JOm JOin Butik INspirasihana

PENYUSUAN UMMI

Lilypie Breastfeeding tickers

ULANGTAHUN PERKAHWINAN

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

INSYIRAHKU SAYANG

Lilypie First Birthday tickers

NAJWANKU SAYANG

Lilypie Third Birthday tickers

JANGAN TINGGAL SOLAT

JANGAN TINGGAL SOLAT

JOM TUTUP AURAT

JOM TUTUP AURAT

Islamic Clock

Islamic Calendar

About Me

My Photo
INSPIRASIHANA
Ipoh, Perak, Malaysia
KAMI MENJUAL TUDUNG DAN KERONGSANG SECARA ONLLINE..DAPATKAN HANYA YANG TERBAIK DI BUTIK INSPIRASIHANA
View my complete profile

Inspirasi Wanita

Wednesday, April 29, 2009

PostHeaderIcon ISU MURTAD KEBIMBANGAN KITA....

Assalamualaikum warahmatullah

Kepada sahabat-sahabat semuslim saya di luar sana. Saya begitu risau dengan perkembangan mutakhir kedudukan agama Islam di negara kita. Kita asyik bercakap soal politik, ekonomi, hiburan dan sukan. bagaimana pula soal akidah anak-anak muda kita dewasa ini. Anak-anak muda islam kita seperti buih-buih di lautan. Muka macam melayu, cakap macam melayu, tapi pakaian bukan macam melayu,...agama??Entahlah, banyak yang melayu, tapi solat tak buat, puasa tinggal, arak minum, hiburan nombor satu. Saya begitu sukar memikirkan masa depan anak-anak kita pada masa akan datang, penuh dengan cabaran dan dugaan. Semoga kita semua, berjaya mendidik anak-anak kita dan menjadi penolong kita di syuga nanti Insya Allah.




Berikut adalah beberapa kes berkenaan isu murtad yang terjadi di Malaysia dan artikel di bawah ini adalah petikan ceramah dari Peguam Islam terkemuka di Malaysia iaitu Encik Zulkifli Noordin. Semoga artikel ini akan menjadi panduan dan pedoman kepada kita agar lebih berwaspada dalam mendidik akidah anak-anak, diri kita, keluarga dan saudara kita yang lain.


Kes ini adalah kes saudara Ibrahim, isterinya Siti Solehah dan anak perempuannya usia 5 bulan mati dipancung kerana tidak mahu kembali kepada agama asalnya, Hindu. Pada malam hari Valentine 14 Februari, pada waktu anak Melayu bertukar tukar bunga di Dataran Merdeka. 3 Saudara kita mati dipancung dalam sebuah kontena demi mempertahankan agama. Peristiwa 13 Mei tercetus apabila seorang budak Melayu dibunuh kerana dia Melayu bukan kerana dia Islam. Dalam sejarah Melayu, tiada lagi orang Melayu dibunuh kerana Islam. Semuanya sebab Melayu. Inilah pertama kali.


Jika kita sorot semula sejarah Islam Yasir, bapa kepada Amar diseret di hadapan. Amar diugut supaya tukar agama. Kalau tidak, bapanya Yasir akan dibunuh. Amar kata,'Allah hu Ahad'.. Terus Yasir kena pancung di padang pasir. Kemudiannya, Sumaiyah ibunya juga disula dari bawah tembus ke jantung. Mampu berkata 'Allah hu Ahad'. Berlari Amar menemui Rasullullah SAW. Dan akhirnya, mengikut sejarah, Amar menjadi seorang mujahid berperang bersama Rasullullah SAW. Itu zaman puak Quraisy kafir laknatullah berkuasa. Rasullullah SAW tiada kuasa lagi pada masa itu.Rasullulah tak boleh buat apa.


Dalam kes kita, bukan sahaja Ibrahim dipancung kepalanya sehingga putus, tak cukup lagi, tangannya juga turut dipotong. Sehinggakan Majlis Agama Islam Selangor terpaksa minta masjid mandikan jenazah saudara-saudara kita yang mati syahid itu. Apalah dosa anak kecil yang berusia 5 bulan itu? Ibrahim dan Siti Solehah bukan calang-calang orang. Ibrahim seorang saintis Pakar Geologi manakala isterinya Siti Solehah, seorang Pakar Botani.



Tanda-tanda syahid jelas pada ketiga mayat tersebut. Walaupun 5 hari dalam peti sejuk darah masih memancut keluar pada ketiga-tiga mayat. Bayi yang berusia 5 bulan masih mengalirkan darah hangat seperti baru mati. Peluhterpercik pada dahi mereka. Mereka dikebumikan di kubur Bukit Kiara.Kalau saudara semua tak mengalirkan air mata melihat kubur mereka bertiga terutama bayi yang berusia 5 bulan itu, mesti ada yang tak kena dengan hati kita.


Hebat mana kita sehingga tak boleh mempertahankan saudara kita sendiri Sedangkan Ibrahim telah melaporkan pada pihak polis dan Majlis agama yang dia diancam untuk dibunuh supaya kembali ke agama asalnya.


Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW berpesan 'Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak'. Sahabat bertanya 'Apakah fitnah besaritu ya Rasullullah? ' 'Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu,pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik.' Sahabat bertanya lagi. 'Mengapa begitu ya Rasullullah? ' Rasullullah SAW menjawab, ?Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia'. Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, 'Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap.'


Mana nampak? Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan. Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak nampak langsung. Gerakan Hindu kita tok sah sebutlah Belum habis cakap, dah ada yang tunggu dengan parang kat luar. Gerakan Yahudi lagilah teruknya. Henry Ford (orang kaya yang buat kereta Ford tu) pernah menulis berkaitan Yahudi tahun 40an atau 30an dulu dalam bukunya 'International Jew' (tak Silap saya).


Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak. Paling nyata, rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu ada saham kepada puak Yahudi. Tak de kilang rokok yang bukan Yahudi punya. Sapa yang hendak berenti merokok, ambil ni sebagai iktibar. Yahudi punya kerja, baru letak bola sebijik, 70 ribu Melayu tak sembahyang kat stadium Shah Alam. Belum kira yang kat rumah lagi.Bab Kristian, lebih terancang, lebih terperinci lagi. Semenjak kalah dalam perang salib terakhir, iaitu dalam pemerintahan King entah apa nama ke 6 yang terakhir.


Sebelum dia mati, dia telah berwasiat dan wasiatnya ada ditulis dengan emas di London . Dia berkata: 'Kepada semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, merekatetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana nak mati. Kita perang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi. Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya keatas orang Islam.' Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah King tu mati, 1492, kerajaan Islam Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang di tangan Kristian. 1511 kerajaan Islam Melaka tumbang, tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Pattani . Tak lama selepas tu, tumbang kerajaan Islam Kedah .


Tak lama lepas tu,tumbang kerajaan Islam Mindanao ..Lepas tu kerajaan Islam Acheh ... semuanya satu demi satu..Macamana benda ni boleh terjadi? Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G. GOSPEL,GOAL, GLORY . Pertama kitab dia, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam. Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque bukan datang ke Tanah Melayu bawa tukang masak sebab nak rempah kari kita. Dia bukan makan kari, di a datang bawa mubaligh Kristian Francis Xavier (kalau saya tak silap eja), sebab nak sebarkan ajaran Kristian. Bagaimana cara dia sebarkan Kristian nih?Orang kita panggil, gerakan halus.Dia panggil semua mubaligh Kristian yang nak datang ke Asia ni. Dia guna kaedah 'garam dan ragi'. Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu. Waktu siang asalnya ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu tapi sebenarnya tapai. maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan identiti Islam.



Hakikatnya kehidupan kita bukan cara Islam lagi . Cara inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam gelita. Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam di malam gelita tu.Pertama, melalui sistem pendidikan. Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini. Menurut satu petikan seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh George Peters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan garam dan ragi'. Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu berkenaan meninggalkan system kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya. Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya. Justeru itu, ragi tetap ujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu (Kristian) yang diletakkan dalam gelap. Penyebaran agama Kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi. Dirasa kesegarannya, bukan bersikap kalam. Dinamik dan etikal, bukan bersifat formalistik.Pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya.


Lantaran ia tidak menganjurkan ahli Melayu tadi menjadi ahli baru Kristian yang formal, menyendiri terpisah dari masyarakatnya. Sebaliknya ia memberi laluan agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesus bagaikan sebutir ragi yang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakat Melayu seluruhnya. Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan revolusi , justeru itu nanti,dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan memperolehi satu Kristian muslim Melayu tempatan yang mencerminkan Kristian muslim Melayu sejati.. 'Sebenarnya dia ingin. Akan datang suatu masa nanti, orang Melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat revolusi untuk menjadi Kristian. Cara kebajikan pulak... Hari ni sapa tak kenal kelab rotary yang cuci buah pinggang,kelab lion, bulan sabit merah, Saint John's Ambulans, sapa tak kenal palang merah. Mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisme.


Sekularisma adalah satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan. Itulah kita hari ni mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia. Cara lain adalah dengan menghidupkan maksiat. Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan, dengan mulut, atau paling lemah sekali, dengan hati. Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan dari fitnah besar ini. Kita kena peka. Ini semua tanggung jawab kita semua.
Tuesday, April 28, 2009

PostHeaderIcon ISU ANAK KEKAL DALAM AGAMA ASAL WALAU PUN IBU BAPA TELAH BERTUKAR AGAMA





Assalamualaikum warahmatullah.

Saya terpanggil untuk menyentuh isu yang sensitif ini kerana ia melibatkan agama kita, agama Islam tercinta. Walau pun saya agak terlewat seminggu untuk mempersoalkan keputusan kabinet ini disebabkan saya mempunyai lambakan tugasan harian, namun hati saya masih tidak tenang selagi isu ini belum selesai. Jadi saya meluangkan sedikit waktu di rumah untuk menulis artikel ini.

Saya begitu terkejut dengan keputusan Datuk Nazri Aziz yang memutuskan bahawa mana-mana kes ibu bapa yang telah bertukar agama, anak-anak akan kekal dengan agama pada waktu tersebut. Jadi sekiranya, ibu atau bapa yang beragama lain memeluk agama Islam, maka agama anak-anak tidak dapat diselamatkan lagi.


Keputusan ini adalah keputusan yang paling dikesalkan. Saya menyokong keputusan Persatuan Peguam2 Syarie dan beberapa NGO Islam yang lain yang menentang keputusan di atas, dan mereka memohon agar Kabinet menangguhkan dulu keputusan tersebut, dan perkara ini perlu dibawa berbincang bersama NGO Islam yang lain dan Persatuan peguam Syarie.


Saya yang pernah menjadi Peguam syarie sebelum ini, sangat terkilan dengan keputusan kabinet, tidakkah orang yang membuat keputusan itu memikirkan tentang kemaslahatan agama Islam pada masa-masa yang akan datang. Saya sungguh pelik, kenapa mufti-mufti yang sebelum ini lantang bersuara berkenaan isu ini, kini diam menyepi, perlulah ada sesuatu resolusi dari golongan-golongan ulama' ini agar Islam tidak mudah dipijak sahaja.

Kita sebagai Muslim diwajibkan menjaga 5 perkara yang dinamakan "Maqasid Syariah", iaitu menjaga diri, menjaga agama, menjaga nasab, menjaga akal dan menjaga harta". Salah satunya adalah menjaga agama kerana ia melibatakan antara hidup dan mati. Jadi isu ini adalah isu masa depan kita yang perlu ditangani segera.

Sehingga kini, sistem kehakiman syariah masih lagi diganggu gugat walau pun telah ada artikel 121 (a) Perlembagaan Malaysia, yang menyebut " mana-mana isu Mahkamah Syariah tidak boleh dicampuri oleh lain-lain mahkamah". Bukankah klausa ini jelas menerangkan maksudnya, tapi kenapa setiap kali datang isu murtad dan hak penjagaan anak, masih terdapat campur bidangkuasa mahkamah sivil ke atas mahkamah syariah? Jawapannya, itulah kelemahan undang-undang buatan manusia, yang mudah sahaja orang lain merubah-ubahnya.

Marilah kita sama-sama mengulas berkenaan isu ini dan mencari jalan penyelesaiannya dengan doa semoga kemaslahatan agama terus terbela dan tidak dirobek-robek oleh orang melayu sendiri. Semoga pemimpin di atas sana tidak hanya melihat harta kekayaan dan kuasa apabila di berada atas, lihatlah kemaslahatan dan masa depan anak bangsa yang beragama Islam semoga ianya terus terbela.

Saya juga berharap agar Majlis Fatwa dapat menetapkan satu resolusi dan menggesa kabinet mematuhinya.

Monday, April 20, 2009

PostHeaderIcon KEMALANGAN BERLAKU DI DEPAN MATA


Assalamualaikum warahmatullah....

Alhamdulillah...saya kembali meneruskan tugasan harian di pejabat setelah 3 hari bercuti. Ermmm....Isnin lepas cuti sebab Perak menyambut Hari Keputeraan Sultan, jadi berpeluanglah saya, suami dan anak pulang ke kampung saya di Pulau Pinang. Seronok sangat rasa hati sebab dah lama tak balik ke Pulau Pinang semenjak bulan Februari lepas. Tambahan pula adik-adik saya ada di rumah mak, jadi meriahlah suasana di Pulau Pinang. Najwan yang berusia 5 bulan tu pun teruk jugak kena buli, ramailer mak sedara ngan bapa sedara yang nak cium dan dukung dia, sampai Najwan tertidur keletihan, hehe...untuk cerita lanjut mengenai Najwan boleh layari http://hannakids.blogspot.com.


Setelah 3 hari bercuti di Pulau Pinang, kami sekeluarga pun pulang ke rumah kami di Mengelembu, Perak. Dalam perjalanan pulang tu, kami berhadapan dengan sebuah kemalangan yang berlaku di depan mata, sungguh tak sangka. Masa tu suami yang memandu di sisi berhenti di depan lampu isyarat semasa lampu isyarat berwarna merah. Kejadian berlaku kira-kira pukul 1.50 petang. Sebaik sahaja lampu isyarat bertukar menjadi hijau, suami terus memandu. Kami rasa sangat terkejut apabila ternampak sebuah motosikal yang dipandu apek dalam lingkungan usia 50an terus bergerak ke arah yang lain walau pun pada masa itu lampu isyarat di bahagiannya berwarna merah. Alhamdulillah semasa kejadian suami saya memandu perlahan dan kami pelik kenapa apek tersebut terus bergerak tanpa menghiraukan lampu isyarat dan kenderaan lain.


Saya dan suami terus memerhatikan apek tersebut sehingga apek tersebut berlanggar dengan sebuah kereta dari arah yang bertentangan. Ya Allah, apek tu terpelanting jatuh dari motosikal, kami tak sempat nak berhenti sebab kenderaan banyak masa tu, anak pula sedang tidur, macam-macam bermain di fikiran saya dan suami.


Kenapa apek Cina tu terus memandu dengan slumber walau pun lampu isyarat sudah berwarna merah. Apek tu pun nampak semua kenderaan telah bergerak bila lampu isyarat telah bertukar warna. Apek tu bawa moto tak lah laju sangat, slow je, dengan bersahaja dan tak de perasaan dia melanggar kereta lain dari arah bertentangan. Saya dan suami terkejut dan hairan. Saya fikir mungkin apek tu mabuk kot, suami kata mungkin dia nak bunuh diri kot, entahlah memang pelik, dia bawa moto tanpa perasaan lalu melanggar kereta dari arah bertentangan dari belakang. Kejadian berlaku sekelip mata...dan kami tak tahu apa yang berlaku lepas tu....Semoga semuanya selamat.


Alhamdulillah, saya dan suami sangat bersyukur kerana apek tersebut tidak melanggar kenderaan kami yang memang bergerak semasa lampu isyarat telah bertukar hijau. Mujur suami memandu perlahan. Ya Allah lindungilah kami sekeluarga, dan memang setiap kali kami berada dalam kereta, saya dan suami saling mengingati membaca doa perjalanan. Kadang-kadang kemalangan ni berlaku tanpa disangka, kita dah bawa kereta elok-elok, orang lain pula langgar kita. Nau'zubillah, semoga dipermudahkan segala urusan.


Pesanan saya, berhati-hatilah memandu walau pun lampu isyarat telah bertukar hijau, mana tahu kenderaan lain bergerak dari arah bertentangan dan yang paling penting sentiasa mohon perlindungan dari Allah ye. (",)
Tuesday, April 14, 2009

PostHeaderIcon Wanita Solehah Penyejuk Mata

Daripada Imam Ahmad dan Imam Muslim, daripada Umar r.a., Rasulullah sallallahualaihi-wasallam bersabda : “Bermula dunia ini ialah kesukaan dan keseronokan dan sebaik-baik kesukaan itu ialah perempuan yang solehah.”

Dalam sebuah hadis yang Rasulullah sallallahualaihiwasallam bersabda: “Mahukah kamu aku beritahu dari hal sebaik-baik barang yang perlu disimpan oleh seorang lelaki?” Iaitu isteri yang solehah. Jika suami melihat kepadanya diaakan gembira , jika suaminya menyuruh sesuatu dia akan taati dan jika suami tiada di rumah dia akan menjaga harta suaminya dan memelihara kehormatan dirinya.” (HR:Ibnu Majah)


Isteri yang solehah itu selalu memerhatikan akan tanggungjawabnya sebagai isteri, ia hanya berbuat sesuai dengan ketentuan Allah. Di antara ciri-ciri isteri solehah itu ialah bertanggungjawab terhadap kerja-kerjanya. Pada dasarnya kewajipan isteri solehah itu ialah:

1. Patuh dan taat kepada suami yang soleh

Rumahtangga bahagia sebenarnya terletak pada isteri yang solehah. Ia taat kepada perintah Allah dan Rasul serta setia kepada suami yang soleh.

“Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri (tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya ) di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka…”

(Surah An-Nisa’:34)

Isteri yang solehah itu di samping patuh kepada perintah Allah dan Rasulullah sallallahualaihi-wasallam, ia patuh terhadap suaminya dan menyimpan segala rahsia baik diluar rumah mahupun di dalam rumah. Ia selalu tersenyum dan menunjukkan muka manis terhadap suaminya. Tabiatnya yang baik itu menambah kasih sayang suaminya terhadapnya. Ia tidak pernah membantah kata-kata suaminya yag baik, semuanya dikerjakan dengan patuh kerana Allah.
Isteri yang baik apabila berkata dengan suaminya dengan suara yang lemah lembut dan penuh kesopanan . Begitu pula tidak boleh memerintah kepada suami, kecuali diucapkan dengan suatu yang baik sebagai suatu pertolongan. Walau bagaimanapun, ketaatan isteri terhadap suami tidak dalam semua perkara. Sekiranya perintah suami boleh membawa dosa, maka isteri dibenarkan membantah.
Rasululllah bersabda, “Jika diizinkan seorang manusia sujud kepada manusia,tentu aku akan suruh wanita-wanita sujud kepada suaminya lantaran begitu besar Allah jadikan hak lelaki keatas wanita”

2. Menguruskan rumahtangga

Seorang isteri Muslimah disuruh oleh Allah agar sentiasa berada dirumah dan tidak boleh pergi kemana-mana sesuka hati tanpa izin suami. Duduk dirumah bukan bererti hanya berdiam diri sahja tetapi mengerjakan tugas sebagai isteri.
Hikmah daripada perintah Allah tersebut iaitu, supaya para isteri dapat menjaga dan mendidik anak secara lebih sempurna ketika suami mencari rezeki. Disamping itu isteri dapat melakukan pekerjaan rumah seperti menghias rumah dan sebagainya.Walaupun ianya nampak remeh, tetapi ianya amat bermanfaat untuk menjamin keharmonian keluarga.

3.Berhias untuk suami

Menghias diri merupakan kegemaran wanita. Namun kadangkala wanita yang tidak faham akan kewajipannya,ia berhias diri ketika akan keluar rumah. Tetapi ketika di rumah ia dalam keadaan tidak bersih, kadangkala ramutnya pun tidak terurus. Padahal di dalam Islam menganjurkan supaya isteri berhias hanya untuk suami.
Tujuan isteri berhias ketika di rumah ialah supaya suami terhibur. Jika suami pulang dari tempat kerja dalam keadaan letih dengan melihat isteri dalam keadaan berseri-seri serta pakaian yang bersih, maka ia menjadi penawar kepada suami. Sehingga keletihan dalam mencari rezeki tadi menjadi hilang, dan bertambahlah kasih sayangnya terhadap isteri.
menjadi hilang, dan bertambahlah kasih sayangnya terhadap isteri.

Sabda Rasulullah SAW:
“Dari Jabir ra. Ia berkata: Kami pernah pergi bersama-sama Rasulullah di dalam satu peperangan. Ketika kami sampai ke Madinah, kami ingin masuk ke rumah masing-masing. Maka Rasulullah SAW pun bersabda: Bersabarlah, iaitu masuklah pada waktu malam iaitu selepas Isyak, supaya isteri dapat bersikat rambutnya yang kusut dan supaya ia dapat berhias kerana telah lama telah ditinggalkan suaminya.”

(HR:Muttafaqun Alaihi)

Berhias bukan sahaja bagi menyambut kepulangan suami dari tempat kerja tetapi juga ketika suami ada di rumah. Wanita Islam hanya boleh berhias untuk dirinya sendiri dan untuk suaminya. Berhias mestilah dilakukan secara besederhana , kerana tujuan berhias agar ia kelihatan bersih dan senang dilihat oleh suami.

4. Melayani suami

Hubungan seks merupakan penawar kebahagiaan rumahtangga. Ia dipandang sebagai punca keharmonian rumahtangga. Oleh sebab itu isteri hendaklah memberikan layanan yang baik kepada suami dan tidak boleh menolak kemahuan suaminya .
Seorang isteri akan dikutuk oleh malaikat apabila ia menolak kemahuan suaminya sehinggalah suaminya reda kepadanya. Mungkin dalam keadaan tertentu isteri boleh menolak kemahuan suaminya seperti dalam keadaan sekit, atau dalam keadaan yang dilarang oleh syara’ untuk melakukan persetubuhan seperti dalam keadaan haid dan sebagainya.

5. Berpakaian menurut ajaran Islam

Isteri yang menutup auratnya merupakan isteri yang solehah, ramai wanita pada zaman sekarang ini yang berpakaian tetapi telanjang kerana ia menutup bahaian tertentu sahaja, kalau menutup semua pun tetapi bentuk badannya tetap nampak jelas.
Allah SWT berfirman, ertinya:
“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah sebagai perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.”

(Surah Al-A’raar:26)

Jilbab merupakan satu fesyen pakaian wanta Islam yang menutup tubuh atau sebahagian besar badan wanita di sebelah atas, kecuali muka dan tapak tangan. Jilbab tidak menampakkan tubuh badan. Allah memerintahkan supaya berpakaian demikian supaya dapat membezakan antara wanita beriman dan tidak beriman, ia juga supaya terhindar dari golongan munafik.
Firman Allah yang bermaksud:
“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri- isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka mengulurkan Jilbab mereka ke seluruh tubuh mereka.”Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Penganmpun lagi Maha Penyayang.”
(Surah Al-Ahzab:59)

6. Memberi motivasi terhadap cita-cita suami

Isteri yang solehah adalah isteri yang mahu menjadi teman berunding bagi suami dan menjadi sahabat dalam menyelesaikan pelbagai masalah. Itulah hubungan suami isteri itu diertikan orang sebagai “teman hidup”.Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan cita-cita keluarga maka bermotivasilah kepadanya dan hiburkanlah hatinya .
Isteri teladan disamping ia memberi dorongan dan bermotivasi kepada suami ia juga merupakan sumber ilham bagi suami. Ini membuatkan hati suami tenteram apabila bersama isteri dan segala masalah dihadapinya bersama-sama.
Di antara ciri-ciri isteri solehah yang lain ialah:

  1. Mentaati Allah SWT dan mengerjakan segala perintah suami selagi tdak melanggar perintah Allah.
  2. Bersikap malu terhadap suami.
  3. Berdiam diri ketika suami sedang berkata-kata, baru berbicara setelah ia selesai berbicara.
  4. Berdiri tegak sebagai tanda hormat semasa ia datang dan pergi.
  5. Sentiasa menyerahkan diri kepadanya apabila ia memerlukannya.
  6. Memakai wangi-wangian di hadapan suami.
  7. Menjaga mulut daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan.
  8. Tidak mengkhianati dan berlaku curang terhadapnya ketika ketiadaan suami.
  9. Sentiasa menghormati keluarga suami .
  10. Bersyukur di atas apa yang disediakan oleh suami.
  11. Tidak berpuasa sunat tanpa kebenaran suami.
  12. Tidak keluar rumah kecuali dengan izin suami.

  13. sumber dari : http://www.geocities.com/yusnida/index.html

    Jemput lawati blog saya di http://hannakids.blogspot.com untuk berkongsi pengalaman membesarkan anak ye (",)
Saturday, April 11, 2009

PostHeaderIcon BLOG KHAS UNTUK CERITAKAN PENGALAMAN MEMBESARKAN ANAK

Assalamualaikum semua..
Lama saya tak menulis artikel..alhamdulillah..saya telah membuat satu lagi blog baru khusus untuk berkongsi cerita dengan bakal ibu dan ibu-ibu di luar sana pengalaman pertama membesarkan anak....ini adalah hasil cadangan beberapa pembaca blog ini yang mencadangkan saya membuat blog khusus untuk anak-anak sahaja...dan di blog ini pula dapatlah saya lebih fokuskan penulisan berkaitan isu-2 wanita muslim, nasihat dan isu semasa seperti artikel2 saya sebelum ini...terima kasih atas cadangan antum...

Saudara saudari dijemput ke blog saya yang satu lagi di
http://hannakids.blogspot.com


Saya sangat berharap dapat berkongsi pengalaman membesarkan anak dengan ibu di luar sana...(",)

Syukran wa ilal liqa'

Jom Beli Tudung Online (",)

BICARA INSPIRASIHANA

ARTIKEL-ARTIKEL INSPIRASIHANA

Kaunter Pengunjung

PENGUNJUNG INSPIRASIHANA