JOm JOin Butik INspirasihana

PENYUSUAN UMMI

Lilypie Breastfeeding tickers

ULANGTAHUN PERKAHWINAN

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

INSYIRAHKU SAYANG

Lilypie First Birthday tickers

NAJWANKU SAYANG

Lilypie Third Birthday tickers

JANGAN TINGGAL SOLAT

JANGAN TINGGAL SOLAT

JOM TUTUP AURAT

JOM TUTUP AURAT

Islamic Clock

Islamic Calendar

About Me

My Photo
INSPIRASIHANA
Ipoh, Perak, Malaysia
KAMI MENJUAL TUDUNG DAN KERONGSANG SECARA ONLLINE..DAPATKAN HANYA YANG TERBAIK DI BUTIK INSPIRASIHANA
View my complete profile

Inspirasi Wanita

Wednesday, July 2, 2008

PostHeaderIcon BERCUTI DI PULAU PANGKOR LEPAS EXAM..(",)

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh....

Erm...saya kembali lagi meneruskan coretan hidup. Alhamdulillah, pada hari Isnin dan selasa yang lalu iaitu pada 30 hb Jun sehingga
1 Julai 2008....saya baru lepas ambil Peperiksaan Jabatan kat Pulau Pinang begitu juga dengan suamiku. Kami menduduki peperiksaan pada hari yang sama, cuma tempat saje berlainan. Suami pula ambil peperiksaan Perkhidmatan. Ermm...semuanya kebetulan dan yang paling best sekali, saya yang sedang mengandung 5 bulan ni bawa anak exam sekali...hehe....jadi kami bertiga....menduduki exam pada hari yang sama .......(",)

Erm....selepas exam, saya dan suami telah mengambil cuti seminggu untuk beristirehat ke Pulau Pangkor. Almaklumlah, semenjak kami berkahwin pada 1 November 2007 yang lalu, kami belum lagi berpeluang berjalan2 makan angin "honeymoon" dek kerana kesibukan masing-masing dengan kursus dan exam yang tak putus-putus. Alhamdulillah...sekarang Allah bagi kami peluang dan ruang untuk bercuti.....

Alhamdulillah...percutian di Pulau Pangkor pada 3hb sehingga 5hb Julai 2008 yang lalu, sungguh menenangkan hati, di samping dapat merehatkan minda dan hati yang gundah gulana akibat kerja2 pejabat yang bertimbun, tambahan pula selepas penat studi untuk exam yang lepas, seterusnya dengan memikirkan masalah negara yang penuh dengan penipuan, kekejaman dan kezaliman yang tak henti-henti melanda rakyat. Semoga Allah selamatkan hamba2nya yang soleh dan beri petunjuk kepada pihak yang benar...Insya Allah...


Masa hari pertama nak pergi ke Pulau Pangkor tu, hujan renyai2. Saya dan suami berdoa agar cuaca baik supaya dapatlah kami menghabiskan masa dengan sebaiknya di Pulau Pangkor dengan gembira dan selamat. Alhamdulillah, cuaca bertambah baik sebaik sahaja kami sampai di Pulau Pangkor. Memang banyak kenangan yang menarik di Pulau Pangkor sampai suamiku pening kepala melayan karenahku.


Almaklumlah....dah la mengandung 5 bulan, hehe tapi aktif sangat macam orang tak mengandung, saya selalu ajak suami pusing pulau dengan boat, snookling dengan melihat ikan-ikan di dasar lautan, sungguh menyeronokkan, naik skuter petang2 pusing pulau. Dalam pada itu, ada juga saya rasa macam sakit perut sikit sebab aktif sangat sampai suami geleng kepala sambil cakap...."erm...bakal ibu yang aktif" hehe...bukan ape seronok memanfaatkan percutian ni, sambil berdoa pada Allah semoga sentiasa dipelihara kandunganku
Alhamdulillah, tak de ape2 berlaku.

Semasa pusing2 Pulau naik bot tu, banyak juga bentuk2 batu yang menakjubkan, ade batu berbentuk kaki manusia, ikan paus, buaya dan ikan paus. Untuk tatapan pembaca, Insya Allah saya akan masukkan gambar-gambarnye dalam artikel akan datang ye....tunggu....(",)


Dan hari ni, saya dan suami kembali semula ke tempat kerja masing-masing sambil meneruskan kerja-kerja harian yang bertimbun dengan mencari rezeki yang halal*(",) Semoga dipermudahkan segala urusan dan semoga Malaysia kembali aman damai tanpa rakyatnya menzalimi sesama sendiri...Insya Allah.

Jom Beli Tudung Online (",)

BICARA INSPIRASIHANA

ARTIKEL-ARTIKEL INSPIRASIHANA

Kaunter Pengunjung

PENGUNJUNG INSPIRASIHANA