JOm JOin Butik INspirasihana

PENYUSUAN UMMI

Lilypie Breastfeeding tickers

ULANGTAHUN PERKAHWINAN

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

INSYIRAHKU SAYANG

Lilypie First Birthday tickers

NAJWANKU SAYANG

Lilypie Third Birthday tickers

JANGAN TINGGAL SOLAT

JANGAN TINGGAL SOLAT

JOM TUTUP AURAT

JOM TUTUP AURAT

Islamic Clock

Islamic Calendar

About Me

My Photo
INSPIRASIHANA
Ipoh, Perak, Malaysia
KAMI MENJUAL TUDUNG DAN KERONGSANG SECARA ONLLINE..DAPATKAN HANYA YANG TERBAIK DI BUTIK INSPIRASIHANA
View my complete profile

Inspirasi Wanita

Sunday, November 30, 2008

PostHeaderIcon Lahirnya Putera Sulung pada 24 November 2008....satu kurniaan terbesar nikmat dari Ilahi...





Alhamdulillah......pada 24 November 2008 yang lalu, tepat pukul 8.06 malam di Pusat Rawatan Islam Ar Ridhuan, Ipoh....saya telah selamat melahirkan cahaya mata pertama...seorang putera yang dinanti-nantikan selama ini....Walau pun, lebih cepat 2 minggu daripada tarikh yang dijangkakan...alhamdulillah, anak saya sihat dan montel...hehe...(",)..sekarang saya masih lagi dalam tempoh berpantang..dan hari berganti begitu cepat...saya dan anak semakin sihat.....


saya bersyukur kerana mempunyai seorang suami yang sangat prihatin di saat2 saya melahirkan anak kami...kesakitan yang dirasai saya...dapat dirasai bersama..mungkin disebabkan itu, kasih sayang kami makin bertambah...tambahan pula pada 30 November 2008 yang lalu....usia perkahwinan kami telah genap setahun.....saya telah menghadiahkan cahaya mata kami Muhammad Zakir Najwan bin Mohd Nabil Majdi sebagai hadiah yang tidak ada tolok bandingnya....saya juga tidak meminta apa2 hadiah....pengorbanan suami selama menjaga saya ketika saya berpantang...telah membuatkan hati saya cukup terharu...hari-hari basuh lampin..bukan dengan mesin...dengan tangan...sebab kain baby ni kena jaga kebersihannya betul2.....


Saya juga merasa sungguh terharu dengan layanan keluarga saya, keluarga mertua dan adik2 ipar yang sangat ringan tulang membantu saya semasa sakit berpantang....terutamanya bapa mertua, ibu mertua saya yang menjaga saya seperti anak sendiri.....k.teh dan kakak..hehe...terima kasih sangat..Insya Allah...semoga dipermudahkan semua urusan kalian kelak....(",)...begitu juga ibu bapa saya dan adik2 saya yang selalu telefon bertanya khabar.....


Melahirkan anak...banyak menginsafkan saya.....kesakitan bersalin sangat sakit...dan sukar digambarkan...sebab itu Allah menjanjikan ganjaran pahala kepada hamba2nya yang bersabar dan bersyukur.......Di saat itu...saya teringatkan ibu saya yang telah melahirkan dan menjaga saya hingga dewasa.....dan pengorbanan ibu saya.....teringat pula saya kepada anak2 sekarang yang sanggup meninggalkan ibu bapa mereka di rumah orang2 tua2.....Nau'zubillah....semoga perkara ini tidak terjadi kepada kita semua..Insya Allah.....


Selain daripada itu saya terfikirkan anak2 remaja sekarang yang nampak senang bersalin dan sanggup membuang anak di merata-rata tempat....Apalah salah anak kecil yang tidak berdosa.....Alhamdulillah...perjuangan melahirkan anak pertama telah selesai...kesakitan bersalin yang dirasai sehingga kini terasa hilang setiap kali melihat wajah comel anak kita menyusukannya......Alhamdulillah...setinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi ke atas kurniannya....Kini didikan anak pula harus diberikan keutamaan di dalam melayari dunia yang penuh ujian dan pancaroba ini......Subhanallah......Alhamdullillah...Allahu Akhbar.....
Wednesday, November 19, 2008

PostHeaderIcon KELEBIHAN WANITA DI DALAM ISLAM DAN TANGGUNGJAWAB LELAKI

LELAKI.....

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala....dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.


BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dans ekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, Manakala wanita tidak, wanita hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik.... pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.

BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki..... lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.......Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu.....


WANITA ...

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin darisuaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki...




Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadimilik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.


Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).


Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yang disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.


Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. Supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..



"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.

(Ali-Imran:103)



Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan.Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri,walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

Renung-renungkan...Selamat Beramal ...(",)

Thursday, November 13, 2008

PostHeaderIcon BERDEBAR MENANTI CAHAYA PERMATA HATI (",)

Assalamualaikum semua....

Hari berganti hari.....erm...

hari ni kandungan saya dah masuk 36 minggu 5 hari, ini bermaksud lagi 25 hari permata hati kami akan keluar melihat alam fana yang penuh pancaroba ini...Doaku semoga anak yang bakal dilahirkan nanti berjaya berjuang di dunia yang penuh pancaroba ini berbekalkan ilmu, iman dan taqwa...insya Allah..


Debaran semakin ketara dari hari ke hari, maklumlah belum mempunyai pengalaman melahirkan anak, pelbagai cerita dan pengalaman kawan2 yang telah dikongsi bersama, namun doaku semoga saya selamat melahirkan anak ini dengan mudah...Insya Allah...


Saya rasa ibu-ibu di luar sana atau pun bakal ibu pasti merasa pengalaman yang sama, apabila kandungan telah mencecah 36 minggu lebih, debaran menjadi semakin ketara, doa dan solat tak putus2 memohon pertolongan Allah agar dimudahkan segala urusan, erm...bukan itu sahaja, tidur malam sudah tidak nyenyak lagi, betul...itulah pengalaman saya...setiap satu jam pasti terjaga...entahlah..bukannya berfikir apa pun, cuma mungkin anak dalam kandungan ni semakin aktif bergerak...hehe....tak sabar nak dilahirkan dah kot....Dan hampir setiap malam juga saya bermimpi anak dalam kandungan ini telah selamat dilahirkan dengan pelbagai cerita indah...tapi bila buka jer mata...takde lagi...ooohhh bermimpi rupanya......


Bagi sahabat2 diluar sana yang sudi berkongsi pengalaman dengan saya melahirkan anak sulung, sudilah kiranya berkongsi ilmu....debaran tetap ada.....itu yang pasti.....Semoga Allah memudahkan segala urusan...Insya Allah....sahabat2 doakan ye...(",)
Sunday, November 2, 2008

PostHeaderIcon SEKITAR MAJLIS PERKAHWINAN ADIKKU..ANGAH..(",)




Alhamdulillah...pada 25 Oktober 2008 yang lalu...Majlis perkahwinan adik saya, Firdaus telah selamat dilangsungkan dengan baik dan lancar....sambutan di sebelah adik ipar saya (Hana Ulya) berlangsung di Semanggol, Perak...dengan berkonsepkan wanra putih + cream + gold...


Manakala majlis di sebelah adik saya pula diadakan di rumah ibu bapa saya di Pulau Pinang pada 26 Oktober 2008 yang lalu dengan tema merun silver..Walau pun kedua-dua majlis berlangsung dengan sederhana...tetapi sambutannya agak meriah...almaklumlah gambar2 kahwin adik saya nampak menarik sangat dari kamera Jurufoto muda (Saupix Ahmad)...cheewahh...siap promote lagi kat sini...boleh la bagi akak komisen nanti yer saufix..hehe...


Didoakan, angah dapat mengemudikan bahtera rumahtangga dengan baik di samping membimbing isteri dan keluarga dengan penuh hikmah, iman dan taqwa....semoga terus istiqamah di lapangan dakwah...dalam menacari redhoNya....Selamat Pengantin Baru ...dan banyak2lah merujuk kepada yang lebih berpangalaman dalam2 hal rumahtangga....buat adik ipar saya...Hana Ulya....semoga menjadi isteri yang solehah dan selalulah nasihat menasihati antara satu sama lain agar sebuah rumahtangga dapat dibina dengan tulus ikhlas dan penuh kepercayaan...


PERKAHWINAN ADALAH SUATU DESTINASI YANG PANJANG DALAM MENUJU REDHONYA...INSYA ALLAH...doakan akak dan yob yang nak jadi umi dan abi ni yer....(",) Jaga diri hiasi peribadi....
Thursday, October 9, 2008

PostHeaderIcon SUASANA BERHARI RAYA DI SEBELAH KELUARGA INSPIRASI HANA (",)



















Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh...


Alhamdulillah....saya masih lagi berkesempatan menulis pengalaman saya berhari raya untuk dikongsi dengan semua...kali ini saya akan menceritakan pengalaman berhari raya di kampung sebelah Opah saya dan rumah ibu bapa saya pula...



Pada petang hari raya kedua, setelah selesai menziarahi bapa saudara di sebelah suami di Jeliang,Perak, kami bertolak ke kampung Opah sebelah ayah saya di Felcra Seberang Perak...kebetulan ayah saya juga orang Perak, jadi perjalanan dari Jeliang, Kuala Kangsar ke rumah Opah di Seberang Perak tidak mengambil masa yang lama.



Pada mulanya, kami bercadang utk pulang ke rumah ibu saya di Pulau Pinang, tapi memandangkan ibu saya menelefon dan memberitahu bahawa semua sanak saudara berkumpul di rumah opah di Seberang Perak untuk mengadakan BBQ pada malam tersebut, jadi kami pun bertolak ke rumah Opah dan dalam perjalanan ke rumah opah, kami singgah menziarahi rumah ibu saudara saya di Kg Gajah kira-kira pukul 4.45 petang. Di rumah ibu saudara saya, keluarga saya dari Pulau Pinang juga kebetulan berada di Kg Gajah.



Ermmm, setelah menikmati laksa yang dihidangkan oleh ibu saudara saya, saya dan suami serta keluarga saya bertolak ke rumah opah. Setibanya di rumah Opah, kelihatan ramai sanak saudara telah berkumpul dan sibuk menyediakan sate dan burger untuk dibakar dan dimasak BBQ pada malam tersebut.


Seronok sangat bila ramai berkumpul macam ni....kami semua bermalam di rumah opah pada malam tersebut. BBQ bermula selepas Maghrib, suami,adik2 dan sanak saudara yang lain sibuk menyediakan BBQ. Semasa BBQ sedang diadakan, ada juga saudara mara yang lain datang menziarahi ke rumah Opah...Di atas artikel ini, saya sempat merakamkan beberapa gambar BBQ dan suasana berhari raya di rumah Opah di Perak dan di rumah keluarga saya di Pulau Pinang untuk dikongsikan bersama.


Alhamdulillah, BBQ dapat diadakan dengan jayanya..hehe...harap2 ada lagi tahun depan..(",) Pada keesokkan paginya, saya dan suami, keluarga saya bersama 3 lagi kereta berkonvoi menziarahi ke rumah sanak saudara di sebelah ayah saya pula, dan selepas menunaikan solat Jumaat, serta makan tengahari di rumah Opah, saya dan suami serta keluarga saya bertolak ke Pulau Pinang, dan kami tiba ke rumah keluarga saya kira-kira pukul 9.30 malam. Hari raya yang agak meletihkan tetapi sangat menyeronokkan....Alhamdulillah...


Erm, pada hari raya keempat pula, kami sekeluarga menziarahi nenek serta sanak saudara ibu saya di sekitar Pulau Pinang pula. Pada tahun ini, sambutan hari raya yang paling banyak berjalan dan menziarahi sanak saudara di kedua-dua beleh keluarga...Alhamdulillah dengan saling ziarah menziarahi, kita dapat mengeratkan silaturrahim sesama insan dan lebih saling mengenali setelah lama tak berjumpa...


Pada hari raya kelima, iaitu pada hari Ahad, saya dan suami bertolak pulang ke Ipoh pada awal pagi, begitu juga dengan adik2 saya yang akan pulang ke Kuala Lumpur, kami telah bertolak ke destinasi masing2 kira-kira pukul 10.40 pagi kerana bimbang jem teruk di highway....


Ermm...seperti yang diramalkan, jem teruk jugak dari Highway Changkat Jering ke selatan, seterusnya kami semua mengambil jalan lama iaitu jalan alternatif selain highway untuk sampai ke destinasi masing-masing. Alhamdulillah, perjalanan berjalan lancar dan kami tiba ke destinasi masing-masing dengan selamat.


Inilah pengalaman pertama saya beraya bersama suami. Semoga dapat dikongsikan dengan semua...Sekarang kami bersedia untuk menerima tetamu untuk datang beraya ke rumah kami di Taman Kledang, Mengelembu Perak....kepada sanak saudara dan kawan2...jemputlah datang ke rumah...banyak lagi kuih raya...call dulu yer...Jumpa lagi (",)

PostHeaderIcon SUASANA DI HARI RAYA 2008 DI SEBELAH KELUARGA SUAMI









Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh...
Alhamdulillah...Syawal telah selamat disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan dan semoga kita diketemukan lagi dengan Ramadhan yang akan datang...Insya Allah.
Maka beruntunglah orang-orang yang mengejar pahala dan berlumba-lumba menambah amalan di bulan Ramadhan dan sesungguhnya rugilah orang-orang yang meninggalkan Ramadhan dengan dipenuhi maksiat dan kemungkaran kepada Allah...kita doakan semoga mereka berubah...ameen.

Di kesempatan yang ada ini, saya ingin berkongsi pengalaman pertama saya berhari raya sebagai seorang isteri dan pertama kali berhari raya dengan keluarga mertua...


Berhari Raya di sebelah keluarga suami :_
Kami telah meluangkan masa sehari sebelum menyambut Eidulfitri di rumah bapa dan ibu mertua saya di Chemor...dan dapatlah kami semua berbuka puasa pada petang tersebut...Seronok menyambut raya di rumah mertua kerana dikelilingi adik2 ipar yang ramai..seramai 10 orang...cuma seorang lagi masih lagi menghabiskan pengajian di Indonesia di dalam bidang perubatan...


Semasa kami sampai ke rumah mertua kira-kira pukul 1.00 petang, kami dapati mertua telah siap memasak rendang...hehe..jadi kami pun belikanlah lemang untuk dinikmati bersama....Pada sebelah petangnya pula, saya dan adik2 ipar perempuan yang lain menolong mertua menyiapkan sup daging pula...(",)


Alhamdulillah, pada malam Syawal tersebut, kami semua bersolat Isyak berjamaah bersama dan laungan takbir diperdengarkan oleh seorang adik ipar saya yang dulunya belajar di Darul Quran dengan sambuatan takbir raya dari semua...



Pada keesokan paginya...1 Syawal 1429, selepas Subuh kira-kira pukul 7.10 pagi, kami semua telah berkonvoi ke rumah Opah (ibu kepada mak mertua) di Parit. Menurut suami, kebiasaanya, semua ahli keluarga akan berkumpul di rumah opah di Parit untuk sarapan bersama dan bersolat Eidulfitri di masjid berhampiran rumah opah....Erm, di dalam perjalanan, saya dan suami sempat menelefon ibu dan adik2 saya untuk mengucapkan selamat hari raya,maaf zahir dan batin...Sebenarnya, sayu juga pertama kali tidak beraya dengan keluarga sendiri, tapi takpe..keluarga mertua pun dah jadi keluarga saya juga...hehe (",)Alhamdulillah kami semua selamat sampai dan menunaikan solat Eidulfitri di masjid berhampiran....


Selepas selesai menunaikan solat Eidulfitri, semua saudara mara berkumpul dan kami berkonvoi sebanyak 5 kenderaan untuk menziarahi sanak saudara yang lain...Saya dan suami meluangkan masa sampai petang hari raya kedua di rumah mertua dan sanak saudara sebelah suami....


Di atas artikel ini saya sertakan gambar2 yang sempat dirakam semasa berhari raya di sebelah keluarga suami untuk dikongsi bersama...Ok...artikel seterusnya saya akan menceritakan suasana berhari raya di sebelah keluarga saya pula..Kepada semua..Selamt meneruskan puasa enam di bulan Syawal yang mulia ini...sehingga berjumpa lagi...insya Allah...anda pula macam mana bagi yang pertama kali beraya sebagai isteri atau suami di rumah mertua???Tentu banyak pengalaman menarik yang boleh dikongsikan...(",)
Sunday, September 28, 2008

PostHeaderIcon SEMOGA RAMADHAN DATANG LAGI...SYAWAL KIAN MENJELMA...


Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh....


Selamat menyambut ketibaan Syawal tidak lama lagi..malam ni dah masuk malam ke 30 Ramadhan...kepada semua umat Islam...rebutlah peluang yang ada di bulan Ramadhan ini..tingkatkan amalan sebelum Ramadhan meninggalkan kita..Insya Allah...


Erm..sehingga semalam...hari ke 28 Ramadhan...saya masih lagi bertemu dengan orang Melayu yang tidak berpuasa...membeli makanan di kedai mamak...yang peliknya..kebanyakan mereka ini telah pun menjangkau usia antara 40-50 tahun lebih...tetapi masih lagi liat untuk berpuasa...saya tak pasti macam mana dia menjadi ketua keluarga dan membimbing keluarganya kalau diri sendiri tidak terjaga...saya berdoa agar mereka ini cepat sedar dan mendapat hidayah dari Allah....



Alhamdulillah...kita masih lagi tergolong di kalangan hambanya yang diberikan kekuatan dan keteguhan iman...erm..pejam celik..pejam celik...terasa begitu cepat Ramadhan meninggalkan kita...semoga kita diberikan peluang bertemu lagi Ramadhan yang akan datang...Insya Allah...




Syawal pula kian menjelma dalam sehari dua lagi...tahun ini saya meraikan Syawal untuk kali pertama bersama suami tercinta setelah hampir setahun bergelar isteri..Alhamdulillah...saya dapat melalui Ramadhan dengan baik dalam keadaan kandungan berusia 7 bulan 2 minggu....dapatlah juga saya memasak sendiri hidangan berbuka puasa dan sahur...rasa seronok memasak dengan air tangan sendiri...kalau beli di Bazar Ramadhan, mahal dan tak kena sangat dengan selera...tapi kalau tak sempat...boleh juga sekali sekala mencuba...



Syawal pada kali ini..sangat berlainan.....dulu sebelum jadi isteri orang.. saya dan maklah yang akan keluar shopping baju raya untuk keluarga....mak yang mengingatkan itu dan ini...tetapi berlainan pada kali ini, di mana saya dan suami perlu merancang perbelanjaan harian untuk menyediakan persiapan Syawal dan membeli ole2 untuk kedua-dua ibu bapa dan juga mertua...erm..duit raya juga perlu disediakan untuk anak-anak buah yang ramai...di samping memasak rendang dan juadah syawal sendiri...hehe...dan tahun ini juga saya akan menyambuat hari raya pertama tanpa keluaga tersayang..tentu sedihkan???



Erm...tak pe....dah jadi isteri orang..kenalah berkorban sikit....saya akan berada di rumah mertua pada malam raya dan hari raya pertama.....insya Allah raya kedua baru dapat bertemua keluarga saya pulak...hehe..(",)



Kepada semua sahabat handai dan saudara mara...SELAMAT MENYAMBUT SYAWAL YANG AKAN MENJELMA TIDAK LAMA LAGI, AMPUN DAN MAAF DI ATAS SEGALA KESILAPAN YANG DISEDARI ATAU TANPA DISEDARI.....

BERHATI-HATI DI JALAN RAYA DAN SAMBUTLAH SYAWAL DENGAN PENUH KESYUKURAN KEPADA ALLAH....(",) JEMPUTLAH DATANG KE RUMAH.....

Sunday, September 14, 2008

PostHeaderIcon PERISTIWA BULAN RAMADHAN YANG LALU...


Alhamdulillah...seluruh umat Islam telah melalui FASA PERTAMA, FASA KEDUA dan sekarang kita sedang melalui FASA KETIGA RAMADHAN ....di mana di dalamnya ada satu malam yang dinamakan Lailatul Qadar.....


Erm..adakah kita telah bersedia untuk itu???Marilah kita bersama-sama merebut peluang yang hanya sekali ini...Carilah antara malam 10 yang terakhir ini....Di dalam kesibukan kita mempersiapkan persiapan Eidulfitri...dalam pada itu juga Ramadhan makin meninggalkan kita....


Bila sebut bulan Ramadhan ni...saya masih lagi teringat peristiwa-peristiwa yang tidak dapat dilupakan pada Ramadhan-Ramadhan yang lepas...Saya masih ingat lagi, masa tu saya "chambering kat KL"...(Praktikal)..masa tu on the way dari Magistrate Court ke Industrial Court....saya melalui kedai-kedai mamak berhampiran, jam menunjukkan pukul 10.30 pagi...saya terpandangkan kelibat manusia sedang minum air teh tarik dengan roti canai...memang tak salah kalau orang yang dimaksudkan berbangsa lain, tetapi setelah saya perhatikan betul-betul, rupanya orang melayu kita....Sedih sangat rasa hati bila umat Islam sendiri tak dapat menghayati kelebihan Ramadhan dan dengan tanpa rasa malu makan dan minum di khalayak ramai...


Peristiwa kedua pulak..masa tu nak pergi keja..awal pagi lagi dalam kul 8.00 pagi.saya lalu kat depan kedai mamak gak..masa tu drive nak pegi mahkamah kat penang...saya nampak ada dua orang melayu beli lauk pauk kat kedai mamak...pas tu mamak tu bagi plastik hitam...org melayu tu pun macam takut2 je bawak makanan tu ke motor dia...erm...kenapa takut dengan manusia kalau tak takut dengan Allah??? Entahlah..rugi sangat umat Islam ni kalau tak merebut ganjaran di bulan yang mulia ini...dan saya berdoa semoga saya tak jumpa lagi oarang2 melayu yang tak berpuasa pada masa2 akan datang...sedih sangat tengok sikap mereka...
Dek kerana dua kisah yang di atas ni..saya sarankan JAKIM menguatkuasakan undang-undang dengan lebih tegas lagi dan memastikan kedai mamak juga ditutup di bulan Ramadhan yang mulia ini...Insya Allah...


Sehubungan dengan itu sahabat semua...mari kita merebut 10 malam terakhir di bulan yang mulia ini...semoga kita bertemu dengan Lailatul Qadar...di mana satu malam yang memberikan ganjaran dan pahala yang lebih baik dari 1000 malam...semoga kita tergolong di kalangan hamba2nya yang soleh, diberikan rahmat dan diterima segala amalan....dan semoga kita juga berpeluang merebut LAILATUL QADAR ini..insya Allah....DOAKAN KITA BERTEMU LAGI BULAN RAMADHAN pada tahun hadapan...insya Allah...(",)
Monday, September 1, 2008

PostHeaderIcon RAMADHAN PERTAMA SEBAGAI ISTERI



Assalamualaikum warahmatullah.......


Setelah hampir setengah bulan tidak menulis artikel. Saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman bersama pembaca dan sahabat-sahabat semua...Alhamdulillah, Allah panjangkan umur kita untuk menikmati bulan Ramadhan pada tahun ini....Ramadhan yang pernuh rahmat dan bulan keampunan untuk semua hambaNya..marilah kita berlumba-lumba merebut peluang setahun hanya sekali ini dengan penuh bersungguh-sungguh..semoga doa-doa kita termakbul dan ibadah kita diterima Allah...


Alhamdulillah...tahun ini merupakan tahun pertama saya menyambut bulan Ramadhan bersama suami setelah hampir 9 bulan bergelar isteri. Berbanding Ramadhan tahun-tahun sebelum ini, saya tidak terikat tanggungjawab sebagai isteri, jadi tahun ini di samping mengejar pahala di bulan Ramadhan, tanggungjawab saya bertambah dari hari ke hari....sebagai seorang isteri dan bakal seorang ibu.


Saya berdoa kepada Allah agar saya dapat menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dengan baik, menyediakan sahur dan berbuka dengan sempurna walau pun seharian penat berkerja, saya juga berdoa agar kandungan 7 bulan saya sentiasa sihat di bulan Ramadhan ini agar saya dapat menjalani ibadah puasa dengan baik.Insya Allah...



Berbanding hari-hari biasa, saya selalu rasa lapar kalau tak makan, tapi Alhamdulillah, saya rasa ibu-ibu di luar sana juga mempunyai pengalaman yang sama iaitu tidak merasa lapar di bulan Ramadhan walau pun sedang mengandung, sungguh saya mengagungkan rahmat Ilahi, hanya dengan niat kita berpuasa dan menjalani ibadah puasa dengan baik, insya Allah, puasa langsung tidak memudharatkan kita, malah memberikan kesihatan yang baik kepada kita semua....


Erm..kalau masa bujang dulu, mak saya yang bangun paling awal menyediakan sahur dan saya bangun untuk membantu serba sedikit, tetapi berlainan pada tahun ini, di mana saya perlu bangun seawal mungkin untuk menyediakan sahur bagi memastikan kami dapat bersahur , ada kelapangan, insya Allah dapatlah berqiyamulail.....mula-mula rasa letih, tapi Alhamdulillah, bila kita dah buat selalu, tidak mendatangkan sebarang masalah pada kita....


Seterusnya, nasihat saya kepada suami isteri di luar sana, rebutlah peluang di bulan Ramadhan ini, bantulah isteri anda di sepanjang Ramadhan ini agar susah senang dapat dirasai bersama..Insya Allah....di kesempatan ini juga saya memohon maaf kepada semua jika ada silap dan salah selama ini, semoga Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang penuh makna buat kita, berlumba-lumbalah menambah amal ibadah di bulan yang mulia ini..semoga segala amalan kita diterima Allah...Insya Allah... (",)

Wednesday, August 13, 2008

PostHeaderIcon USRAH DI RUMAH (",)

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh...


Lamanya rasa tak menulis...rasanya inilah artikel pertama dalam bulan Ogos. Almaklumlah bulan ni bulan yang paling sibuk di pejabat dan di rumah. Di pejabat ...banyak kerja-kerja yang perlu diselesaikan seelum cuti seminggu pada minggu depan tambahan pula hampir setiap hari outstation ke daerah-daerah sekitar perak untuk mesyuarat dan aktiviti jabatan. Namun begitu alhamdulillah, saya masih berpeluang membahagikan masa dengan urusan rumah dengan tanggungjawab sebagai seorang isteri...erm..kat rumah pun sibuk juga, saya dan suami sibuk mengemaskan barang-barang untuk berpindah ke rumah baru pada minggu hadapan. Alhamdulillah, hampir selesai aktiviti kemas-mengemas ni...(",)


Pada hari Selasa yang lepas, suami saya dan exco-exco ABIM mengadakan usrah di rumah yang kami tinggal sekarang....ramai juga yang datang, hampir 13 orang datang bersolat jamaah Mahgrib dan Isyak serta meneruskan usrah dengan tafsir Al-Quran dan beberapa pengisian yang lain....Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik. Walaupun usrah tersebut diadakan pada hari bekerja, balik petang dah penat, namun kehadiran tetamu menghilangkan rasa penat tambahan pula, suami, ibu mertua dan bapa mertua banyak membantu...(",) Banyak juga makanan yang dihidangkan untuk tetamu yang datang...


Bagi semua wanita di luar sana, semoga kita cekal hati, berjiwa besar dan tabah dalam menguruskan rumahtangga, walau pun penat dan letih namun tanggungjawab kita sebagai seorang isteri dan ibu perlu diutamakan dan buatlah sesuatu dengan hati yang redho dan ikhlas, semoga diberkati Allah. Erm..... kepada para suami pula, jangan lupa menolong isteri anda di rumah, kerja-kerja rumah biarlah dilakukan bersama agar mudah tugasan isteri di samping dapat berkongsi rasa penat dan letih bersama, baru harmoni rumahtangga..Insya Allah....(",)

Jom Beli Tudung Online (",)

BICARA INSPIRASIHANA

ARTIKEL-ARTIKEL INSPIRASIHANA

Kaunter Pengunjung

PENGUNJUNG INSPIRASIHANA