JOm JOin Butik INspirasihana

PENYUSUAN UMMI

Lilypie Breastfeeding tickers

ULANGTAHUN PERKAHWINAN

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

INSYIRAHKU SAYANG

Lilypie First Birthday tickers

NAJWANKU SAYANG

Lilypie Third Birthday tickers

JANGAN TINGGAL SOLAT

JANGAN TINGGAL SOLAT

JOM TUTUP AURAT

JOM TUTUP AURAT

Islamic Clock

Islamic Calendar

About Me

My Photo
INSPIRASIHANA
Ipoh, Perak, Malaysia
KAMI MENJUAL TUDUNG DAN KERONGSANG SECARA ONLLINE..DAPATKAN HANYA YANG TERBAIK DI BUTIK INSPIRASIHANA
View my complete profile

Inspirasi Wanita

Thursday, March 19, 2009

PostHeaderIcon SI MANJA YANG KIAN MEMBESAR, PENYEJUK MATA DI KALA KEPENATAN

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh....

Alhamdulillah...jumpa lagi dalam bulan Mac ini setelah lama saya tidak menulis......Jutaan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilhai kerana dengan taufiq dan hidayahnya dapatlah saya dan suami membesarkan anak sehingga ke hari ini...Alhamdulillah si manja telah berusia 4 bulan, sudah pandai bergelak ketawa, berbual-bual bersama kami, dan yang paling best dah pandai meniarap dan berpusing-pusing....



Di setiap hari yang berlalu, kami sering diriuhi dengan gelak ketawa dan suara si manja yang suka berbual-bual....hmmm...biar pun tak faham apa yang dibualkan oleh si manja, tetapi dengan kita memberi respon dan membelai si manja...si manja akan lebih rasa dihargai....betul....sungguh saya terharu menjadi seorang ibu...itulah pengalaman pertama....sukar digambarkan apabila si manja menangis....sampai tak tahu macam mana nak pujuk....bila saya dukung dan peluk si manja.... terus si manja diam....hehe...macam nak menitis air mata /...sungguh si manja mengenali sentuhan seorang ibu....


Ermmm....Najwan ni kuat menyusu dan sekarang dah tembam dan bertambah kgnya.....kaletah Najwan membuatkan kami terhibur setiap hari...walaupun terasa badan sungguh letih setiap kali pulang dari kerja....tetapi memandang Najwan yang manja, aktif dan periang, membuatkan hati saya sungguh sejuk dan bersemangat setiap hari......



Alhamdulillah...sungguh pantas Najwan membesar....inilah pengalaman pertama saya sebagai seorang ibu...memang pada awal kelahirannya agak sukar mengatur masa dan jadual si manja kerana Najwan tidur dan menyusu tidak menentu, begitu juga pada waktu malam, Najwan akan bangun sejam sekali untuk menyusu....dan seringkali menangis sukar untuk tidur......tetapi sekarang alhamdulillah....menjaga Najwan sungguh mudah...saya dan suami telah mulai faham jadual Najwan....hehe...sekarang dah boleh tidur nyenyak pada malam hari sebab si manja sudah tetap jadual tidurnya.....




Ermmm...yang paling best sekali bila bawa Najwan naik kereta, Najwan kelihatan sungguh "excited" macam nak lompat-lompat pun ada..suka sangat dia dibawa naik kereta....hehe....masa dulu sukar sikit saya nak solat berjemaah dengan suami, sekarang alhamdulillah najwan dah ok.....dah boleh tidur dengan nyenyak...bila terjaga pun dah tak menangis, boleh ditinggalkan dengan mainan...jadi dapatlah kami bersolat bersama....





Ok..setakat ini dulu...semoga Allah terus memberi kekuatan kepada kita semua untuk membesarkan anak dengan didikan agama yang sempurna...memandangkan pada masa ini terlalu banyak dan semakin hebat cabaran dalam membesarkan anak-anak..insya Allah...(",)


8 comments:

Shada said...

salam ziarah,

comelnya najwan:)

INSPIRASIHANA said...

alhamdulillah...terima kasih kak shada...sudi berkunjung ke laman inspirasiku....salam ukhuwah..boleh la kita bertukar pengalaman lepas ni ye...(",)

Unknown said...

salam 'alaik abadan...

Hana, lbh kurang je pengalaman kita... ms mula2 dulu camtulh kita kelam kabut sikit..maklumlh sendirian bersama husband di kejauhan kan...huhu..pengalaman itu sungguh amat bermakna! alhamdulillah uwais x byk kerenahnya..agak mudah kita jg..mg2 Allah permudahkan sentiasa urusan kita..dan jadikn anak2 kita anak yg soleh solehah! amiin..

INSPIRASIHANA said...

Ayu..terima kasih atas kerana sudi bertukar pengalaman...semoga ayu sekeluarga dapat menempuh kehidupan yang lebih bermakna di sana...sama2 kita doakan anak2 kita menjadi anak yang soleh dan solehah...insya Allah...seronokkan dapat mengikuti perkembangan anak2...rasa terhibur sangat (",)alhamdulillah

Adinda Amy Sensei said...

chumel anak kak hana..

INSPIRASIHANA said...

Cik Amy sensei...terima kasih...alhamdulillah...selamat berkenalan....(",)

shaliza said...

salam ziarah, harap dapat berkongsi cerita & pengalaman

INSPIRASIHANA said...

shaliza...sudilah berkunjung ke http://hannakids.blogspot.com pula..

Jom Beli Tudung Online (",)

BICARA INSPIRASIHANA

ARTIKEL-ARTIKEL INSPIRASIHANA

Kaunter Pengunjung

PENGUNJUNG INSPIRASIHANA