JOm JOin Butik INspirasihana

PENYUSUAN UMMI

Lilypie Breastfeeding tickers

ULANGTAHUN PERKAHWINAN

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

INSYIRAHKU SAYANG

Lilypie First Birthday tickers

NAJWANKU SAYANG

Lilypie Third Birthday tickers

JANGAN TINGGAL SOLAT

JANGAN TINGGAL SOLAT

JOM TUTUP AURAT

JOM TUTUP AURAT

Islamic Clock

Islamic Calendar

About Me

My Photo
INSPIRASIHANA
Ipoh, Perak, Malaysia
KAMI MENJUAL TUDUNG DAN KERONGSANG SECARA ONLLINE..DAPATKAN HANYA YANG TERBAIK DI BUTIK INSPIRASIHANA
View my complete profile

Inspirasi Wanita

Thursday, August 6, 2009

PostHeaderIcon KES MINUM ARAK DIKALANGAN REMAJA ISLAM???



Assalamualaikum warahmatullah..
Sedih mendengar tajuk di atas kan???Pada hari Rabu yang lalu, isu berkenaan remaja Muslim yang minum minuman keras ini semakin hangat diperkatakan...Di beberpa surat khabar dan di dalam radio IKIM juga membicarakan berkenaan isu ini di dalam slot pagi bersama pendengar. Kebanyakan pemanggil memberi komen agar kerajaan menguatkuasakan undang-undang. Pada pendapat saya pula, selagi adanya Pusat Hiburan dan remaja muslim atau "orang Melayu" ini dibenarkan memasuki ke premis berkenaan, sudah pastilah minuman najis itu yang menjadi tatapan. Selain itu, para penjual di pasaraya dan mana-mana kedai yang menjual minuman tersebut, hendaklah dilarang menjualnya kepada orang muslim. Tetapi apa yang sangat menyedihkan, lebih ramai tauke-tauke pusat perjudian dan yang memiliki lesen arak ini adalah orang Melayu dan ada juga di antara mereka mempunyai kepentingan politik. Jadi bagaimana ingin mempertahankan undang-undang sekiranya premis-premis ini terus dipegang oleh kuasa politik??Adakah kekuasaan dan harta lebih penting dari agama??Mari kita fikir dan timbang-timbangkan....



Jika kita melihat senario semasa, banyak lagi kes-kes yang melibatkan orang melayu kita melanggar hukum yang ditetapkan Allah. Bukan setkat minum minuman keras, malah berjudi, tidak solat, tidak solat Jumaat, tidak puasa, berzina dan macam-macam kes lagi seperti sudah menjadi darah daging mereka. Mereka tidak hiraukan dosa pahala dan hukuman Allah. Bagaimana pula kes murtad yang semakin bertambah dengan tiadanya penguatkuasaan.??? Apatah lagi hukuman manusia. Jadi apakah resolusi terbaik untuk kita sama-sama menangani perkara ini???



Dari gejala sosial yang kebanyakannya melibatkan remaja melayu sehinggalah kes dadah, khalwat dan sebagainya yang melibatkan golongan telah berumur juga melayu, apakah kesudahan sesebuah institusi kekeluargaan mereka yang terlibat di dalam kancah maksiat ini??? Sekiranya ibu bapa yang melakukan kesalahan yang melanggar hukum Allah ini berleluasa, sudah pastilah anak-anak akan mengikutinya. Bagaimana ingin menegur anak yang minum arak, anak yang hisap dadah , anak yang berzina....sekiranya ibu bapa juga terlibat dalam kes yang sama.



Jadi resolusinya ialah kita harus kembali kepada ayat-ayat Allah yang terkandung di dalam Al- Quran di samping panduan yang telah diberikan oleh Rasullullah SAW mengenai bagaimana mewujudkan sebuah institusi keluarga yang diberkati dan seterusnya melahirkan masyarakat yang berjaya di dunia dan akhirat. Saya sedih melihat remaja-remaja yang bermasalah ini.



Pernah semasa di zaman universiti dulu saya terlibat di dalam program-program bersama remaja yang bermasalah ini. Apabila dikongsi masalah dengan mereka...kebanyakannya berasal dari keluarga yang bermasalah. Ibu bapa yang bercerai berai, ibu bapa asyik bergaduh, kurang perhatian dan kasih sayang.Menitis air mata saya mendengarnya. Anak-anak ini masih muda tetapi telah melalui pengalaman hidup yang cukup perit. Bagi mereka yang berjaya mengharunginya dengan iman dan taqwa di samping motivasi diri yang kuat. Alhamdulillah, mereka berjaya. Tetapi bagi mereka yang bermasalah, dan gagal mengharunginya kerana tiada bimbingan, sudah pastilah akan terus bermasalah.



Justeru, masalah anak remaja kita adalah masalah bersama. Jika kita sebagai ibu bapa, jadilah ibu bapa yang terbaik, mendidik anak dengan panduan Al Quran dan Sunnah. Hayatilah ajaran Islam yang sebenarnya. Didiklah mereka dengan penuh kasih sayang. Memantau aktiviti harian dan dengan siapa mereka berkawan. Sentiasa;ah berkomunikasi dengan anak-anak ini. Dan jika peranan kita sebagai ahli masyarakat pula, anggaplah anak-anak jiran atau anak-anak remaja lain seperti anak sendiri dengan menegur mereka sekiranya kesilapan tersebut berlaku di depan mata. Tegurlah secara berhikmah dan berkawanlah dengan remaja ini. Tunjukkan jalan. Insya Allah dengan melahirkan institusi keluarga yang diredhoi bakal melahirkan masyarakat yang diberkati. Saya juga menasihatkan diri saya agar saya dan suami juga dapat mendidik anak-anak dengan cara yang dituntut agama. Insya Allah.

Jom Beli Tudung Online (",)

BICARA INSPIRASIHANA

ARTIKEL-ARTIKEL INSPIRASIHANA

Kaunter Pengunjung

PENGUNJUNG INSPIRASIHANA