JOm JOin Butik INspirasihana

PENYUSUAN UMMI

Lilypie Breastfeeding tickers

ULANGTAHUN PERKAHWINAN

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

INSYIRAHKU SAYANG

Lilypie First Birthday tickers

NAJWANKU SAYANG

Lilypie Third Birthday tickers

JANGAN TINGGAL SOLAT

JANGAN TINGGAL SOLAT

JOM TUTUP AURAT

JOM TUTUP AURAT

Islamic Clock

Islamic Calendar

About Me

My Photo
INSPIRASIHANA
Ipoh, Perak, Malaysia
KAMI MENJUAL TUDUNG DAN KERONGSANG SECARA ONLLINE..DAPATKAN HANYA YANG TERBAIK DI BUTIK INSPIRASIHANA
View my complete profile

Inspirasi Wanita

Sunday, September 14, 2008

PostHeaderIcon PERISTIWA BULAN RAMADHAN YANG LALU...


Alhamdulillah...seluruh umat Islam telah melalui FASA PERTAMA, FASA KEDUA dan sekarang kita sedang melalui FASA KETIGA RAMADHAN ....di mana di dalamnya ada satu malam yang dinamakan Lailatul Qadar.....


Erm..adakah kita telah bersedia untuk itu???Marilah kita bersama-sama merebut peluang yang hanya sekali ini...Carilah antara malam 10 yang terakhir ini....Di dalam kesibukan kita mempersiapkan persiapan Eidulfitri...dalam pada itu juga Ramadhan makin meninggalkan kita....


Bila sebut bulan Ramadhan ni...saya masih lagi teringat peristiwa-peristiwa yang tidak dapat dilupakan pada Ramadhan-Ramadhan yang lepas...Saya masih ingat lagi, masa tu saya "chambering kat KL"...(Praktikal)..masa tu on the way dari Magistrate Court ke Industrial Court....saya melalui kedai-kedai mamak berhampiran, jam menunjukkan pukul 10.30 pagi...saya terpandangkan kelibat manusia sedang minum air teh tarik dengan roti canai...memang tak salah kalau orang yang dimaksudkan berbangsa lain, tetapi setelah saya perhatikan betul-betul, rupanya orang melayu kita....Sedih sangat rasa hati bila umat Islam sendiri tak dapat menghayati kelebihan Ramadhan dan dengan tanpa rasa malu makan dan minum di khalayak ramai...


Peristiwa kedua pulak..masa tu nak pergi keja..awal pagi lagi dalam kul 8.00 pagi.saya lalu kat depan kedai mamak gak..masa tu drive nak pegi mahkamah kat penang...saya nampak ada dua orang melayu beli lauk pauk kat kedai mamak...pas tu mamak tu bagi plastik hitam...org melayu tu pun macam takut2 je bawak makanan tu ke motor dia...erm...kenapa takut dengan manusia kalau tak takut dengan Allah??? Entahlah..rugi sangat umat Islam ni kalau tak merebut ganjaran di bulan yang mulia ini...dan saya berdoa semoga saya tak jumpa lagi oarang2 melayu yang tak berpuasa pada masa2 akan datang...sedih sangat tengok sikap mereka...
Dek kerana dua kisah yang di atas ni..saya sarankan JAKIM menguatkuasakan undang-undang dengan lebih tegas lagi dan memastikan kedai mamak juga ditutup di bulan Ramadhan yang mulia ini...Insya Allah...


Sehubungan dengan itu sahabat semua...mari kita merebut 10 malam terakhir di bulan yang mulia ini...semoga kita bertemu dengan Lailatul Qadar...di mana satu malam yang memberikan ganjaran dan pahala yang lebih baik dari 1000 malam...semoga kita tergolong di kalangan hamba2nya yang soleh, diberikan rahmat dan diterima segala amalan....dan semoga kita juga berpeluang merebut LAILATUL QADAR ini..insya Allah....DOAKAN KITA BERTEMU LAGI BULAN RAMADHAN pada tahun hadapan...insya Allah...(",)

4 comments:

Anonymous said...

Kesian mereka-mereka yang tak faham dan tak sedar tu..

"Ya Allah berilah kefahaman kepada kami di dalam beragama"

INSPIRASIHANA said...

Semoga mereka di luar sana mendapat petunjuk dan hidayah dari Ilahi...(",)

Unknown said...

Ada juga yang "beriman" semasa berbuka, tetapi terlajak...Maghrib. Solat terabai.

INSPIRASIHANA said...

Saya setuju dengan anuar....banyak juga di kalangan umat Islam kita atau pun melayu...hanya berpuasa sahaja...tapi amalan lain seperti solat...baca al quran....zakat.....dan amalan lain tak buat...itulah masalah umat kita...ade juga saya tengok dalam tanyalah ustaz setiap pagi di tv9...soalan yang bertanyakan ustaz tu..."macam mane saya nak buat kalau suami saya tak puasa..dan dia suruh saya masak utk dia makan di siang hari....???bila saya dengar soalan ni..rasa sedih sangat...suami yang patut jadi ketua keluarga..membimbing isteri dan anak2...dia pula jadi sebaliknya...sebab itulah banyak penyakit sosial dalam masyarakat kita.....doakan semua umat Islam..khususnya di negara kita kembali sedar...dan beramal kerana Allah....

Jom Beli Tudung Online (",)

BICARA INSPIRASIHANA

ARTIKEL-ARTIKEL INSPIRASIHANA

Kaunter Pengunjung

PENGUNJUNG INSPIRASIHANA