JOm JOin Butik INspirasihana

PENYUSUAN UMMI

Lilypie Breastfeeding tickers

ULANGTAHUN PERKAHWINAN

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

INSYIRAHKU SAYANG

Lilypie First Birthday tickers

NAJWANKU SAYANG

Lilypie Third Birthday tickers

JANGAN TINGGAL SOLAT

JANGAN TINGGAL SOLAT

JOM TUTUP AURAT

JOM TUTUP AURAT

Islamic Clock

Islamic Calendar

About Me

My Photo
INSPIRASIHANA
Ipoh, Perak, Malaysia
KAMI MENJUAL TUDUNG DAN KERONGSANG SECARA ONLLINE..DAPATKAN HANYA YANG TERBAIK DI BUTIK INSPIRASIHANA
View my complete profile

Inspirasi Wanita

Monday, April 12, 2010

PostHeaderIcon Kisah Pembuangan Bayi Mencari Satu Penyelesaian
















Assalamualaikum


Jam menunjukkan pukul 1.30 pagi..dan hati saya terpanggil untuk mengulas tentang isu ini walau pun ia telah sering dibincangkan di dada-dada akhbar, media massa, di pejabat, di sekolah, di kedai kopi dan sebagainya. Namun isu ini masih lagi belum lagi selesai. Ketika saya sedang mencari isi untuk menulis dan memuat turun beberapa gambar pembuangan bayi..hati saya merasa sungguh sayu, terluka dan sebak melihat gambar-gambar anak-anak comel yang cukup sifat dibuang dengan cara yang kejam tanpa perikemanusiaan.


Apakah tidak sedikit pun timbul rasa bersalah di hati penzina-penzina ini sehinggakan tergamak melakukan satu lagi dosa besar setelah melakukan dosa besar berzina??Tidak takutkah mereka dengan siksaan Allah??Apa dosa anak-anak comel ini. Saya seorang ibu kepada anak yang berusia 1 tahun 4 bulan dan sedang mengandung adiknya yang berusia 4 bulan, dan ibu-ibu di luar sana, sudah tentu mengalirkan air mata melihat gejala pembuangan bayi ini semakin menjadi-jadi. 


Wahai wanita sekalian, takutlah kamu dengan siksaan Allah, segeralah bertaubat jika kamu terlanjur. Allah MAha Pengasih lagi Pengampun. Jadilah wanita solehah perhiasan dunia yang tinggi maruahnya. Kita dijadikan bukan untuk menjadi bahan dagangan atau tempat pemuas nafsu serakah lelaki. Kita dijadikan dengan sebaik-baik kejadian untuk menjadi tulang belakang kaum Adam bagi menegakkan Syiar Allah di muka bumi ini. Jadilah anak yang solehah yang boleh menjaga maruah diri dan keluargamu, jadilah isteri yang solehah yang boleh manjaga maruah diri dan suamimu dan jadilah ibu yang mithali yang menjadi contoh teladan yang mulia kepada anak-anakmu.


Saya sungguh bimbang melihat anak gadis kita pada hari ini. Punca segala masalah adalah sistem pendidikan dan juga didikan Agama oleh keluarga kepada anak-anak ini. Saya melihat ibu bapa sekarang terlalu dikatakan "open minded" sekiranya memberi laluan kepada anak-anak gadis mereka tidak menutup aurat, memakai baju ketat, seluar ketat, mempunyai "boyfriend", dihalalkan pula pergaulan bebas mereka hingga boleh di bawa ke rumah pada bila2 masa. Ibu bapa pula seakan-akan terlalu"sporting" dengan perbuatan dan tingkah laku anak-anak mereka asalkan anak-anak mereka tidak lari dari rumah. Beginikah ajaran dan didikan yang sepatutnya diberikan????

Pada hari ini... jika kita melalui taman, pantai atau air terjun, pasti kita akan menemui berpasang-pasang sejoli sedang berasmara dana. Bukan sahaja di tempat sembunyi, malah mereka sudah berani menunjuk-nunjuk aksi biadap mereka di khalayak ramai seperti di pusat membeli belah dan kedai makan. Walau pun perbuatan mereka itu di hadapan seorang ustaz dan ustazah. Sedikit pun di hati mereka tidak ada rasa malu malah bangga dengan apa yang dibuat. Jadi apakah peranan masyarakat jika menyaksikan kejadian ini??Kita mesti mencegah dengan menegur mereka..Jangan takut, kita mengakkan kalimah Allah, didik mereka dan tegur dengan hikmah.Lakukan sesuatu, kita mesti bertindak dari sekarang.


Dunia yang semakin mencabar pada hari ini sudah tentulah mengundang rasa bimbang di hati ibu bapa muda untuk membesarkan anak-anak mereka termasuk saya dan suami. Sentiasalah kita berdoa agar keluarga kita dilindungi Allah, ditetapkan iman dan mendapat zuriat yang soleh dan solehah.Bila menyebut berkenaan zuriat,  betapa ramai suami isteri yang berkahwin pada hari ini masih lagi belum dikurniakan zuriat walau pun telah menunggu beberapa tahun. Tetapi bagi mereka yang berzina, terlalu mudah mendapat zuriat dan membuangnya begitu sahaja tanpa rasa berdosa. Ini adalah ujian terbesar bagi mereka yang belum dikurniakan zuriat. Allah MAha Penyayang, berusahalah....




Menurut kajian, terdapat beberapa faktor menyebabkan berlakunya jenayah ini. Faktor terbesar ialah institusi keluarga yang bermasalah, tiada persefahaman, bergaduh, bercerai dan lain-lain. Oleh itu setiap ibu bapa perlu sedar bahawa masa hadapan anak-anak terletak kepada suasana rumahtangga yang mereka bina. Jika mereka hidup dalam suasana keimanan, keharmonian dan kasih sayang nescaya Allah mengurniakan kebahgiaan didunia dan diakhirat .Firman allah s.w.t di dalam surah At-Thur ayat 21:

"Dan orang yang beriman dan diikuti oleh zuriat keturunan mereka dalam keimanan, kami hubungkan zuriat keturunan itu dengan mereka (didalam syurga) dan kami tidak mengurangi sedikit pun daripada pahala amalan mereka.Setiap manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya".




Perbuatan membuang bayi di merata tempat dan menjadi mangsa binatang buas adalah satu jenayah yang amat zalim dan keji serta lebih hina tarafnya daripada haiwan. Malah haiwan lebih baik kerana mengasihani dan memelihara anak dan sanggup mati demi keselamatan anak-anak . Inilah kesannya apabila rohani seseorang tidak diisi dengan ajaran agama. Renungilah amaran Allah s.w.t didalam surah Al-A'raaf ayat 179 :

"Sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakkannya daripada jin dan manusia,mereka mempunyai hati (tetapi) tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat allah), mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakan untuk melihat (bukti keesaan allah) dan mereka mempunyai telinga(tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ajaran dan nasihat). Mereka itu seperti binatang ternakan,bahkan mereka lebih sesat lagi.Mereka itulah orang yang lalai".

Di bawah ini adalah saranan yang saya ambil dari Jabatan Agama Islam Selangor di dalam satu khutbah Jumaatnya iaitu cara-cara menangani jenayah ini. Antaranya ialah:-

Pertama - Institusi keluarga perlulah diperkukuhkan dengan berlandaskan konsep rumahku syurgaku.

Kedua - Program-program dakwah perlulah dipertingkatkan dan digerakkan secara bersepadu.

Ketiga - Pihak yang bertanggungjawab perlulah membanteras pengedaran bahan-bahan lucah daripada tatapan anggota masyarakat terutama golongan remaja.

Keempat- Program-program hiburan melampau yang merosakkan akhlak perlulah dihentikan.

Kelima- Ibu bapa perlulah mengawal pergerakkan anak-anak daripada terlibat dengan pergaulan bebas.

Keenam - Usaha-usaha pencegahan kegiatan tidak bermoral perlulah dipertingkatkan oleh semua pihak.

Akhirnya adalah diingatkan bagi mereka yang sudah terlanjur, hendaklah segera bertaubat dan menjauhi segala perbuatan-perbuatan terkutuk tersebut. Janganlah membunuh bayi, berilah mereka peluang untuk hidup. Semoga Allah s.w.t menerima taubat hamba-hambanya.

"Sesungguhnya penerimaan taubat disisi Allah s.w.t hanya bagi orang yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan, kemudian mereka segera bertaubat,(dengan adanya dua sebab itu), maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya dan (ingatlah) Allah maha mengetahui, lagi maha bijaksana".

 Ya-Allah, engkaulah tuhan yang maha berkuasa, kami bersyukur kehadratmu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat, sehingga kami dapat meneruskan usaha kearah memperkukuhkan syiarMu. Justeru kami pohon kehadratmu ya-Allah, tetapkanlah iman kami, tingkatkanlah amal kami, kukuhkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami, kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat, suburkanlah jiwa kami dengan budi pekerti yang mulia, kembalikanlah generasi muda kami ke jalan yang engkau redhai, lindungilah kami daripada ujianmu yang berat seperti banjir besar, kemarau panjang, wabak penyakit, persengketaan, kemiskinan dan lain-lain supaya dengan demikian, negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat.




Ameen Ya Rabbal A'lamin.

2 comments:

MaMa aHMaD said...

kyg stuju sgt dgn keenam-enam saranan yg kyong nyatakan tu...sgt penting tu dlm pembentukan institusi keluarga n masyarakat yg baik.

INSPIRASIHANA said...

Semoga mereka yang terlanjur mendapat taufiq dan hidayah..dan mereka yang berzina segera bertaubat...

Jom Beli Tudung Online (",)

BICARA INSPIRASIHANA

ARTIKEL-ARTIKEL INSPIRASIHANA

Kaunter Pengunjung

PENGUNJUNG INSPIRASIHANA