JOm JOin Butik INspirasihana

PENYUSUAN UMMI

Lilypie Breastfeeding tickers

ULANGTAHUN PERKAHWINAN

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

INSYIRAHKU SAYANG

Lilypie First Birthday tickers

NAJWANKU SAYANG

Lilypie Third Birthday tickers

JANGAN TINGGAL SOLAT

JANGAN TINGGAL SOLAT

JOM TUTUP AURAT

JOM TUTUP AURAT

Islamic Clock

Islamic Calendar

About Me

My Photo
INSPIRASIHANA
Ipoh, Perak, Malaysia
KAMI MENJUAL TUDUNG DAN KERONGSANG SECARA ONLLINE..DAPATKAN HANYA YANG TERBAIK DI BUTIK INSPIRASIHANA
View my complete profile

Inspirasi Wanita

Search

Loading...
Monday, November 2, 2009

PostHeaderIcon HILANGKAH KASIH SAYANG DENGAN MENDERA ANAK SENDIRI









Assalamualaikum semua...

Rasanya masih belum terlewat untuk saya menyentuh berkaitan tajuk di atas kerana perkara ini sering berlaku di kalangan masyarakat kita pada hari ini. Akibat kurang pegangan agama dan hilang rasa kasih sayang, anak sendiri menjadi mangsa.


Sebagai seorang ibu yang baru mempunyai seorang bayi lelaki yang baru berusia 11 bulan, sudah pastinya hati saya tersentuh membaca berita-berita berkaitan penderaan kanak-kanak yang tidak berdosa sehingga mengakibatkan kematian mereka. Apalah salah si kecil yang tidak tahu apa-apa. Sudah hilangkah kasih sayang manusia di dunia ini? Pekakkah telinga ibu bapa atau jiran-jiran yang mendengar tangisan anak-anak yang menangis minta dilepaskan dari penderaan? Butakah mata masyarakat kita sehingga tidak endah dengan kes-kes seperti ini?


BAgaimana pula kes-kes pembuangan bayi yang sentiasa berlaku setiap hari?Malah pembuangan bayi-bayi yang baru lahir oleh mereka yang berzina juga menjadi tatapan berita setiap hari. Bagi mereka yang berzina mungkin mereka malu untuk menjaga anak-anak yang tidak berdosa itu? Tapi tak malukah melakukan zina? Kenapa buat kalau malu? Kenapa anak-anak yang tidak berdosa menjadi mangsa kezaliman dosa-dosa anda? Kalau tidak mahu jaga, apalah salahnya menghantar mereka ke pusat jagaan. Mungkin ada hikmah di setiap kejadian dan eloklah anda yang berzina segera bertaubat bagi menyelamatkan masyarakat kita.


Kembali semula kepada kes penderaan kanak-kanak, bAru-baru ini negara kita dikejutkan oleh kisah penderaan fizikal dan seksual ke atas addik Alia Aiman yang baru berusia 3 tahun. Seorang anak yang tidak berdosa. Didera secara seksual, fizikal dan mental oleh lelaki durjana kekasih ibunya sendiri dan juga turut didera oleh ibunya sendiri. Jadi apakah hukuman yang setimpal dengannya? Penjara seumur hidup untuk kedua-dua pembunuh ini? Gantung sampai mati? Sula? Rejam? Sebat? Semua hukuman dunia ini pastinya tidak melepaskan diri mereka dengan hukuman Allah. Saya cuba menyelami hati adik Alia yang menjadi mangsa akibat keruntuhan ibu bapanya.


Ibunya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki Sudan yang akhirnya membunuh dan menzalimi anak sendiri setiap hari ketika ibunya ke pejabat. Bapanya pula entah ke mana? Alia dikurung di rumah setiap hari dan turut didera oleh ibunya? Untuk ibu Alia, layakkah anda memakai mahkota seorang ibu, layakkah anada dipanggil ibu hingga sanggup melihat penderitaan dan menzalimi anak anda setiap hari?


Cuba bayangkan Alia yang menangis-nangis, meronta-ronta mohon dilepaskan dan diberi perlindungan. Anak sebesar ini memerlukan kasih sayang, perhatian, perlindungan dan pelukan manja ibu bapa untuk terus membesar dengan ceria dan sihat. Alia tidak ada semua itu. kegelapan menyelubungi hidupnya setiap hari. Ada hikmah di atas kematian Alia. Supaya Alia terlepas dari penderitaan ini. Allah lebih sayangkan Alia. Agar masyarakat membuka mata dan hati mereka. Pekalah dengan apa yang terjadi di sekeliling anda. Bantulah kanak-kanak yang didera walau pun anak saudara kandungan anda. Walau pun anak-anak jiran anda. Semua pihak perlu berkerjasama. Janganlah takut untuk memberi peluang orang lain hidup dengan gembira dan bahagia.


Senario ini sudah pastinya dikaitkan dengan ibu bapa sendiri. Jadilah ibu bapa yang mithali. Berpegang pada ajaran Islam, berpegang pada didikan Al QUran dan Sunnah. Gunakanlan iman, ilmu dan akal dalam setiap tindakan untuk mendidik anak-anak. JAdilah ibu bapa yang terbaik untuk melahirkan anak-anak yang berjaya di dunia dan akhirat. Tak kiralah kita miskin atau kaya, kita boleh menjadikan anak-anak, suami dan isteri kita yang terbaik dan cemerlang. Menjadi keluarga contoh kepada orang lain dan berilah kasih sayang dan perhatian yang cukup untuk anak-anak kita. Saya berdoa dan berharap agar kes-kes ini tidak berlaku lagi pada masa akan datang. Insya Allah. Semoga Allahyarhamah Alia ditempatkan di kalngan hamba-hambanya yang soleh dan bahagia di sana. Al Fatihah.........


Hukuman Maksimum Buat Pesalah Kes Dera Kanak-kanak - Sharizat

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang amat terkejut, sedih, dan kecewa dengan kematian kanak-kanak perempuan, Aaliyah Aiman Hussin Abdullah akibat penderaan, menyarankan agar pesalah bagi kes penderaan dan keganasan kanak-kanak dikenakan hukuman maksimum.

Beliau turut menyarankan supaya pihak berkuasa termasuk polis menyegerakan siasatan kes-kes penderaan kanak-kanak supaya mereka yang bertanggungjawab terhadap perlakuan tidak berperikemanusiaan itu dikenakan tindakan sewajarnya.

Beliau berkata demikian pada satu persidangan akhbar di pejabatnya di sini Khamis sebagai mengulas kes Aaliyah Aiman, 3, yang dipercayai didera, dirogol dan diliwat sehingga mengakibatkan kematiannya.

Aaliyah Aiman, dipercayai didera teruk oleh ibunya dan teman lelaki ibunya yang merupakan seorang warga Sudan, di sebuah kondominium di Cheras minggu lepas, dan kedua-dua suspek yang ditangkap pada 14 Okt lepas itu kini ditahan reman sehingga Ahad ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Shahrizat seterusnya meminta kerjasama semua pihak supaya melaporkan segera kes-kes berkaitan penderaan kanak-kanak kepada pihak berkuasa, kementerian atau Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), dan menurutnya penderaan dan keganasan terhadap kanak-kanak tidak seharusnya berlaku dan mesti dibanteras dalam masyarakat.

Beliau berkata orang ramai juga boleh menghubungi Talian Nur 15999 yang diperkenalkan sejak Disember 2007 khusus untuk menerima aduan, menyalur bantuan dan bagi mendapatkan maklumat mengenai kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan.

Sambil mengakui kes-kes penderaan kanak-kanak semakin membimbangkan, Shahrizat berkata berdasarkan statistik JKM, 2,607 kes dilaporkan menerusi Talian Nur 15999 sejak Disember 2007 sehingga Oktober lepas dengan 278 daripada laporan itu membabitkan kes penderaan kanak-kanak yang sahih.

"Malang sekali masih ramai di kalangan rakyat yang tidak mahu tampil ke hadapan untuk melaporkan segera kes penderaan kanak-kanak dan ini turut menyumbang kepada peningkatan kes berkenaan," katanya.

Shahrizat berkata kerajaan amat mengambil berat soal kanak-kanak dan menyediakan Akta Kanak-Kanak 2001 serta Dasar Perlindungan Kanak-Kanak 2009 yang memperjelaskan bahawa setiap kanak-kanak harus mendapat perlindungan daripada pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi di dalam masyarakat.

"Mereka juga seharusnya mendapat hak yang sepatutnya dari segi jagaan, pemeliharaan, kasih sayang, sokongan dan bantuan sosial," katanya.

Menurutnya kegagalan untuk mematuhi akta dan dasar itu membolehkan individu disabitkan dengan kesalahan didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

-- BERNAMA

Jom Beli Tudung Online (",)

BICARA INSPIRASIHANA

ARTIKEL-ARTIKEL INSPIRASIHANA

Kaunter Pengunjung

PENGUNJUNG INSPIRASIHANA