JOm JOin Butik INspirasihana

PENYUSUAN UMMI

Lilypie Breastfeeding tickers

ULANGTAHUN PERKAHWINAN

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

INSYIRAHKU SAYANG

Lilypie First Birthday tickers

NAJWANKU SAYANG

Lilypie Third Birthday tickers

JANGAN TINGGAL SOLAT

JANGAN TINGGAL SOLAT

JOM TUTUP AURAT

JOM TUTUP AURAT

Islamic Clock

Islamic Calendar

About Me

My Photo
INSPIRASIHANA
Ipoh, Perak, Malaysia
KAMI MENJUAL TUDUNG DAN KERONGSANG SECARA ONLLINE..DAPATKAN HANYA YANG TERBAIK DI BUTIK INSPIRASIHANA
View my complete profile

Inspirasi Wanita

Wednesday, August 13, 2008

PostHeaderIcon USRAH DI RUMAH (",)

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh...


Lamanya rasa tak menulis...rasanya inilah artikel pertama dalam bulan Ogos. Almaklumlah bulan ni bulan yang paling sibuk di pejabat dan di rumah. Di pejabat ...banyak kerja-kerja yang perlu diselesaikan seelum cuti seminggu pada minggu depan tambahan pula hampir setiap hari outstation ke daerah-daerah sekitar perak untuk mesyuarat dan aktiviti jabatan. Namun begitu alhamdulillah, saya masih berpeluang membahagikan masa dengan urusan rumah dengan tanggungjawab sebagai seorang isteri...erm..kat rumah pun sibuk juga, saya dan suami sibuk mengemaskan barang-barang untuk berpindah ke rumah baru pada minggu hadapan. Alhamdulillah, hampir selesai aktiviti kemas-mengemas ni...(",)


Pada hari Selasa yang lepas, suami saya dan exco-exco ABIM mengadakan usrah di rumah yang kami tinggal sekarang....ramai juga yang datang, hampir 13 orang datang bersolat jamaah Mahgrib dan Isyak serta meneruskan usrah dengan tafsir Al-Quran dan beberapa pengisian yang lain....Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik. Walaupun usrah tersebut diadakan pada hari bekerja, balik petang dah penat, namun kehadiran tetamu menghilangkan rasa penat tambahan pula, suami, ibu mertua dan bapa mertua banyak membantu...(",) Banyak juga makanan yang dihidangkan untuk tetamu yang datang...


Bagi semua wanita di luar sana, semoga kita cekal hati, berjiwa besar dan tabah dalam menguruskan rumahtangga, walau pun penat dan letih namun tanggungjawab kita sebagai seorang isteri dan ibu perlu diutamakan dan buatlah sesuatu dengan hati yang redho dan ikhlas, semoga diberkati Allah. Erm..... kepada para suami pula, jangan lupa menolong isteri anda di rumah, kerja-kerja rumah biarlah dilakukan bersama agar mudah tugasan isteri di samping dapat berkongsi rasa penat dan letih bersama, baru harmoni rumahtangga..Insya Allah....(",)

4 comments:

Unknown said...

Saya kepingin juga menyertai usrah semula. huhu

INSPIRASIHANA said...

Insya Allah...ada peluang join ler balik..seronok berusrah...dalam sibuk kita bekerja..at least ade pengisian dalam jiwa...(",)

Anonymous said...

Kak Hana dan suami, Suhail dan bertunang dengan anak En. Azam..Nazifah..

lagi satu..20/9 ni, ada usrah bersama En Azam di rumah Malie di Cheras..berbuka puasa bersama-sama..jgn lupa dtg..dah lama tak kumpul ramai2..

nadmin

INSPIRASIHANA said...

Nadmin..ye ke..suhail dah bertunang..baguihler....insya Allah kita org datang...erm nak tido mane??umah nadmin dan fad ke..hehe...ok....selamat berusrah kembali...

Jom Beli Tudung Online (",)

BICARA INSPIRASIHANA

ARTIKEL-ARTIKEL INSPIRASIHANA

Kaunter Pengunjung

PENGUNJUNG INSPIRASIHANA