JOm JOin Butik INspirasihana

PENYUSUAN UMMI

Lilypie Breastfeeding tickers

ULANGTAHUN PERKAHWINAN

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

INSYIRAHKU SAYANG

Lilypie First Birthday tickers

NAJWANKU SAYANG

Lilypie Third Birthday tickers

JANGAN TINGGAL SOLAT

JANGAN TINGGAL SOLAT

JOM TUTUP AURAT

JOM TUTUP AURAT

Islamic Clock

Islamic Calendar

About Me

My Photo
INSPIRASIHANA
Ipoh, Perak, Malaysia
KAMI MENJUAL TUDUNG DAN KERONGSANG SECARA ONLLINE..DAPATKAN HANYA YANG TERBAIK DI BUTIK INSPIRASIHANA
View my complete profile

Inspirasi Wanita

Search

Loading...
Thursday, May 21, 2009

PostHeaderIcon SELAMAT HARI GURU (",)




Assalamualaikum

16 Mei 2009 yang lalu adalah hari guru yang disambut setiap tahun. Rasanya masih tidak terlewat untuk saya mengucapkan SELAMAT HARI GURU KHUSUSNYA UNTUK SUAMI TERCINTA (USTAZ NABIL MAJDI)....seorang guru Bahasa Arab yang gigih mendidik anak muridnya. Pelbagai cerita didengari saya hampir setiap hari berkenaan kaletah murid-muridnya...sungguh mencuit hati. Di sekeliling saya dipenuhi dengan pendidik-pendidik anak bangsa. Selamat Hari Guru juga buat ibu mertua (Puan Farihah) seorang ustazah di Sekolah Kebangsaan Tasik Damai, bapa mertua saya (Ustaz Arip) seorang Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Azlan Shah, adik ipar saya (Puan Hana Ulya) yang juga merupakan ustazah di sebuah sekolah di Kemunting dan semua ibu saudara serta bapa saudara yang bergelar guru. Tak lupa juga semua guru-guru dan pensyarah yang pernah mengajar saya. Jasa kalian sukar dibalasi dan insya Allah akan selalu diingati selamanya.



Saya ingin menyentuh sedikit peribadi anak muda pada hari ini. Janganlah disalahkan institusi pendidikan yang gagal membentuk anak-anak pada hari ini. Sebuah institusi keluarga yang berjaya adalah sebuah institusi keluarga yang dapat melahirkan masyarakat yang baik budi pekertinya dengan didikan yang sempurna dari rumah. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah dari rebungnya." Sempena hari guru ini, saya terdetik untuk menegur sikap ibu bapa yang sering menyalahkan guru-guru di sekolah apabila anak-anak mereka mempunyai masalah sikap dan pelajaran. Bukankah tanggungjawab mendidik ini adalah tanggungjawab bersama.? Marilah kita renungkan.



Kalau Ibu bapa dulu sanggup memberikan kebebasan kepada guru-guru untuk menghukum anak-anak yang melakukan kesalahan. Tapi tidak pada hari ini, kena marah sikit, ibu bapa mulalah nak saman-menyaman pula. Apakah nilai pendidikan pada hari ini apabila terlalu memanjakan anak hingga membelakangkan perkara yang sebenar? Adakah cukup pendidikan kita kepada anak-anak? Saya tidak menyalahkan ibu bapa sahaja, semua pihak wajib memikul tanggungjawab mendidik anak bangsa. Contohnya, jika kita lihat anak jiran kita sedang membuat maksiat di depan mata, kita wajib menegur seperti anak sendiri. Jangan pula ibu bapa remaja tersebut pula menyokongnya dan memarahi jiran yang menegur tadi.



Pendidikan anak-anak sebenarnya lahir dari rumah. Bapa adalah ketua keluarga yang membentuk keluarga. Manakala ibu pula melaksanakan pendidikan yang dibentuk bapa ke atas anak-anak. Perkara ini adalah secebis ulasan yang saya petik dari buku CINTA DI RUMAH -HASSAN AL BANNA. Jadi , tugas mendidik anak bangsa bukan sahaja di atas bahu guru atau pendidik tetapi semua pihak di dalam sebuah masyarakat. Semoga kita dapat mendidik anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah. http://hannakids.blogspot.com
Tuesday, May 5, 2009

PostHeaderIcon KENAPA SANGGUP MENINGGALKAN IBU DI RUMAH ORANG-ORANG TUA




Hari Ibu. Sebenarnya hari-hari adalah hari ibu. Manakan tidak, ibulah yang mngandungkan kita sehingga 9 bulan. Ibulah yang melahirkan kita, ibulah yang menyusukan kita, ibulah yang menyuapkan makanan semasa kita kecil dan ibu adalah segala-galanya untuk kita. Tanpa ibu siapalah kita. Tanpa ibu, tidaklah kita lahir ke dunia. Semasa menulis artikel ini saya terus teringatkan ibu saya dan ibu mertua saya. Bagi saya, ibu saya adalah segalanya bagi saya. Ibu mertua juga sama seperti ibu yang menyayangi saya seperti anak sendiri. Terima kasih Ibu, jasamu pasti tidak terbalas dan saya berjanji, selagi saya masih hidup walau pun saya telah menjadi seorang ibu kepada sorang anak comel yang baru berusia 6 bulan (jemput lawati ke http://hannakids.blogspot.com/) pasti saya akan menjaga ibu dan mertua saya. Insya Allah semoga Allah terus memberikan kekuatan kepada saya dan suami.




Tika ini, saya sungguh pelik dan hairan. Bagai mana seorang anak sanggup meninggalkan ibu atau bapa mereka di rumah orang-orang tua? Apa, sudah letihkah kita menjaga mereka? Sudah cukupkah kita membalas jasa mereka? Sudah terbalaskah segala budi baik mereka? Sudah cukupkah pahala kita untuk bekalan di hari kemudian nanti? Apakah kita sudah tidak punya rasa belas kasihan? Sudah hilangkah kasih sayang seorang anak? Semua persoalan ini sering bermain di benak fikiran saya. sungguh saya tidak mengerti kenapa anak-anak ini tidak sanggup menjaga ibu mereka. Betullah seperti kata-kata pujangga. Seorang ibu sanggup membesarkan 10 orang anak, tetapi 10 orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu.




Setiap kali ditatapi raut-raut wajah tua di rumah Seri kenangan, pasti berderai air mata saya. Setiap kali bertanyakan kepada mereka mengenai kisah hidup mereka dan ke mana anak-anak mereka, pasti juga berderai air mata mereka begitu juga saya. Kesedihan dan kekecewaan di hati mereka sukar digambarkan. Kebanyakan anak-anak yang berharta dan punya duit ringgit sanggup meninggalkan ibu bapa mereka di rumah-rumah orang tua itu. Menurut mereka, anak-anak terlalu sibuk berkerja, tidak punya waktu untuk melihat dan menjaga mereka.




Sungguh sedih sekali. Anak-anak...tidakkah kalian ingat, ketika ibumu hanya punya tanah sekangkang kera di kampung, dan hanya tanah itu sahaja yang diusahakan ibu untuk menjaga dan membesarkan anak-anak yang lain sehingga sanggup bergolok gadai demi melihat anak-anak berjaya melangkah ke menara gading. Setelah berkerja dan punya duit ringgit yang banyak, inikah balasannya?? Ibu yang tua, uzur dan miskin telah tidak dipandang lagi???? Ketika ini air mataku terus berderai memikirkan ibu-ibu itu. Sungguh kejam perbuatan mereka.




Anak-anak...ingatlah...bukannya mudah mengandungkanmu selama 9 bulan...Setelah dilahirkan pula, ibu bersengkang mata siang dan malam menjagamu. Pelbagai jerit perih dilalui demi membesarkan anak. Berkorban harta dan nyawa. Ingatlah wahai anak, bukan ibu minta dibalasi jasa-jasa mereka, malah bukanlah meminta diberi wang ringgit semata. Tetapi hargailah ibu-ibu itu. Sayangilah mereka sepertimana mereka menyayangimu semasa kecil.



Marilah kita berdoa semoga anak-anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah yang bisa membantu dan menyelamatkan kita dari api neraka. Yang sentiasa mendoakan kita di dunia dan akhirat, dan yang paling penting semoga anak-anak kita menjadi insan yang bertqwa.



Anak-anak yang telah menghantar ibu-ibu di rumah Seri Kenangan. Masa ini masih belum lagi terlewat untukmu menjaga ibumu. Biarlah mereka merasai setiap Ramadhan dan Syawal bersama-sama anak-anak tercinta. Janganlah tunggu hingga ibumu telah tiada...



Tetapi kalau ibu sudah tiada..........IBUUUUU.........RINDU IBU............ RINDU SANGAT.... Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya.... berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya..... berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya..... berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya....... berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya.... berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya..... dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......


RENUNGKANLAH BERSAMA...SEMOGA KITA JUGA MENJADI ANAK YANG SOLEH DAN SOLEHAH..SAYANGILAH DAN HARGAILAH IBU...(",)

Jom Beli Tudung Online (",)

BICARA INSPIRASIHANA

ARTIKEL-ARTIKEL INSPIRASIHANA

Kaunter Pengunjung

PENGUNJUNG INSPIRASIHANA