JOm JOin Butik INspirasihana

PENYUSUAN UMMI

Lilypie Breastfeeding tickers

ULANGTAHUN PERKAHWINAN

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

INSYIRAHKU SAYANG

Lilypie First Birthday tickers

NAJWANKU SAYANG

Lilypie Third Birthday tickers

JANGAN TINGGAL SOLAT

JANGAN TINGGAL SOLAT

JOM TUTUP AURAT

JOM TUTUP AURAT

Islamic Clock

Islamic Calendar

About Me

My Photo
INSPIRASIHANA
Ipoh, Perak, Malaysia
KAMI MENJUAL TUDUNG DAN KERONGSANG SECARA ONLLINE..DAPATKAN HANYA YANG TERBAIK DI BUTIK INSPIRASIHANA
View my complete profile

Inspirasi Wanita

Sunday, February 1, 2009

PostHeaderIcon JADUAL BERUBAH DENGAN KEHADIRAN CAHAYA HATI






























Alhamdulillah...Muhammad Zakir Najwan bin Mohd Nabil Majdi telah membesar dengan sihat.....semoga Allah merahmati kami sekeluarga dan sentiasa memberikan kesihatan yang baik untuk menambahkan ibadah kepadamu, dapat membesarkan si manja dengan penuh didikan agama dan dapat menyempurnakan tugasan harian dengan baik....


Setelah 2 bulan habis berpantang....kini tiba masanya saya memulakan kerja di pejabat...terasa rindu sangat apabila berjauhan dengan si manja...tetapi apa boleh buat..."umi terpaksa berpisah sebentar dengan Najwan untuk membantu abi mencari rezeki"...



Alhamdulillah, setelah habis pantang, saya harus melalui jadual harian yang semakin ketat sebagai ibu kepada si manja dan sebagai isteri...Di sini, bantuan dan sokongan suami sangat penting dalam membesarkan anak dan membantu menguruskan rumahtangga, alhamdulillah saya dan suami dapat melaluinya dengan baik....


Dengan kehadiran si manja, saya dan suami harus bersedia untuk berjaga malam apabila si manja menangis dan terjaga...hehe...harus bangun awal pagi untuk menyiapkan diri dan menghantar si manja kepada pengasuh....Alhamdulillah si manja boleh ditinggalkan kepada pengasuh walau pun pada mulanya berat hati saya untuk meninggalkannya....


Kini si manja telah berusia 2 bulan 2 minggu dan si manja semakin membesar dengan sudah pandai tersenyum serta mula bermain-main..seronok sangat apabila melihat senyuman pertama si manja memberi respon kepada saya apabila saya mengusiknya.....


Insya Allah semoga Allah memberikan kekuatan kepada saya dan suami untuk membesar dan mendidik anak-anak dengan baik.Erm......cuba perhatikan gambar-gambar najwan di atas...Najwan ikut muka saya ke suami???Hehe...(",)

13 comments:

Anuar Manshor said...

Semoga hidup kalian lebih diberkati dengan kehadiran "jemaah" baharu.

Sahalfikri said...

akak, buku Pedoman Pendidikan Anak-Anak Dalam Islam karangan Dr Abdullah Nasih Ulwan. Sgt bagus untuk ibubapa.

Ada 2 jilid. Boleh akak dan suami corakkan anak dengan sangat teliti dan baik.

Kita perlukan generasi yang lebih baik daripada kita. Saya doakan anak akak menjadi seorang pejuang Islam yang tulus.

NURUL HANA (INSPIRASIHANA) said...

Nuar terima kasih atas doa anta...

Suhail..insya Allah kami dapatkan buku tersebut untuk panduan....sekarang kami sedang menghadam buku ANAKKU SOLEH ANAKKU HEBAT karangan Ustaz Zahazan (UIA)...seronok baca buku tu...nanti nak ulas sikitlah dalam artikel...penerangan berkenaan didikan anak yang lebih direct (",)

-shu- said...

Hana! Comelnya Najwan.. Cute macam ummi dia & ensem mcm abi dia..

NURUL HANA (INSPIRASIHANA) said...

Shu...terima kasih alhamdulillah...nanti kita pi induksi sama-sama yer bawak baby...hehe (",)

Adlin Badar said...

assalamualaikum..

akak sihat..alhamdulillah..TAHNIAH utk hana d nabil..wahh..bertambah ceria laa hari2 lepas ni dgn keletah putera kecil.

Ahlan wasahlan utk Najwan..moga mjadi khalifh Allah yang taat d bijaksana..macam abi n ummi dia..

Sampaikan salam akak pada semua ya..

NURUL HANA (INSPIRASIHANA) said...

To Kak Intan..

Waalaikummussalam....selamat meneruskan perjuangan di sana yer...take care (",)

Uwais Amzar's Family said...

Salam ukhuwwah.. Mabruk untuk kalian atas kelahiran the little khalifah.. mg membesar dgn sehat, menjadi hambaNya yg Taat, anak yg soleh.. membawa sinar kegemilangan buat Islam insyaAllah..

NURUL HANA (INSPIRASIHANA) said...

To Ummu Uwais Amzar

Terima kasih Ayu atas nasihat..insya Allah..semoga anak2 kita menjadi mujahid sejati...menegakkan kegemilangan Islam (",)

Ibu Humaira' said...

hana! tq melawat blog humaira' yg tak seberapa. kakshue tulis blog ni pun kdg2 sbb saje nak meluahkan kesedihan dan kerisauan. Lgpun, saje biar ada records... esok2 kalau nak rujuk senang...ehehe... Eh ye ke anak dgn ibu ok sket? akak rasa dgn ibu lagi dia mengada2. i mean, sbb dia tau ibu syg sgt kat dia, jd dia boleh manja lebih2 sket. Seronok kan dh jadi ibu? Nnt Zakir dah besar sikit, dah boleh dtg peluk Hana, letak kepada dia kat bahu Hana, lagi Hana akan rasa seronoknya jadi ibu. Kdg2 sampai nak menitis air mata tau! Kakshue pun selalu jugak tengok blok Hana. Suka baca cerita. Cuma tak pernah tinggal komen je. Takpe lepas ni kakshue rajin2 mengomen...hehehe...

NURUL HANA (INSPIRASIHANA) said...

Kak Shue..terima kasih berkunjung ke blog Hana.....hehe..seronok tau baca cerita humaira dalam blog akak...yang paling terharu..suami akak sanggup cuti 10 hari utk temankan akak dan humaira kan...besar sungguh pengorbanan...baguihla suami isteri macam tu, saling tolong menolong....mula2 nak arrange tima kat umah pening kepala gak...mujurlah suami hana membantu juga..hehe...akak menyusu penuh ke baby...hana menyusukan najwan kat rumah je...bila hantar pengasuh najwan minum susu Anmum infant Care...huhu..tak sabar rasanya nak tunggu Najwan berlari datang peluk Hana dan bermanja2...hehe...sekarang pun Najwan dah pandai meluahkan rasa hati...selalunya hana balik ke rumah terus siapkan diri dulu,solat, mandi dan kalau sempat makan, pas tu pukul 6.15ptg amik dia, rumah pengasuh dekat je ngan umah..alhamdulillah pengasuh dah mandikan najwan utk petang, mudah sikit, pas tu..kalau ahan amik sepanjang perjalanan sampai kat umah dan terus hana menyusukannya.. najwan tak nangis, tapi kalau hubby hana amik, dalam keta najwan ok...tapi bila sampai jer depan pintu umah ,..najwan terus nangis...hana bagi susu hana pun dia tak nak...nagis sambil pujuk hati dia...lama gakler..sampai dia nak tidur dekat maghrib tu, barula dia nak menyusu sampai najwan tertidur.....kadang2 hana ngan hubby nak tergelak tengok keletah najwan..manja benor..hehe...ok akak kirim salam kawan2 kita kat HQ..jumpa lagi..

firdaus khairi said...

akak..buku yang suhail cakap tu ada ngan kami..hantaran angah kat hana hari tu..boleh kongsii..hehehe

INSPIRASIHANA said...

Angah...thanx...sekarang kami tengah menghadam buku ANAKKU HEBAT ANAKKU SOLEH DARI USTAZ ZAHAZAN MOHAMAD (",)

Jom Beli Tudung Online (",)

BICARA INSPIRASIHANA

ARTIKEL-ARTIKEL INSPIRASIHANA

Kaunter Pengunjung

PENGUNJUNG INSPIRASIHANA