JOm JOin Butik INspirasihana

PENYUSUAN UMMI

Lilypie Breastfeeding tickers

ULANGTAHUN PERKAHWINAN

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

INSYIRAHKU SAYANG

Lilypie First Birthday tickers

NAJWANKU SAYANG

Lilypie Third Birthday tickers

JANGAN TINGGAL SOLAT

JANGAN TINGGAL SOLAT

JOM TUTUP AURAT

JOM TUTUP AURAT

Islamic Clock

Islamic Calendar

About Me

My Photo
INSPIRASIHANA
Ipoh, Perak, Malaysia
KAMI MENJUAL TUDUNG DAN KERONGSANG SECARA ONLLINE..DAPATKAN HANYA YANG TERBAIK DI BUTIK INSPIRASIHANA
View my complete profile

Inspirasi Wanita

Wednesday, July 15, 2009

PostHeaderIcon ANUGERAH HARI LAHIR KU...(",)

MUHAMMAD ZAKIR NAJWAN....
KEHADIRANMU MENCERIAKAN HATI UMMI DAN ABI

SEMOGA MEMBESAR DALAM KEREDHOAN ALLAH


PERMATA HATI KESAYANGAN UMMI


DI SAMPING SUAMI TERCINTA YANG SELALU MEMBERI BIMBINGAN DAN DORONGAN..TERIMA KASIH ABANG
I LOVE YOU SO MUCH..



2 INSAN YANG SENTIASA BERTAKHTA DIHATIKU WALAU DI MANA BERADA..BOTH OF YOU COMPLETE MY LIFE ...LOVE YOU

INILAH HADIAH HARI LAHIR YANG KE 28 YANG DITERIMA DARI SUAMI...HUHU....TERHARU DIBUATNYA...TERIMA KASIH ABANG..(",)


Assalamualaikum wwarahmatullah...
Pagi ini bertarikh 16 Julai 2009 dan usiaku kini telah mencecah 28 tahun...alhamdulillah telah graduate, telah berumahtangga, telah mempunyai kerjaya, telah mempunyai seorang anak (http://hannakids.blogspot.com) dan juga kini bergelar seorang ibu yang berkerjaya pada usia 28 tahun huhu dah tua rupanya hmmmm...Alhamdulillah pagi ini saya mulakan hari dengan berpuasa bersama suami di Bulan Rejab supaya bermulanya usia yang baru bakal mencorakkan kehidupan yang lebih baik dan diberkati Allah. Sebenarnya banyak perkara yang harus dimuhasabah sepanjang Allah meminjamkan udara untukku terus bernafas di usia 28 tahun ini. Alhamdulillah, begitu banyak nikmat dan keselesaan yang telah Allah berikan, Allah meminjamkan mata kepadaku untuk melihat, meminjamkan telinga untuk mendengar, meminjamkan kaki untuk berjalan, meminjamkan tangan untuk memegang dan menyentuh, meminjamkan mulut untuk bercakap, meminjamkan hidung untuk menghidu dan bernafas dan banyak lagi nikamt yang Allah berikan.




Namun begitu, adakah saya bersyukur selama ini. Cukupkah amalan saya untuk membalas semuanya. Semakin saya memuhasabah diri, semakin banyak amalan yang telah hampir ditinggalkan. Insya Allah, saya cuba untuk konsisten melakukan amalan yang saya lakukan semasa sekolah dan di UIA dulu, rajin solat Sunat Dhuha, Qiyamulail, konsisten membaca Al Quran selepas solat Maghrib dan Al Mathurat.
Kadang-kadang saya tak sempat melakukan semua itu dengan alasan ingin menidurkan anak dan membuat kerja-kerja rumah yang lain.



Memang banyak kerja rumah, selalunya selesai solat Maghrib saya membaca juga Al Quran tetapi bila anak menangis saya habiskan bacaan dan mengambil anak. Saya perlu lebih mengururskan masa dengan baik, untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik. Suami selalu mengingatkan saya tentang 5 perkara sebelum datang 5 perkara iaitu:-
1. Sihat sebelum sakit 2. Muda sebelum tua 3. Kaya sebelum miskin 4. Lapang sebelum sempit 5. Hidup sebelum mati Insya Allah saya cuba meningkat prestasi ibadah saya. Selain itu saya dan suami juga aktif dalam Persatuan Pelajar semasa di UIA dulu untuk membantu ummah dan masyarakat sekeliling. Dan kini setelah bergelar isteri dan ibu saya agak liat untuk bergerak aktif dan berbakti kepada masyarakat. Mungkin juga saya perlukan masa untuk menyesuaikan diri. Alhamdulillah sekarang anak dah pun 7 bulan lebih jadi dapatlah saya merangka aktiviti-aktiviti mendekati masyarakat bagi membantu program-program ummah itupun dengan bantuan suami insya Allah.




Saya bercita-cita menjadi ibu yang dapat mendidik anak-anak membesar dan berjaya di dunia dan akhirat. Saya ingin menjadi madrasah terbaik yang melahirkan mereka supaya saya dan suami dapat menjadi contoh yang terbaik. Insya Allah.
Ha...terlanjur bercerita...saya nak berkongsi cerita berkenaan hadiah hari lahir yang saya terima dari suami tercinta, kasut dan handset, walau pun tak mahal tapi saya tak kisah walau pun sekadar menerima ucapan Hari Lahir sahaja. "Terima Kasih abang, I really love you...hehe..ini bukan ayat bodek ye bang...dan malam ni suami nak bawa saya dan anak pi berbuka puasa di luar (",) Lagi sekali untuk abang..."semoga dimurahkan rezeki dan diberkati selalu hendaknya..."




Begitu juga ibu yang telah memberikan sepasang baju kurung buat saya...sayang sangat mak...hehe (",), ayah dan adik2 saya yang pagi-pagi lagi telah menghantar mesej mengucapkan Hari Lahir...terima kasih...(",) I miss u all ..so much....Dan saya juga menerima mesej dan ucapan hari lahir dari sahabat2 dari sekolah rendah dan menengah yang dulu..tak sangka dia org masih ingat Hari Lahir saya..sungguh terharu...huhu..terima kasih Wani, Fida dan Fiq. Terima kasih semua.





Sebenarnya bila usia meningkat ni pelbagai perasaan yang dirasai, gembira dan bersyukur kerana dipanjangkan usia, sedih kerana bimbang amalan tak sempurna dengan usia yang semakin meningkat, terharu dengan ingatan dari insan-insan yang tersayang dan kawan-kawan dan macam-macam lagi yang dirasai. Walau apapun yang terjadi, perjuangan harus diteruskan. Saya perlu meningkatkan prestasi menjadi hamba Allah yang bertaqwa, menjadi isteri yang solehah , menjadi ibu yang mithali, anak yang solehah kepada ibu bapa saya dan mertua saya, kakak yang menjadi contoh terbaik dan anggota masyarakat yang berjasa kepada ummah. Insya Allah saya akan berhijrah kepada yang lebih baik. Doakan perjalanan hidupku dipermudahkan dan terus mendapat keredhoan Allah.

4 comments:

Cik Amy Sensei said...

salam kak hana..

selamat ulangtahun yang ke 28..
semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..

ceria selalu ok..

Hamba ALLAH said...

Assalammualaikum,
Ehe....Rupanya Puan Ku tahu bahawasanya dirinya dah tua..OPSSS!!! Berusia...(Bahasa yang indah perlu dilontarkan bagi meluahkan hakikat yang mungkin membuatkan seseorang terasa tua..Ngeee)...
Apa pun..Selamat Hari Lahir buat puanku yang baik hati & nampak muda walaupun dah tua...Ngee...Semoga setiap apa yang Puan Hana impikan, harapkan dan doakan tercapai...Semoga bahagia bersama insan-insan yang tersayang dan kekal menjadi seorang muslimah, isteri, ibu dan anak yang solehah....

p/s: Doakan sy gak eh...Hehehehe...

NaDiaH SiDeK said...

slmt hari ulangtahun ke-28! smg diberkati Allah & dipjgkn umur dlm keimanan dan ketaatan pdNya..

sethn aje beza umur kita ye..insyaAllah bln 8 ni sy genap 27 thn :)

INSPIRASIHANA said...

Cik Amy, Dayang dan Nadiah..terima kasih atas ucapan..semoga ukhhuwwah kita berkekalan (",)

Jom Beli Tudung Online (",)

BICARA INSPIRASIHANA

ARTIKEL-ARTIKEL INSPIRASIHANA

Kaunter Pengunjung

PENGUNJUNG INSPIRASIHANA