






- INSPIRASIHANA
- Ipoh, Perak, Malaysia
- KAMI MENJUAL TUDUNG DAN KERONGSANG SECARA ONLLINE..DAPATKAN HANYA YANG TERBAIK DI BUTIK INSPIRASIHANA
Lahirnya Putera Sulung pada 24 November 2008....satu kurniaan terbesar nikmat dari Ilahi...
saya bersyukur kerana mempunyai seorang suami yang sangat prihatin di saat2 saya melahirkan anak kami...kesakitan yang dirasai saya...dapat dirasai bersama..mungkin disebabkan itu, kasih sayang kami makin bertambah...tambahan pula pada 30 November 2008 yang lalu....usia perkahwinan kami telah genap setahun.....saya telah menghadiahkan cahaya mata kami Muhammad Zakir Najwan bin Mohd Nabil Majdi sebagai hadiah yang tidak ada tolok bandingnya....saya juga tidak meminta apa2 hadiah....pengorbanan suami selama menjaga saya ketika saya berpantang...telah membuatkan hati saya cukup terharu...hari-hari basuh lampin..bukan dengan mesin...dengan tangan...sebab kain baby ni kena jaga kebersihannya betul2.....
Saya juga merasa sungguh terharu dengan layanan keluarga saya, keluarga mertua dan adik2 ipar yang sangat ringan tulang membantu saya semasa sakit berpantang....terutamanya bapa mertua, ibu mertua saya yang menjaga saya seperti anak sendiri.....k.teh dan kakak..hehe...terima kasih sangat..Insya Allah...semoga dipermudahkan semua urusan kalian kelak....(",)...begitu juga ibu bapa saya dan adik2 saya yang selalu telefon bertanya khabar.....
Melahirkan anak...banyak menginsafkan saya.....kesakitan bersalin sangat sakit...dan sukar digambarkan...sebab itu Allah menjanjikan ganjaran pahala kepada hamba2nya yang bersabar dan bersyukur.......Di saat itu...saya teringatkan ibu saya yang telah melahirkan dan menjaga saya hingga dewasa.....dan pengorbanan ibu saya.....teringat pula saya kepada anak2 sekarang yang sanggup meninggalkan ibu bapa mereka di rumah orang2 tua2.....Nau'zubillah....semoga perkara ini tidak terjadi kepada kita semua..Insya Allah.....
Selain daripada itu saya terfikirkan anak2 remaja sekarang yang nampak senang bersalin dan sanggup membuang anak di merata-rata tempat....Apalah salah anak kecil yang tidak berdosa.....Alhamdulillah...perjuangan melahirkan anak pertama telah selesai...kesakitan bersalin yang dirasai sehingga kini terasa hilang setiap kali melihat wajah comel anak kita menyusukannya......Alhamdulillah...setinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi ke atas kurniannya....Kini didikan anak pula harus diberikan keutamaan di dalam melayari dunia yang penuh ujian dan pancaroba ini......Subhanallah......Alhamdullillah...Allahu Akhbar.....
KELEBIHAN WANITA DI DALAM ISLAM DAN TANGGUNGJAWAB LELAKI
BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dans ekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, Manakala wanita tidak, wanita hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik.... pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.
BERATKAN??
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin darisuaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki...
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.
Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadimilik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. Supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..
"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.
(Ali-Imran:103)
Renung-renungkan...Selamat Beramal ...(",)
BERDEBAR MENANTI CAHAYA PERMATA HATI (",)


SEKITAR MAJLIS PERKAHWINAN ADIKKU..ANGAH..(",)



SUASANA BERHARI RAYA DI SEBELAH KELUARGA INSPIRASI HANA (",)
SUASANA DI HARI RAYA 2008 DI SEBELAH KELUARGA SUAMI
Alhamdulillah, pada malam Syawal tersebut, kami semua bersolat Isyak berjamaah bersama dan laungan takbir diperdengarkan oleh seorang adik ipar saya yang dulunya belajar di Darul Quran dengan sambuatan takbir raya dari semua...
SEMOGA RAMADHAN DATANG LAGI...SYAWAL KIAN MENJELMA...


Syawal pada kali ini..sangat berlainan.....dulu sebelum jadi isteri orang.. saya dan maklah yang akan keluar shopping baju raya untuk keluarga....mak yang mengingatkan itu dan ini...tetapi berlainan pada kali ini, di mana saya dan suami perlu merancang perbelanjaan harian untuk menyediakan persiapan Syawal dan membeli ole2 untuk kedua-dua ibu bapa dan juga mertua...erm..duit raya juga perlu disediakan untuk anak-anak buah yang ramai...di samping memasak rendang dan juadah syawal sendiri...hehe...dan tahun ini

BERHATI-HATI DI JALAN RAYA DAN SAMBUTLAH SYAWAL DENGAN PENUH KESYUKURAN KEPADA ALLAH....(",) JEMPUTLAH DATANG KE RUMAH.....
PERISTIWA BULAN RAMADHAN YANG LALU...


RAMADHAN PERTAMA SEBAGAI ISTERI


USRAH DI RUMAH (",)

