JOm JOin Butik INspirasihana

PENYUSUAN UMMI

Lilypie Breastfeeding tickers

ULANGTAHUN PERKAHWINAN

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

INSYIRAHKU SAYANG

Lilypie First Birthday tickers

NAJWANKU SAYANG

Lilypie Third Birthday tickers

JANGAN TINGGAL SOLAT

JANGAN TINGGAL SOLAT

JOM TUTUP AURAT

JOM TUTUP AURAT

Islamic Clock

Islamic Calendar

About Me

My Photo
INSPIRASIHANA
Ipoh, Perak, Malaysia
KAMI MENJUAL TUDUNG DAN KERONGSANG SECARA ONLLINE..DAPATKAN HANYA YANG TERBAIK DI BUTIK INSPIRASIHANA
View my complete profile

Inspirasi Wanita

Wednesday, June 3, 2009

PostHeaderIcon TANGANI SEGERA GEJALA SOSIAL



Lamanya saya tak update blog ni...maklumlah asyik update blog lain di http://hannakids.blogspot.com je...blog tu tak perlu cari idea sangat untuk menulis..ape yang terlintas di minda, di hati sambil melihat perkembangan pembesaran anak terus je saya boleh tulis something dalam blog tu...tapi di Laman Inspirasi ini saya perlu mencari idea untuk menulis dan berkongsi maklumat yang lebih umum dengan pembaca semua.....Hari ni saya terlintas untuk menulis berkenaan gejala sosial yang kian meragut kehidupan anak-anak muda kita dewasa ini. Saya sebagai ibu khususnya sangat risau dengan perkembangan anak-anak muda hari ini. Bagai mana dengan masa depan anak-anak kita nanti??Hari ini pun kita dapat lihat anak remaja belasan tahun telah meragut sana-sini, menagih dadah, membuat hubungan luar nikah dan akhirnya terjadilah pelabagi kisah sadis pembuangan bayi yang tidak berdoa di longkang, di tong sampah dan sebagainya.




Menyentuh kisah pembuangan bayi ini, hati saya mudah tersentuh. Kadang-kadang berderai air mata saya melihat bayi comel yang tidak berdosa dibuang di dalam tong sampah dan dihurungi lalat, semut dan ulat. Apakah dosa-dosa ini? Kenapakah gadis-gadis yang terlanjur ini sanggup menambah dosa dengan membuang bayi ini setelah melakukan dosa besar dengan berzina? Kenapa malu setelah melakukan perbuatan terkutuk
? Tidak malukah pada Allah? Saya sebagai ibu yang mempunyai anak kecil berusia 6 bulan pun merasa begitu tersentuh dengan tindakan anak-anak muda ini. Begitulah hukuman di dunia ini terlalu ringan untuk pesalah-pesalah ini. Jadi tiada siapa yang ambil peduli tentang hukuman dunia, walhal hukuman Allah yang Allah telah tetapkan untuk dilaksanakan di dunia ini ditentang habis-habisan oleh manusia-manusia yang tidak berilmu. Kata mereka hukuman Hudud itu kejam dan sebagainya. Walhal mereka tidak mengkajinya secara mendalam, mereka hanya mendengar sahaja dari orang lain dan hebahkan. Saya sebagai graduan Undang-Undang merasa terpukul dengan ketidakadilan sistem kehakiman kita pada hari ini. Undang-undang tuhan yang lebih tuhan wajiblah dijalankan sebagai jalan penyelesaian ke atas gejala-gejala sosial ini.




Anak-anak mudalah harapan nusa bangsa, harapan negara. tetapi anak-anak muda inilah yang banyak bergelumang dengan dosa. Bagaimanakah kita nak melahirkan pemimpin yang mulia dan adil sekiranya anak-anak muda kita pada hari ini seperti buih-buih di lautan???Saya berpendapat bahawa ibu bapa hari ini dan semua masyarakat perlulah berganding bahu dalam mendidik anak-anak. Sebab itulah di alam Islam telah ditetapkan untuk mendapat zuriat yang soleh dan solehah, perlulah bermula dengan awal perkahwinan, iaitu semasa pemilihan pasangan samada suami atau isteri. Dan Islam meletakkan AGAMA sebagai syarat utama dalam pemilihan pasangan, kerana dengan agamalah bakal melahirkan generasi yang beriman dan berilmu. Insya Allah.



Saya melihat satu statistik yang diambil dari salah sebuah website yang menyatakan bahawa secara purata di mana ada hampir 2,500 (iaitu 257,411 ÷ 103) kes anak luar nikah setiap bulan didaftarkan secara rasmi, dan ini bermakna setiap hari secara purata Jabatan Pendaftaran menerima 83.3 kes (257411 kes ÷ 3090 hari) pendaftaran anak luar nikah. Ini juga bermakna secara statistiknya satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam masa 17 minit 17 saat.Pembuangan bayi juga semakin parah di mana sebanyak 228 kes buang bayi direkodkan di seluruh negara sepanjang 2004 hingga tahun 2006. Kes paling banyak dilaporkan di Selangor dengan 69 kes, 59 kes berlaku di Johor, seterusnya 29 kes bagi Sabah dan 25 kes berlaku di Sarawak. Ini bermakna, secara puratanya setiap bulan sebanyak 6.33 (228/36) kes buang bayi berlaku. Jadi, jika dinisbahkan dengan hari, maka pada setiap 5 hari 1 jam ada seorang bayi yang dibuang. Data dan statistik di atas menunjukkan bagaimana parahnya masalah sosial dan perzinaan yang berlaku di Malaysia, terutamanya di kalangan muda-mudi yang melakukan perbuatan jijik dan keji itu. Angka-angka yang diberikan di atas bukanlah menunjukkan angka yang sebenar kerana semua orang tahu kes yang tidak dilaporkan jauh melebihi jumlah yang dilaporkan. Ini adalah kerana ada beberapa kes anak luar nikah didaftarkan dengan nama bapa angkat tanpa di kesan oleh Jabatan Pendaftaran, sebagai contoh ada doktor swasta di JB yang menguruskan anak luar nikah yang diberi sijil kelahiran kepada keluarga yang inginkan anak. Ada juga kejadian pasangan yang cepat-cepat bernikah setelah tahu ‘perut kembung’, banyak kes yang mengebumikan anak hidup atau mati yang tidak dijumpai dan banyak ke yang mana kandungan digugurkan di hospital swasta.Inilah natijah yang dapat kita saksikan dengan adanya idea kebebasan dan budaya kuning dari Barat yang diterapkan di Negara kita.



Maksiat merajalela hasil dari penerpan sistem sekular, kes-kes zina, kelakuan bebas, judi dan arak sudah menjadi lumrah. Pergaulan bebas hanya di pandang enteng oleh Negara dan tidak ada uqubat (hukuman) dari negara ke atas pelaku-pelaku maksiat tersebut. Namun jika benar-benar sistem Islam diterapkan nescaya kejadian yang parah ini pastinya dapat dibendung dari awal. Ini kerana di dalam kehidupan sosial, Islam telah menentukan sistem perkahwinan, batas-batas pergaulan antara lelaki dan wanita, batasan aurat bagi lelaki dan wanita, bentuk pakaian wanita Muslimah, cara memandang wanita dan sebagainya yang mana ia akan mencegah pelbagai punca kepada pintu penyimpangan seksual yang mengakibatkan kerosakan akhlak dan lain-lain. Islam memandang masyarakat sebagai kumpulan individu yang memiliki pemikiran dan perasaan yang sama, serta interaksi di antara mereka perlu diatur oleh suatu aturan (nizham) yang tertentu.


Dalam mengatur hubungan antara lelaki dan perempuan, Islam telah meletakkan beberapa ketetapan seperti:

(1) Islam telah memerintahkan kepada manusia, baik lelaki dan wanita untuk menundukkan pandangan [An-Nur (24):30-31];


(2) Islam memerintahkan kepada wanita untuk mengenakan pakaian secara sempurna, tudung dan jilbab, iaitu pakaian yang menutup seluruh tubuhnya, kecuali wajah dan kedua telapak tangannya [An Nur (24):31] dan [Al-Ahzab (33):59];


(3) Rasulullah bersabda, "Tidak dibolehkan seorang wanita yang beriman kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala dan hari akhirat untuk melakukan perjalanan selama sehari semalam, kecuali jika disertai mahramnya." [HR. Bukhari dan Muslim].


(4) Rasulullah juga bersabda, "Tidak diperbolehkan seorang lelaki dan seorang wanita berkhalwat, kecuali jika wanita itu disertai mahramnya" [HR. Muslim]



(5) Islam melarang wanita untuk keluar rumahnya kecuali dengan izin suaminya;


(6) Islam sangat menjaga agar dalam kehidupan khusus hendaknya jamaah (komuniti) kaum wanita terpisah dari jamaah (komuniti) kaum lelaki;


(7) Islam sangat menjaga agar hubugan kerjasama antara lelaki dan wanita hendaknya bersifat umum dalam masalah muamalah; bukan hubungan yang bersifat khusus seperti saling mengunjungi antara wanita dengan lelaki yang bukan mahramnya atau berjalan-jalan bersama;


(8) Islam mengambil berat dalam memelihara keturunan dan nasab. Bahkan Islam menentukan hukuman rejam bagi penzina Muhsan (sudah berkahwin);


(9) Islam menetapkan bahawa penzina bukan Muhsan dihukum 100 kali sebatan [an-Nur (24):2].


Oleh yang demikian, dalam perlaksanaan sistem yang dianjurkan oleh Islam, tanggungjawab untuk memastikan ketetapan-ketetapan yang telah digariskan oleh Islam terletak ditangan setiap ahli masyarakat dan juga negara. Masyarakat wajib mengubah kemungkaran yang dilihatnya, manakala Negara pula adalah satu institusi pelaksana (qiyan tanfizi) yang penting, yang mana Negaralah yang akan menghukum (uqubat) setiap orang yang melanggar hukum Allah.



Semua pihak harus berganding bahu menangani gejala sosial ini dan yang terpenting ialah institusi keluarga itu sendiri. Ramai anak muda yang bermasalah lahir dari institusi keluarga yang ibu bapanya porak peranda, bercerai berai dan asyik bersengketa. Ambillah yang jernih buanglah yang keruh. Tingkatkan ilmu agama dan didiklah anak-anak muda dengan ilmu agama dan kasih sayang yang sepenuhnya. Luangkan masa untuk mendengar masalah. Insya Allah, akan lahirlah rumahku syurgaku....Insya Allah teruskan berdoa semoga kita terus ditetapkan iman dan diberkati Allah selalu.

PostHeaderIcon IBU BERKERJAYA DAN MASA DENGAN ANAK...






Assalamualaikum....

Saya ingin berkongsi ilmu dan pengalaman berkaitan dengan penjagaan anak dan masa wanita berkerjaya pada anak-anak. Pada minggu lepas, kalau tak silap saya pada hari Khamis lepas, sambil saya membuat kerja di pejabat saya mendengar radia IKIM. Kebetulan pada ketika itu juruhebah sedang berbincang dengan salah seorang pakar Psikologi dari UKM (terlupa pula nama DR tersebut). Mereka sedang berbincang berkenaan topik Wanita Berkerjaya dan Masa Mendidik Anak di rumah.


Topik ini sangat menarik untuk dikongsi bersama, tambahan pula saya seorang ibu yang berkerjaya dan baru sahaja menimang cahaya mata yang pertama pada bulan November yang lalu. Alhamdulillah anak saya kian membesar dan sekarang hampir mencecah 7 bulan. Pembaca boleh membaca perkembangannya di http://hannakids.blogspot.com . Pada awalnya iaitu setelah saya habis berpantang dan baru ingin memulakan tugasan harian di pejabat. Saya agak sukar untuk membahagikan masa dengan baik antara tugasan di pejabat, ibu dan isteri di rumah. Perkara ini mengambil masa untuk saya menyesuaikan diri dengan kehidupan seharian sebagai IBU YANG BERKERJAYA.



Alhamdulillah, sekarang semuanya hampir berjalan lancar. Saya sudah boleh meguruskan segalanya dengan baik dengan bantuan suami tercinta. Biar pun masa saya dengan anak sangat terhad, tetapi saya dan suami masih cuba menggunakan masa yang ada dengan pelbagai aktiviti bersama anak. Setiap hari saya sampai ke rumah seawal pukul 5.30 petang dan suami pula kalau ada aktiviti ko kurikulum akan balik lewat juga. Setelah sampai di rumah, saya masak dan berkemas barulah ambil anak pada pukul 6.15 petang. Selalunya saya akan solat Asar di pejabat bagi memastikan urusan di rumah berjalan dengan baik. Mujurlah rumah pengasuh anak dekat sahaja dengan rumah.



Selalunya setelah sampai di rumah, saya akan mengambil masa bermain dan memberi sepenuh perhatian kepada Najwan sampailah saya menyusus dan menidurkan Najwan dalam kul 8 malam iaitu setelah selesai solat Maghrib. Masa Najwan tidurlah saya akan mula melakukan tugasa rumah seperti melipat baju, membasuh baju dan seterika baju saya dan suami. Alhamdulillah Allah memberi kekuatan dan semangat ini juga kepada ibu-ibu di luar sana kan???



Cuma saya tersentuh dengan topik yang diperbincangkan???Mampukah Ibu yang berkerjaya mendidik anak dengan jayanya??? Insya Allah jawab hati saya. Saya yakin dengan doa dan bimbingan , ilmu serta pengalaman dari ibu dan ibu mertua saya yang berkerjaya tetapi telah berjaya mendidik anak-anak sehingga ke universiti dan insya Allah menjadi anak yang soleh. Cuma kerisauan saya adalah suusana pembesaran anak-anak yang kian mencabar.



Lihat sahaja sekeliling kita pada hari ini, banyak gejala sosial dan kes-kes yang menduga kesabaran dan iman kita. Soalnya, apakah cara terbaik mendidik anak-anak dan memantau aktiviti harian mereka. Perkara ini perlulah komitmen suami isteri agar ilmu mendidik anak-anak dapat berkongsi bersama. Saya seorang ibu yang baru mempunyai seorang cahaya mata masih perlukan banyak waktu untuk mencari dan pengalaman semua ibu dan wanita berkerjaya di luar sana. Insya Allah dengan doa berpanjangan dan perhatian yang diberikan kepada anak-anak kita, dapatlah mereka membesar dengan baik, mencadi anak yang soleh dan cemerlang di dunia dan akhirat. Insya Allah.

Jom Beli Tudung Online (",)

BICARA INSPIRASIHANA

ARTIKEL-ARTIKEL INSPIRASIHANA

Kaunter Pengunjung

PENGUNJUNG INSPIRASIHANA