintai` orang lain. Bayangkan, andai ibu ataupun bapa sibuk menunaikan tanggungjawab yang tidak pernah selesai terhadap pasangan dan anak-anaknya, soal `terjatuh cinta` dengan orang ketiga pasti dapat dielakkan. Memanglah cabarannya sentiasa ada. Namun, boleh dielakkan!” Kak Raiha sedikit emosi. Tidak adil, tetapi ingin bercinta lagi.

“Setuju kak. Sekalipun suami dan isteri saling mencintai. Tanpa tanggungjawab, selama manakah cinta dapat bertahan agaknya. Cinta dan sayang terhadap anak-anak juga perlu dinilai dengan tanggungjawab”.

“Benar. Anak-anak juga harus punya cinta yang penuh tanggungjawab terhadap ibu bapa”. Peranan anak-anak pula disentuh.

“Bagaimana pula tu?”.

“Anak-anak zaman kini kadangkala sibuk bekerja. Tiada masa untuk bersama ibu bapa”.

“Sekalipun ibu dan bapa pernah melakukan kesilapan ataupun mempunyai kekurangan dalam mendidik kita, jangan menyimpan dendam. Biarlah kekurangan itu dinilai Allah. Lihat perkara positif pada ibu bapa kita. Selain kuasa Allah, jika bukan jasa mereka, masakan kita hidup sehingga kini. Dibesarkan dan dijaga”.

“Andai semua pihak melihat cinta disertai tanggungjawab, insyaAllah tidak timbul masalah. Masing-masing akan fokus pada memberi. Bukan menuntut hak”, saya cuba membuat kesimpulan mengakhiri perbualan.

“Benar, cinta pada Allah juga menuntut kita untuk menzahirkannya. Laksanakan tanggungjawab sebagai hambaNya yang bertaqwa”.

Dicintai Dan Dipercayai

Selain cinta dengan rasa tanggungjawab, cinta juga perlu lengkap dengan mempercayai.

Boleh anda bayangkan hidup tanpa wujud rasa percaya pada orang lain. Tidak percaya orang lain boleh melaksanakan tanggungjawabnya. Tidak percaya orang lain boleh menyimpan rahsia. Bermacam-macam lagi. Tanpa rasa percaya, sukar untuk hidup bahagia. Asyik resah tidak menentu hala.

Justeru, mempercayai itu amat penting dalam memelihara hubungan. Mempercayai seseorang bukan sahaja membuatkan diri kita tenang, bahkan membuatkan diri orang yang dipercayai itu lebih yakin.

Soalnya ialah bagaimana untuk membuatkan diri ini dipercayai sekaligus membina kepercayaan. Kemudian, bagaimana untuk memelihara kepercayaan itu sepanjang perhubungan?

Saya kira, membina kepercayaan mengambil masa. Memulihkan kepercayaan lebih banyak mengambil masa!

Sebelum menjalin hubungan, kepercayaan boleh mula dipupuk. Syaratnya ialah dengan tidak bermuka-muka ataupun berlakon. Lihatlah pada akhlak dan ibadahnya. Andai si dia menjaga hubungannya dengan Allah dan manusia, insyaAllah, apabila bersama kelak, kepercayaan itu sudah terbina.

Bayangkan seorang lelaki yang matanya liar memandang wanita lain. Apakah kita percaya selepas berkahwin kelak, dia akan menundukkan pandangnya?

Bayangkan seorang wanita yang tidak segan silu bertepuk tampar dengan lelaki yang haram buatnya. Apakah selepas bernikah kelak, dia akan menjadi wanita pemalu yang memelihara kelakuannya?

Bayangkan seorang teman yang suka mengumpat orang di sana-sini. Apakah kita yakin, kita tidak akan diumpatnya selepas menceritakan masalah kepadanya?

Ya, benar, manusia boleh berubah dengan izin Allah. Namun, kepercayaan sudah tercalar. Sukar!

Binalah kepercayaan sebelum menjalin hubungan. Kemudian peliharalah kepercayaan itu. Sekali tercalar, mengambil masa untuk memulihkannya.

Cinta Perlu Disuburkan

Cinta perlu ada rasa tanggungjawab dan mempercayai. Semacam kering sahaja bunyinya. Serius dan tidak berwarna-warni. Disebabkan itulah, cinta sesama manusia ini perlu disuburkan dengan kata-kata dan sentuhan. Sentuhan fizikal mahupun jiwa.

Memuji sahabat tentang kelebihan dan sifat positif dirinya.

Membelai anak yang sudah remaja dengan kasih dan mesra.

Menghadiahkan bunga buat isteri tercinta.

Menggantikan bebelan dengan kata-kata semangat buat suami tatkala perkahwinan bertambah usia.

Mengusap wajah ibu dan ayah yang sudah tua dan tidak berdaya.

Bermacam-macam perkara yang boleh dilakukan untuk menyuburkan hubungan sesama manusia melalui sentuhan dan kata-kata. Kadangkala, kita yang tidak amalkannya. Lama-kelamaan, bertukar menjadi kekok. Kemudian, dilabel buang tabiat. Parah!

Mari kita hayati kembali sirah. Kisah cinta manusia paling agung. Cinta Rasulullah terhadap isterinya. Cinta bukan dalam bentuk `segera`. Cinta Rasulullah disertai usaha yang dibajai sentuhan dan kata-kata. Dengan izin Allah, mencairkan hati, menyentuh jiwa.

Tatkala isteri tidur nyenyak kepenatan, Rasulullah memilih untuk tidur diluar, kerana kasihan.

Rasulullah juga tidak kekok meringankan beban isteri dalam menguruskan rumah tangga.

Pernah satu ketika, hidung Saidatina Aisyah dipicit. “Sabar dahulu ya Humaira”, kata nabi seraya memicit hidung Aisyah. Sentuhan mesra untuk menyabarkan dan meredakan.

Rasulullah dan isterinya saling menasihati, bersama-sama memperbaiki diri.

Biji benih gred A, andai tidak dibaja dan dijaga, masakan dapat menghasilkan buah yang sedap. Samalah halnya dengan cinta, andai tidak dibaja, masakan dapat terus kekal bahagia.

Cinta itu perlu, namun cinta semata-mata tidak membawa ke mana. Permulaan yang baik itu tidak menjamin kesudahan yang baik, tanpa baja dan dijaga.

Semoga kita sama-sama dapat amalkan tatkala diri menjalin cinta sesama makhluk menuju cinta kepadaNya.

*Dipetik dari blog penulis http://zaffankhalid.iluvislam.com





Monday, November 2, 2009

PostHeaderIcon HILANGKAH KASIH SAYANG DENGAN MENDERA ANAK SENDIRI









Assalamualaikum semua...

Rasanya masih belum terlewat untuk saya menyentuh berkaitan tajuk di atas kerana perkara ini sering berlaku di kalangan masyarakat kita pada hari ini. Akibat kurang pegangan agama dan hilang rasa kasih sayang, anak sendiri menjadi mangsa.


Sebagai seorang ibu yang baru mempunyai seorang bayi lelaki yang baru berusia 11 bulan, sudah pastinya hati saya tersentuh membaca berita-berita berkaitan penderaan kanak-kanak yang tidak berdosa sehingga mengakibatkan kematian mereka. Apalah salah si kecil yang tidak tahu apa-apa. Sudah hilangkah kasih sayang manusia di dunia ini? Pekakkah telinga ibu bapa atau jiran-jiran yang mendengar tangisan anak-anak yang menangis minta dilepaskan dari penderaan? Butakah mata masyarakat kita sehingga tidak endah dengan kes-kes seperti ini?


BAgaimana pula kes-kes pembuangan bayi yang sentiasa berlaku setiap hari?Malah pembuangan bayi-bayi yang baru lahir oleh mereka yang berzina juga menjadi tatapan berita setiap hari. Bagi mereka yang berzina mungkin mereka malu untuk menjaga anak-anak yang tidak berdosa itu? Tapi tak malukah melakukan zina? Kenapa buat kalau malu? Kenapa anak-anak yang tidak berdosa menjadi mangsa kezaliman dosa-dosa anda? Kalau tidak mahu jaga, apalah salahnya menghantar mereka ke pusat jagaan. Mungkin ada hikmah di setiap kejadian dan eloklah anda yang berzina segera bertaubat bagi menyelamatkan masyarakat kita.


Kembali semula kepada kes penderaan kanak-kanak, bAru-baru ini negara kita dikejutkan oleh kisah penderaan fizikal dan seksual ke atas addik Alia Aiman yang baru berusia 3 tahun. Seorang anak yang tidak berdosa. Didera secara seksual, fizikal dan mental oleh lelaki durjana kekasih ibunya sendiri dan juga turut didera oleh ibunya sendiri. Jadi apakah hukuman yang setimpal dengannya? Penjara seumur hidup untuk kedua-dua pembunuh ini? Gantung sampai mati? Sula? Rejam? Sebat? Semua hukuman dunia ini pastinya tidak melepaskan diri mereka dengan hukuman Allah. Saya cuba menyelami hati adik Alia yang menjadi mangsa akibat keruntuhan ibu bapanya.


Ibunya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki Sudan yang akhirnya membunuh dan menzalimi anak sendiri setiap hari ketika ibunya ke pejabat. Bapanya pula entah ke mana? Alia dikurung di rumah setiap hari dan turut didera oleh ibunya? Untuk ibu Alia, layakkah anda memakai mahkota seorang ibu, layakkah anada dipanggil ibu hingga sanggup melihat penderitaan dan menzalimi anak anda setiap hari?


Cuba bayangkan Alia yang menangis-nangis, meronta-ronta mohon dilepaskan dan diberi perlindungan. Anak sebesar ini memerlukan kasih sayang, perhatian, perlindungan dan pelukan manja ibu bapa untuk terus membesar dengan ceria dan sihat. Alia tidak ada semua itu. kegelapan menyelubungi hidupnya setiap hari. Ada hikmah di atas kematian Alia. Supaya Alia terlepas dari penderitaan ini. Allah lebih sayangkan Alia. Agar masyarakat membuka mata dan hati mereka. Pekalah dengan apa yang terjadi di sekeliling anda. Bantulah kanak-kanak yang didera walau pun anak saudara kandungan anda. Walau pun anak-anak jiran anda. Semua pihak perlu berkerjasama. Janganlah takut untuk memberi peluang orang lain hidup dengan gembira dan bahagia.


Senario ini sudah pastinya dikaitkan dengan ibu bapa sendiri. Jadilah ibu bapa yang mithali. Berpegang pada ajaran Islam, berpegang pada didikan Al QUran dan Sunnah. Gunakanlan iman, ilmu dan akal dalam setiap tindakan untuk mendidik anak-anak. JAdilah ibu bapa yang terbaik untuk melahirkan anak-anak yang berjaya di dunia dan akhirat. Tak kiralah kita miskin atau kaya, kita boleh menjadikan anak-anak, suami dan isteri kita yang terbaik dan cemerlang. Menjadi keluarga contoh kepada orang lain dan berilah kasih sayang dan perhatian yang cukup untuk anak-anak kita. Saya berdoa dan berharap agar kes-kes ini tidak berlaku lagi pada masa akan datang. Insya Allah. Semoga Allahyarhamah Alia ditempatkan di kalngan hamba-hambanya yang soleh dan bahagia di sana. Al Fatihah.........


Hukuman Maksimum Buat Pesalah Kes Dera Kanak-kanak - Sharizat

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang amat terkejut, sedih, dan kecewa dengan kematian kanak-kanak perempuan, Aaliyah Aiman Hussin Abdullah akibat penderaan, menyarankan agar pesalah bagi kes penderaan dan keganasan kanak-kanak dikenakan hukuman maksimum.

Beliau turut menyarankan supaya pihak berkuasa termasuk polis menyegerakan siasatan kes-kes penderaan kanak-kanak supaya mereka yang bertanggungjawab terhadap perlakuan tidak berperikemanusiaan itu dikenakan tindakan sewajarnya.

Beliau berkata demikian pada satu persidangan akhbar di pejabatnya di sini Khamis sebagai mengulas kes Aaliyah Aiman, 3, yang dipercayai didera, dirogol dan diliwat sehingga mengakibatkan kematiannya.

Aaliyah Aiman, dipercayai didera teruk oleh ibunya dan teman lelaki ibunya yang merupakan seorang warga Sudan, di sebuah kondominium di Cheras minggu lepas, dan kedua-dua suspek yang ditangkap pada 14 Okt lepas itu kini ditahan reman sehingga Ahad ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Shahrizat seterusnya meminta kerjasama semua pihak supaya melaporkan segera kes-kes berkaitan penderaan kanak-kanak kepada pihak berkuasa, kementerian atau Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), dan menurutnya penderaan dan keganasan terhadap kanak-kanak tidak seharusnya berlaku dan mesti dibanteras dalam masyarakat.

Beliau berkata orang ramai juga boleh menghubungi Talian Nur 15999 yang diperkenalkan sejak Disember 2007 khusus untuk menerima aduan, menyalur bantuan dan bagi mendapatkan maklumat mengenai kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan.

Sambil mengakui kes-kes penderaan kanak-kanak semakin membimbangkan, Shahrizat berkata berdasarkan statistik JKM, 2,607 kes dilaporkan menerusi Talian Nur 15999 sejak Disember 2007 sehingga Oktober lepas dengan 278 daripada laporan itu membabitkan kes penderaan kanak-kanak yang sahih.

"Malang sekali masih ramai di kalangan rakyat yang tidak mahu tampil ke hadapan untuk melaporkan segera kes penderaan kanak-kanak dan ini turut menyumbang kepada peningkatan kes berkenaan," katanya.

Shahrizat berkata kerajaan amat mengambil berat soal kanak-kanak dan menyediakan Akta Kanak-Kanak 2001 serta Dasar Perlindungan Kanak-Kanak 2009 yang memperjelaskan bahawa setiap kanak-kanak harus mendapat perlindungan daripada pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi di dalam masyarakat.

"Mereka juga seharusnya mendapat hak yang sepatutnya dari segi jagaan, pemeliharaan, kasih sayang, sokongan dan bantuan sosial," katanya.

Menurutnya kegagalan untuk mematuhi akta dan dasar itu membolehkan individu disabitkan dengan kesalahan didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

-- BERNAMA

Monday, October 19, 2009

PostHeaderIcon Syawal Serba Merah Yang Meriah

Keluarga ceria serba merah berhari raya yang serba meriah (",)



Sempat berposing selepas balik dari masjid ,solat Aidil Fitri. Raya tahun ni sungguh bermakna kerana pertama kali berhari raya bertiga. Sungguh meriah dengan celoteh si manja yang semakin aktif (",)


Hehe, baju merah, kereta pun merah..(",)


Najwan bergambar bersama atoknya . Hari Raya pertama di Sg Bakap, Pulau Pinang.

Gambar sekeluarga di pagi raya. 1 Syawal 1430 hijrah.



Aik, ni apa cerita, sambil lintas jalan pun boleh berposing lagi..hehe




Alhamdulillah....akhirnya dapat juga peluang dan ruang untuk menulis. akhir-akhir ini sangat sukar untuk mencari masa menulis...banyak lambakan tugas di pejabat, mesyuarat dan kursus. Di rumah pula sibuk menguruskan rumah tangga, suami dan anak yang semakin aktif membesar. Dulu si manjaku Najwan tidur awal, 8.30 malam dah tidur, tapi sekarang jadualnya telah berubah. Najwan makin suka bermain sehingga pukul 9.30 malam atau 10.00 malam barulah Najwan tidur. Klik http://hannakids.blogspot.com untuk kisah Najwan selanjutnya (",)



Syawal telah berlalu sepertimana Ramadhan telah meninggalkan kita terlebih dahulu. Alhamdulillah saya dan suami sempat menghabiskan puasa 6 hari di bulan Syawal. Berpuasa di bulan Syawal sungguh mencabar sekali. Manakan tidak, hampir setiap hari ada jamuan raya di rumah kawan-kawan @ saudara mara begitu juga dengan pejabat. Ada sahaja jamuan raya di pejabat yang berdekatan yang menjemput sepejabat saya "join" jamuan raya tu. Hehe, harap-harap tak bertambahlah berat badan.Insya Allah.


Di kesempatan ini, rasanya masih tidak terlewat mengucapkan Salam Aidil Fitri kepada semua sahabat handai dan saudara mara. Maklumlah hari ini hari dalam bulan Syawal yang terakhir (",) Di sini juga saya ingin berkongsi pengalaman berhari raya bersama si manja seperti di gambar2 di atas..hehe ayat skema (",)
Monday, September 28, 2009

PostHeaderIcon RAMAI ORANG TAK PUASA DI BULAN RAMADHAN



Fuh...blog ni dah berabuk sangat. Bila nak update je tak de masa, bila nak update je ada keje lain, bile nak update je, anak memanjatku. Hehe, jadi tersadailah blog ini seketika. Hari ini ingin cuba meluangkan sedikit masa berkongsi cerita berkenaan sikap mereka yang melanggar syariat Allah.



Alhamdulillah, kita telah berjaya melepasi Ramadhan yang berlalu dengan begitu cepatnya. Sekejap sangat rasa. Doakan semoga kita bertemu lagi Ramadhan di tahun yang kan datang. Begitu banyak rahmat dan ganjaran yang Allah berikan sepanjang bulan Ramadhan kepada kita. Begitu banyak kemapunan dan nikmat di bulan yang mulia itu telah diberikan kepada umat Nabi Muhammad S.A.W. Adakah kita berjaya merebut kesemuanya???Adakah kita telah berjaya menjejaki Lailatul Qadar???? Doakan semoga segala amalan kita diterima.


Dalam kesibukan umat Islam berpuasa, berterawikh, bertadarus Al Quran dan berqiyamulail, masih ada ramai manusia yang tidak kisah mengenai ganjaran bulan Ramadhan yang mulia itu. Masih ramai remaja lelaki perempuan yang membuat maksiat, masih ramai yang minum arak, merempit dan mengunjungi kelab malam tatkala umat Islam lain sedang merebut Lailatul Qadar dan yang paling menyakitkan hati dan dikesali betapa ramainya umat Islam yang tak berpuasa di bulan Ramadhan. Malu rasanya, sebab yang tak puasa ni dah tua bermisai, dah ada anak isteri.


Tak malukah mereka. Kalau tak makan secara terbuka pun, di rumah makan sorok-sorok di dapur. Anak yang sekolah rendah boleh puasa, mak bapak yang tua bangka pula tak berpuasa. Kalau macam nilah ibu bapa yang ada, bagaimana ingin menunjukkan contoh yang baik pada anak-anak. Bagaimana ingin melahirkan masyarakat yang berbudi pekerti mulia????


Saya sungguh sedih dan terkilan dengan sikap mereka. Suami saya pernah menceritakan kepada saya berkenaan bapa kepada pelajar suami saya yang tidak berpuasa dan tak pernah berpuasa. Anak cuma melihat sahaja. Bila ditegur, dilempang anaknya. Ish ish, manusia jenis apa la agaknya ni. Malah ada juga yang berani makan secara terbuka. Menurut cerita rakan saya yang mengajar di Pulau Pinang, ada sebuah cafe terkenal berdekatan sekolahnya yang dibuka pada siang bulan Ramadhan, dan ramai pengunjung melayu yang makan dan minum di waktu tengahari tanpa segan silu walaupun telah diadu kepada Jabatan Agama Islam. Jom kita berdoa seupaya mereka ini bertaubat, susah sangat nak berpuasa. Kanak-kanak yang tadika pun boleh berpuasa, apalah teruk sangat nafsu si tua bangka tersebut. Yang lebih pelik, bila tiba Hari Raya, golongan-golongan yang tidak berpuasa ini pula yang lebih-lebih beraya.EEEEE MALUNYAAAAA!!!



Bukan itu sahaja, senario pemuda melayu membawa keluar plastik hitam dari kedaikedai mamak, seakan menjadi budaya kepada mereka yang tidak berpuasa di Bulan Ramadhan. Oleh yang demikian, saya menyarankan kepada Jabatan Agama Islam di seluruh negara mengambil tindakan tegas kepada mereka yang tidak berpuasa, menarik lesen kedai-kedai makan melayu dan mamak yang dibuka di siang hari. Selain kedai Melayu, kedai mamak juga tidak boleh dikecualikan daripada ditutup di bulan Ramadhan.



Semoga kita dapat mengambil pengajaran di atas kisah yang dipaparkan dan jadilah ibu bapa yang terbaik, dapat mendidik anak-anak hidup dengan sunnah Rasulullah dan berpandukan Al Quran. Semoga peristiwa di atas tidak terjadi lagi bulan Ramadhan yang akan datang. Insya Allah.

Jom Beli Tudung Online (",)

BICARA INSPIRASIHANA

ARTIKEL-ARTIKEL INSPIRASIHANA

Kaunter Pengunjung

PENGUNJUNG INSPIRASIHANA