JOm JOin Butik INspirasihana

PENYUSUAN UMMI

Lilypie Breastfeeding tickers

ULANGTAHUN PERKAHWINAN

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

INSYIRAHKU SAYANG

Lilypie First Birthday tickers

NAJWANKU SAYANG

Lilypie Third Birthday tickers

JANGAN TINGGAL SOLAT

JANGAN TINGGAL SOLAT

JOM TUTUP AURAT

JOM TUTUP AURAT

Islamic Clock

Islamic Calendar

About Me

My Photo
INSPIRASIHANA
Ipoh, Perak, Malaysia
KAMI MENJUAL TUDUNG DAN KERONGSANG SECARA ONLLINE..DAPATKAN HANYA YANG TERBAIK DI BUTIK INSPIRASIHANA
View my complete profile

Inspirasi Wanita

Monday, April 26, 2010

PostHeaderIcon MENGENALI CINTA ISLAMIK-SEBUAH RENUNGAN







Assalamualaikum warahmatullah

Untuk renungan remaja masa kini dan pasangan-pasangan yang masih belum berkahwin. Mari kita renungkan bersama. Semoga dapat menambahkan Cinta kita kepada Ilahi.Insya Allah.



Cerita ini saya terbaca dari blog rakan multiply {http://penawar85.multiply.com}. Saya rasa perlu saya letakkan di blog saya kerana ianya amat mendidik dan terlalu terkesan dijiwa saya. Cinta...cinta itu indah selagi kita tidak menodainya....
Cinta itu fitrah dan mmg indah dirasakan....
hayatilah dan fahamilah cerita ini.....

Siti Syazwani. Happy Birthday! Semoga kamu akan sentiasa dirahmati Nya… All the best in everything you do… Jaga diri & iman baik- baik yea -Amin, UK-"


Aku mencapai telefon mobilku dan membelek-belek SMS ucapan hari lahir yang diterima minggu lepas. Cukup ringkas. Namun, aku masih tertanya- tanya mengapa Amin hanya mengirimkan SMS sahaja kali ini? Jika tidak, tahun- tahun sebelum ini pasti sudah ada kad besar dan bermuzik akan tiba beberapa hari sebelum hari lahir ku. Dah la 
pakai nombor orang lain, siap tulis nama penuh aku pula tu. Tak pernah pula dia tulis macam ni… Ish, hati mula ragu-ragu. Menyangka sesuatu yang tak baik sedang berlaku.



Adakah dia sudah?Argh, tak mungkinlah! Dia dah kata takkan...
Aku teringat ketika dia pulang bercuti pada musim summer tahun lepas. Namun, sebelum itu aku sudah rasa banyak perubahan berlaku pada dirinya. Dia telah mula banyak memberi nasihat- nasihat baik ketika kami berhubung samada melalui telefon, SMS, email, YM dan juga friendster. Dan ketika itu, aku mendapat cuti seminggu dan telah 
bercadang untuk turun ke KL dengan kakak melawat saudara-mara, dan sambil- sambil itu bolehlah juga berjumpa dengan si Amin. 




Setahun sekali tak salah rasanya. Melepas rindu la sedikit. 'Boring' juga kalau asyik berhubung melalui telefon saja. Lagipun Kuantan-KL sekarang boleh travel dalam 3 jam 1/2 dah. Ulang-alik setiap hari pun boleh. Di KL, aku telah menghubunginya dan cuba mengajak untuk berjumpa. Dia menolak ajakan aku untuk keluar berjalan-jalan daripada pagi sampai ke petang. Dia hanya boleh berjumpa dengan ku seketika sahaja pada petang hari. Walaupun dia beralasan sibuk, tapi aku tahu dia taklah sesibuk mana. Nak tak nak, aku terpaksalah menerima sahaja cadangannya. Asal boleh berjumpa, ia sudah cukup bagi aku. Dan petang itu kami taklah ke mana-mana sangat. Ronda-ronda sahaja dengan kereta Wira kesukaannya itu. Selepas ber-Asar di Masjid Wilayah, Amin membawa aku ke sebuah restoran dan kami akan 'early dinner' di situ.




Kemudian, satu detik yang agak 'mengingatkan' bagi aku adalah 
sewaktu kami dalam perjalanan menghantar pulang aku ke rumah 
saudaraku…Dia ada bertanya "Apa beza kita dengan diaorang kat situ tu ye?" Amin menunjuk-nunjuk ke arah beberapa pasang 'couple' yang sedang lepak berdua-duan di tempat-tempat duduk sepanjang sebuah taman. Aku tergamam sekejap. Huh. Agak menduga, tapi 'simple' saja. "Ala, kita ni baik sket. Tak ada pegang-pegang. Tutup aurat elok. Sampai waktu solat, kita solat. Erm… Islamik sket la pendek cerita!."




"Hmm.." Amin hanya mengangguk-angguk. "Dalam Islam ada ke macam ni?" Amin menduga lagi. Erk… Semakin terkesima aku dibuatnya. Kali ini aku terus diam terpaku. Aku tahu dia lebih banyak tahu selok-belok masalah benda-benda macam ini. Kalau aku jawab lagi, mesti dia 'counter' lagi. Huh. Diam sahaja lah! "Erh, abaikan je lah. Saja je saya tanya…" Amin cuba menyedapkan hati.


Tidak lama selepas Amin terbang pulang semula ke UK untuk Menyambung sesi pelajarannya yang baru, dia ada menghantar satu email kepada ku untuk menerangkan kedudukan dan tujuan dia 
bertanya akan hal itu. Aku sudah mula faham sedikit-sebanyak yang aku perlu mengawal hubungan yang masih tidak 'rasmi' ini. Dan sejak daripada itu dia tidak pernah langsung menelefon aku. SMS pula hanya 
bertanyakan tentang pelajaran sahaja. Itu pun boleh dibilang dengan jari. Namun, aku bersyukur dan gembira kerana dialah yang membuat aku berubah untuk jadi lebih baik dan lebih faham Islam. 



Jika dulu pakaian aku agak ketat dan singkat, kini sudah banyak yang labuh dan longgar aku beli.Tudungku pun pernah ditegurnya agar melabuhkan ke bawah dada. Dialah yang memperkenalkan padaku apa itu usrah dan dakwah. Dia juga ada berpesan - 'Jaga hubungan dengan Allah tu lagi penting. Insya Allah, kemudian Dia akan jaga hubungan kita.'






Jadi, apakah yang akan berlaku selepas ini? Hatiku masih tak tenteram 
memikirkan SMS ucapan hari lahir itu.Macam-macam sangkaan buruk bermain- main dalam hati yang mula busuk ini. Aku masih setia Menanti kepulangannya. Dan aku yakin dia juga setia pada aku. Aku tak pernah memikirkan lelaki- lelaki lain selain dia. Dan aku yakin dia juga tak pernah nak menggatal dengan perempuan-perempuan lain. Dia 
taklah seperti kebanyakan lelaki yang 'playboy' pada masa kini. Ops! Mungkin agak kasar untuk berkata sedemikian.


'Tuuut. Tuuut...' Nada dering SMS berbunyi. Nombor Amin yang terpapar. "Esok free tak? Boleh kita chatting?" "Boleh... Saya free je." jawab aku ringkas. Erm, mesti dia saja nak buat 'surprise.' Aku dah agak dah, takkanlah dia hantar SMS saja untuk 'wish birthday' aku. Keyakinan aku mula bertambah. Dia masih sayang padaku. "Ok.Tq..." balasnya pula.


Keesokannya, aku menanti awal dia online. 'Tuk. Tuk. Tuk..' Amin has signed in. Oh, tepat sungguh waktunya...


Amin: assalamualaikum wbt. 
Wani: wsalam…

Amin: apa khabar? sihat? iman baik?

Wani: alhamdulillah... sihat2..=) awak?

Amin: alhamdulilah… baik2 juga… iman selalu turun naik sejak kebelakagn ni…tp takpe, ok je semua
Wani: awak tak balik ke tahun ni? btw, thanks for the bday wish last week...



Amin: welcome… tak balik. byk kerja sket tahun ni… lagi pun saya nak try bekerja… cari duit...



Wani: wah, rajinnya... baguslah!
Amin: hurm...
Amin: study macam mana?
Wani: ok je... new sem ni berat sket..Jadual pack.
Amin: oic...
Amin: takpe, study rajin2 ye..
Amin: hurm, dah lama nak tanya ni sebenarnya…
Amin: hurm…
Wani: apa dia? tanya la… sila2..
Amin: 1st of all sorry dulu ye… hurm, apa pendapat awak tentang kita
sekarang?
Wani: erh… macam awak kata dalam email tu dulu yang kita ni kan ‘kawan’… tak lebih daripada tu… tp, special sket… tiada couple-couple mcm org lain…declare pun tak kan?
Wani: so, statusnya kawan je la…
Amin: hurm…
Wani: erh, tak betul ke?

Amin: hurm.. ni opinion je la - antara lelaki dan perempuan yg bukan mahram, tiada perhubungan yang lebih akrab melainkan hubungan suami isteri shj…yg lain2.. atas alasan aper skali pun ia tak patut diterima..


Aku tergamam seketika. Tertampar keras juga rasanya…
Wani: jadi…
Amin: saya rasa kita harus stop… stop  untuk berpisah…
Amin: sbb……
Amin: sbb saya sedar yg semua ini adalah salah dan juga keliru…
Amin: benda ni akan buatkan hati ternodai… zina hati akan banyak
berlaku…
Amin: walaupun kita jauh, tak call, tak jumpa dll, tapi hati tetap 'ber’zina’…
Amin: huh...


Amin: saya bercakap itu dan ini pada org ramai… tapi, dalam masa yang sama saya meyelindungi sesuatu yang tak sepatutnya saya buat…

Amin: kononya Islamik…

Amin:saya rasa cara ni tak betul,kita sbnrnya yang dah menyarungkan

benda yg tak baik ni dgn Islam… then, org nampak Islamik…
Amin: saya rasa takde beza pun kita dgn org lain yg duk ber’couple2’
nieh..

Amin: hurm…..
Amin: jadi, saya rasa kita harus berpisah…

Amin: demi menjaga diri…& sama-sama untuk kembali harungi hidup dalam redha Ilahi…

Amin: sorry… sorry byk2 untuk segala apa yang telah kita buat…

Amin: dan sorry juga sbb telah membawa awak ke jalan yang lupa pada-Nya…

Amin: andai ada jodoh, moga dipertemukan…





Astaghfirullahalazim… Aku beristighfar panjang. Ku kesat peluh di dahi… Air mata jahiliyah ku deras menitis membasahi meja. Sedikit terpercik pada keyboard laptop. Aku tak sangka perkara seperti ini akan terjadi sepantas ini. Ringkas, lembut, berhikmah serta points-nya yang jelas membuat aku tak dapat membantah dan berkata-kata. Sedih, pilu, kecewa, dan sesekali timbul rasa kesal pun ada. Tapi, semua itu tak bermakna lagi…



Aku tak mampu lagi untuk menyambung perbualan tersebut. Ku pasrah dan terima sahaja keputusan yang dibuat oleh Amin itu. Di saat ini, hanya Allah yang bisa mendengar bisikan hati rapuh ini. Dialah juga tempat ku pohon keampunan atas segala kekeliruan yang telah aku timbulkan. Rupanya selama ini aku telah tertipu dengan biskan musuh, mengikut jalan taghut, mencampurkan halal dan haram, serta mengandunkan yang Islam dan al-hawa…


Cinta hakiki hanyalah pada Allah…Tiba-tiba aku teringat hadis halawatul iman yang pernah dibincangkan oleh naqibah aku tak lama dahulu; pertama-tama sekali mestilah mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada makhlukNya, kemudian mencintai seseorang itu hanya kerana Allah dan akhir sekali, mesti benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana ia benci dicampakkan dirinya ke dalam 
api neraka. Dengan demikian barulah dapat merasai kemanisan iman itu.



Hanya Allah sahajalah yang layak memberi hidayah kepada sesiapa yang dikhendakiNya. Moga-moga Dia kuatkan dan teguhkan hatiku menghadapi dugaan ini dan moga-moga diringankan beban yang kupikul ini. Aku terus menjawab ringkas….

Wani: thanks & sorry too… saya terima…Alhamdulillah…
Wani: moga awak bahagia dan sukses selalu di sana. doakan saya juga.
Wani: wassalam.

Signed out




Aku merasakan hubungan tiga tahun yang terbina itu memang salah pada dasarnya. Bagaimana mungkin ia dapat mewujudkan sebuah keluarga yang menjunjung Islam jika asasnya terbina melalui cara al-hawa? Ya, kami memang saling menasihati dan bertazkirah, saling mengejut Qiamulali, saling menghantar SMS ayat-ayat Quran serta 
hadis, tapi semua itu memang tak betul caranya… Aku sedar yang kami telah mempergunakan Islam untuk mencapai matlamat peribadi… Astaghfirullah..Syukur pada Mu ya Allah kerana lekas mengembalikan ku pada jalan redha-Mu.



“Sayang… Cepat turun ni. Nurul dah nak sampai.” Ops! Tersedar daripada lamunan kisah 15 tahun lepas itu tatkala mendengar sahutan suamiku,Muhammad Aqil untuk bersiap menyambut tetamu istimewa kami Nurul dan Amin. “Ya bang, Wani turun…” Alhamdulillah… Siap semuanya. Aku menutup lid laptopku dan bergegas turun ke bawah. Aku sudah bersedia untuk membentangkan ‘presentation’ kepada beliawan-beliawanis negara mengenai Cinta Remaja dalam program ‘Belia Negara 2057’ esok. Aku sangat bersyukur menjadi siapa diri 
aku sekarang ini dan aku mengharapkan belia-belia harapan negara dapat kembali kepada cara fitrah yang sebenar dalam menguruskan soal cinta.



Kepada remaja sekalian, semoga cerita di atas menjadi panduan dalam menunjuk arah hubungan anda yang masih lagi belum rasmi..Jagalah hubungan kerana Allah..Insya Allah ..Allah akan menjagamu. JAnganlah kita menjadi seperti pasangan lain yang tidak mempunyai arah tujuan dan selepas berkahwin..penceraian menjadi agenda utama. Nauzubillah..semoga kita tergolong di kalangan hambanya yang beriman..Ameen. (",)

PostHeaderIcon BERI KEUTAMAAN DAN PERLINDUNGAN KEPADA OKU



Assalamualaikum semua pengunjung Laman Inspirasiku...

Beberapa hari yang lalu saya telah mendengar satu topik yang dibincangkan di Radio IKIM semasa saya dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja. Topik yang dibincang oleh Juruhebah IKIM iaitu Ustaz Zamri Zainal Abidin dan Fairuz Haji Nordin membuatkan saya terpanggil untuk menyentuh berkenaan topik ini.


Banyak masalah dan isu yang dikupas berkenaan topik "Cakna OKU" yang telah dibincangkan di radio IKIM beberapa hari yang lalu. Kita sebagai hamba Allah yang cukup sempurna dari segi pancaindera dan akal fikiran yang baik, seharusnya memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana  diberi peluang untuk kita bernafas dan menghirup udara di muka bumi ini. Cuba bayangkan mereka yang lahir sebagai OKU atau menjadi OKU selepas ditimpa kemalangan...Sudah tentulah mereka mempunyai kekurangan dari segi keyakinan  diri.


Jadi kita sebagai hamba Allah yang cukup sempurna perlulah bertanggungjawab memberi keutamaan dan perlindungan kepada golongan ini. Saya ingin memetik beberpa kisah dari pendengar Radio IKIM yang menceritakan pengalaman mereka dalam membesarkan anak-anak OKU yang cukup payah dan memerlukan kecekalan yang tinggi. Tahniah kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang istimewa. Peranan kita pula sebagai jiran atau masyarakat, perlulah prihatin dengan perkembangan anak-anak ini. Mereka memerlukan perhatian dan kasih sayang daripada masyarakat sekeliling.


Sesetengah ibu bapa yang mempunyai anak-anak OKU ada yang tidak sabar dan tidak sanggup memelihara mereka dan ada juga dihantar ke Badan Kebajikan Masyarakat. Hati saya sungguh tersentuh dengan anak-anak OKU yang tidak bersalah ini. Lebih menyedihkan apabila ada di kalangan anak-anak OKU ini hanya dibiarkan tanpa sebarang didikan, perhatian dan kasih sayang. Ada juga yang didera dan menjadi hamba nafsu serakah bapa atau orang di sekeliling mereka yang tidak mempunyai hati perut dan belas kasihan. Oleh yang demikian, semua masyarakat diminta memberi pertolongan, bantuan, prihatin dan kasih sayang kepada mereka.


Anak-anak OKU ini tidak meminta dilahirkan sebegitu. Jangan dihina mereka. Berikan keutamaan dan perlindungan kerana mereka juga mempunyai hati dan perasaan seperti kita dan manusia lain. Cuba letakkan diri kita di dalam kedudukan mereka. Renung-renungkan, semoga kita terus menjadi hambaNya yang bertaqwa dan bersyukur. Berilah pertolongan kepada mereka yang memerlukan, insya Allah perjalanan kita dimudahkan.


Monday, April 12, 2010

PostHeaderIcon Kisah Pembuangan Bayi Mencari Satu Penyelesaian
















Assalamualaikum


Jam menunjukkan pukul 1.30 pagi..dan hati saya terpanggil untuk mengulas tentang isu ini walau pun ia telah sering dibincangkan di dada-dada akhbar, media massa, di pejabat, di sekolah, di kedai kopi dan sebagainya. Namun isu ini masih lagi belum lagi selesai. Ketika saya sedang mencari isi untuk menulis dan memuat turun beberapa gambar pembuangan bayi..hati saya merasa sungguh sayu, terluka dan sebak melihat gambar-gambar anak-anak comel yang cukup sifat dibuang dengan cara yang kejam tanpa perikemanusiaan.


Apakah tidak sedikit pun timbul rasa bersalah di hati penzina-penzina ini sehinggakan tergamak melakukan satu lagi dosa besar setelah melakukan dosa besar berzina??Tidak takutkah mereka dengan siksaan Allah??Apa dosa anak-anak comel ini. Saya seorang ibu kepada anak yang berusia 1 tahun 4 bulan dan sedang mengandung adiknya yang berusia 4 bulan, dan ibu-ibu di luar sana, sudah tentu mengalirkan air mata melihat gejala pembuangan bayi ini semakin menjadi-jadi. 


Wahai wanita sekalian, takutlah kamu dengan siksaan Allah, segeralah bertaubat jika kamu terlanjur. Allah MAha Pengasih lagi Pengampun. Jadilah wanita solehah perhiasan dunia yang tinggi maruahnya. Kita dijadikan bukan untuk menjadi bahan dagangan atau tempat pemuas nafsu serakah lelaki. Kita dijadikan dengan sebaik-baik kejadian untuk menjadi tulang belakang kaum Adam bagi menegakkan Syiar Allah di muka bumi ini. Jadilah anak yang solehah yang boleh menjaga maruah diri dan keluargamu, jadilah isteri yang solehah yang boleh manjaga maruah diri dan suamimu dan jadilah ibu yang mithali yang menjadi contoh teladan yang mulia kepada anak-anakmu.


Saya sungguh bimbang melihat anak gadis kita pada hari ini. Punca segala masalah adalah sistem pendidikan dan juga didikan Agama oleh keluarga kepada anak-anak ini. Saya melihat ibu bapa sekarang terlalu dikatakan "open minded" sekiranya memberi laluan kepada anak-anak gadis mereka tidak menutup aurat, memakai baju ketat, seluar ketat, mempunyai "boyfriend", dihalalkan pula pergaulan bebas mereka hingga boleh di bawa ke rumah pada bila2 masa. Ibu bapa pula seakan-akan terlalu"sporting" dengan perbuatan dan tingkah laku anak-anak mereka asalkan anak-anak mereka tidak lari dari rumah. Beginikah ajaran dan didikan yang sepatutnya diberikan????

Pada hari ini... jika kita melalui taman, pantai atau air terjun, pasti kita akan menemui berpasang-pasang sejoli sedang berasmara dana. Bukan sahaja di tempat sembunyi, malah mereka sudah berani menunjuk-nunjuk aksi biadap mereka di khalayak ramai seperti di pusat membeli belah dan kedai makan. Walau pun perbuatan mereka itu di hadapan seorang ustaz dan ustazah. Sedikit pun di hati mereka tidak ada rasa malu malah bangga dengan apa yang dibuat. Jadi apakah peranan masyarakat jika menyaksikan kejadian ini??Kita mesti mencegah dengan menegur mereka..Jangan takut, kita mengakkan kalimah Allah, didik mereka dan tegur dengan hikmah.Lakukan sesuatu, kita mesti bertindak dari sekarang.


Dunia yang semakin mencabar pada hari ini sudah tentulah mengundang rasa bimbang di hati ibu bapa muda untuk membesarkan anak-anak mereka termasuk saya dan suami. Sentiasalah kita berdoa agar keluarga kita dilindungi Allah, ditetapkan iman dan mendapat zuriat yang soleh dan solehah.Bila menyebut berkenaan zuriat,  betapa ramai suami isteri yang berkahwin pada hari ini masih lagi belum dikurniakan zuriat walau pun telah menunggu beberapa tahun. Tetapi bagi mereka yang berzina, terlalu mudah mendapat zuriat dan membuangnya begitu sahaja tanpa rasa berdosa. Ini adalah ujian terbesar bagi mereka yang belum dikurniakan zuriat. Allah MAha Penyayang, berusahalah....




Menurut kajian, terdapat beberapa faktor menyebabkan berlakunya jenayah ini. Faktor terbesar ialah institusi keluarga yang bermasalah, tiada persefahaman, bergaduh, bercerai dan lain-lain. Oleh itu setiap ibu bapa perlu sedar bahawa masa hadapan anak-anak terletak kepada suasana rumahtangga yang mereka bina. Jika mereka hidup dalam suasana keimanan, keharmonian dan kasih sayang nescaya Allah mengurniakan kebahgiaan didunia dan diakhirat .Firman allah s.w.t di dalam surah At-Thur ayat 21:

"Dan orang yang beriman dan diikuti oleh zuriat keturunan mereka dalam keimanan, kami hubungkan zuriat keturunan itu dengan mereka (didalam syurga) dan kami tidak mengurangi sedikit pun daripada pahala amalan mereka.Setiap manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya".




Perbuatan membuang bayi di merata tempat dan menjadi mangsa binatang buas adalah satu jenayah yang amat zalim dan keji serta lebih hina tarafnya daripada haiwan. Malah haiwan lebih baik kerana mengasihani dan memelihara anak dan sanggup mati demi keselamatan anak-anak . Inilah kesannya apabila rohani seseorang tidak diisi dengan ajaran agama. Renungilah amaran Allah s.w.t didalam surah Al-A'raaf ayat 179 :

"Sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakkannya daripada jin dan manusia,mereka mempunyai hati (tetapi) tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat allah), mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakan untuk melihat (bukti keesaan allah) dan mereka mempunyai telinga(tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ajaran dan nasihat). Mereka itu seperti binatang ternakan,bahkan mereka lebih sesat lagi.Mereka itulah orang yang lalai".

Di bawah ini adalah saranan yang saya ambil dari Jabatan Agama Islam Selangor di dalam satu khutbah Jumaatnya iaitu cara-cara menangani jenayah ini. Antaranya ialah:-

Pertama - Institusi keluarga perlulah diperkukuhkan dengan berlandaskan konsep rumahku syurgaku.

Kedua - Program-program dakwah perlulah dipertingkatkan dan digerakkan secara bersepadu.

Ketiga - Pihak yang bertanggungjawab perlulah membanteras pengedaran bahan-bahan lucah daripada tatapan anggota masyarakat terutama golongan remaja.

Keempat- Program-program hiburan melampau yang merosakkan akhlak perlulah dihentikan.

Kelima- Ibu bapa perlulah mengawal pergerakkan anak-anak daripada terlibat dengan pergaulan bebas.

Keenam - Usaha-usaha pencegahan kegiatan tidak bermoral perlulah dipertingkatkan oleh semua pihak.

Akhirnya adalah diingatkan bagi mereka yang sudah terlanjur, hendaklah segera bertaubat dan menjauhi segala perbuatan-perbuatan terkutuk tersebut. Janganlah membunuh bayi, berilah mereka peluang untuk hidup. Semoga Allah s.w.t menerima taubat hamba-hambanya.

"Sesungguhnya penerimaan taubat disisi Allah s.w.t hanya bagi orang yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan, kemudian mereka segera bertaubat,(dengan adanya dua sebab itu), maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya dan (ingatlah) Allah maha mengetahui, lagi maha bijaksana".

 Ya-Allah, engkaulah tuhan yang maha berkuasa, kami bersyukur kehadratmu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat, sehingga kami dapat meneruskan usaha kearah memperkukuhkan syiarMu. Justeru kami pohon kehadratmu ya-Allah, tetapkanlah iman kami, tingkatkanlah amal kami, kukuhkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami, kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat, suburkanlah jiwa kami dengan budi pekerti yang mulia, kembalikanlah generasi muda kami ke jalan yang engkau redhai, lindungilah kami daripada ujianmu yang berat seperti banjir besar, kemarau panjang, wabak penyakit, persengketaan, kemiskinan dan lain-lain supaya dengan demikian, negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat.




Ameen Ya Rabbal A'lamin.

Jom Beli Tudung Online (",)

BICARA INSPIRASIHANA

ARTIKEL-ARTIKEL INSPIRASIHANA

Kaunter Pengunjung

PENGUNJUNG INSPIRASIHANA