JOm JOin Butik INspirasihana

PENYUSUAN UMMI

Lilypie Breastfeeding tickers

ULANGTAHUN PERKAHWINAN

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

INSYIRAHKU SAYANG

Lilypie First Birthday tickers

NAJWANKU SAYANG

Lilypie Third Birthday tickers

JANGAN TINGGAL SOLAT

JANGAN TINGGAL SOLAT

JOM TUTUP AURAT

JOM TUTUP AURAT

Islamic Clock

Islamic Calendar

About Me

My Photo
INSPIRASIHANA
Ipoh, Perak, Malaysia
KAMI MENJUAL TUDUNG DAN KERONGSANG SECARA ONLLINE..DAPATKAN HANYA YANG TERBAIK DI BUTIK INSPIRASIHANA
View my complete profile

Inspirasi Wanita

Search

Loading...
Thursday, August 20, 2009

PostHeaderIcon SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK 1430 HIJRAH




Assalamualaikum warahmatullah...

Ahlan wa Sahlan Ya Marhaban Bil Ramadhan al Mubarak...Ramadhan datang lagi..Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya kita masih dipinjamkan nafas untuk menghirup udara segar di pagi Jumaat ini dan diberi kesempatan untuk bertemu semula Ramadhan yang sentiasa dinanti-nantikan oleh umat Islam di seluruh dunia.



Seperti biasa masjid-masjid yang telah lama ditinggalkan sepi kian meriah dengan aktiviti-aktiviti ibadah di bulan Ramadhan yang mulia ini. Pelbagai program dirancang untuk menghidupkan Ramadhan, antaranya, Musabaqah Al Quran, Solat Sunat Terawikh, Beriktikaf, Majlis berbuka puasa dan Qiyamulail.



Tahun ini berlainan dengan tahun-tahun yang lepas kerana saya akan menyambut Ramadhan sebagai seorang ibu. Saya merasa sungguh gembira menyambut Ramadhan namun merasa agak berdebar sekiranya tidak dapat meningkatkan prestasi ibadah pada tahun ini. Si manja telah mencapai umur 9 bulan dan semakin aktif dari sehari ke sehari, telah mengembara jauh di segenap ruang rumah dan suka bersembang-sembang. Hehe...jadi seperti biasa saya berazam untuk mengikuti suami menunaikan ibadah Terawikh di Masjid. Ermmm...persoalannya sekarang, bagaimana dengan si manja?? Harus ditinggalkan...tiada siapa yang nak jaga. Kalau bawa ke masjid...rasa debar sebab inilah pengalaman pertama, jadi tak tahu apa reaksi si manja apabila sedang menunaikan terawikh nanti....dan adakah saya perlu berterawikh di rumah sahaja...oooohhhh...sungguh rasa agak terkilan jika tidak ke masjid..lain rasanya apabila solat di rumah...(walau pun sunat je wanita ke masjid).Apa pandangan sahabat-sahabat???



Saya juga berdoa agar kita semua diberikan daya kekuatan untuk menambah baik diri dalam meningkatkan prestasi ibadah di bulan yang mulia ini. Ramadhan adalah bulan terbaik untuk kita memuhasabah dan mentarbiyah diri kita...Bagi yang kuat merokok tu....tinggalkanlah untu kesihatan diri dan keluarga anda..bermulalah di bulan Ramadhan. Bagi yang suka buat maksiat tu...insaflah..betulkan diri di bulan yang mulia ini.



Ermmm....seperti tahun-tahun yang lalu juga, kedai-kedai mamak akan beroperasi seperti biasa. Kalau boleh kita semua tak mahu lagi melihat "orang-orang melayu" yang mencuri makan di kedai mamak. Sungguh memalukan. Saya kasihan melihat diri mereka yang tidak dapat mengawal nafsu mereka. Bagaimanalah anak dan siteri di rumah. Bagi "orang-orang Melayu" yang mencuri makan di kedai mamak ni..insaflah. Berpuasalah dengan sepenuh hati. Allah Maha Melihat. Kita juga tidak tahu..adakah Ramadhan ini Ramadhan terakhir buat kita, kita akan dijemput pulang oleh Allah pada bila-bila masa sahaja.



Kepada semua shabat dan pembaca, saya mohon ampun dan maaf sekiranya pernah melakulan kesalahan dan kesilapan. Selamat Menyambut Ramdhan Al Mubarak. Tingkatkan amalan dan ibadah. Semoga diberikan kesihatan yang baik. Insya Allah...

Jom Beli Tudung Online (",)

BICARA INSPIRASIHANA

ARTIKEL-ARTIKEL INSPIRASIHANA

Kaunter Pengunjung

PENGUNJUNG INSPIRASIHANA